KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060127

Haram umat Islam raikan Hari Valentine : Mufti Perak

Utusan Malaysia 11 Feb 2004

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0212&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

20060125

Forum Penjelasan Artikel 121 Perlembagaan , Seremban 6 Feb

Muslimin dan muslimat semua dijemput menghadiri

Forum Penjelasan Isu Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Dapatkan penjelasan dari pakar perundangan mengapa Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan perlu dikekalkan untuk kepentingan umat Islam tanpa mengenepikan hak orang bukan Islam.

Tarikh : Isnin 6 Februari 2006
Masa : 9 malam
Tempat : Dewan Besar , Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, N.Sembilan
Kapasiti kehadiran : 1200 orang

Masuk Percuma

Ahli Panel :
1. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari , Pensyarah Undang-Undang UIA
2. Pn. Kamar Ainiah Kamaruzzaman , Peguam Syarie
3. Sdr. Zainur Zakaria , Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (1993-1995)

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyebut : “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”.

Anjuran : Yayasan Pembangunan Ummah, JIM NS, ABIM NS, TERAS serta Gabungan NGO-NGO Islam dan Melayu

Untuk maklumat dan pertanyaan hubungi :
012-6829020
013-2938660
012-2267406

Antara Cinta Orang Hindu Dan Cinta Orang Islam

Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka pergi bersembahyang di kuil membawa semua ahli keluarga mereka, daripada cucu mereka yang masih dalam buaian hinggalah ke datuk nenek mereka yang bertongkat. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang kelihatan mereka membawa ahli keluarga mereka daripada cucu hinggakan ke pangkat datuk apabila ada keraian di masjid, apatah lagi pada ketika solat Jumaat.

Orang Hindu cintakan agama mereka, semua ahli keluarga mereka berpakaian cantik dan bewarna-warni apabila pergi ke kuil. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi adakalanya pakaian pergi kerja lebih cantik dan kemas daripada pakaian apabila pergi ke masjid.

Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menghiasi cermin kenderaan mereka dengan kata-kata ajaran Hindu yang memberi semangat kepada mereka untuk lebih menghayati agama mereka. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang kelihatan menghiasi cermin kenderaan mereka dengan pelekat-pelekat yang membesarkan kalimah Allah.

Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka berada mereka akan membina tempat sembahyang tanpa mengharapkan sumbangan pihak berkuasa. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi sentiasa mengharapkan pihak berkuasa untuk mendirikan masjid atau surau.

Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka sentiasa pergi ke kuil untuk mendapat restu sami mereka. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang bertemu para ulamak untuk mendapat restu mereka.

Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menjadikan kuil sebagai tempat rujukan. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi masjid dan surau semakin lama semakin sepi.

Maka apakah kita mempertahankan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan atas dasar kita cintakan agama Islam, sedangkan kecintaan kita kepada agama kita tidak seperti kecintaan penganut Hindu terhadap agama mereka. Kecintaan kita kepada sesama Islam tidak sama seperti kecintaan penganut Hindu sesama mereka. Apatah lagi kecintaan kita kepada mereka yang baru memeluk agama Islam.

Dato Dr Fadilah Kamsah vs Rabbani 31 Jan Senawang

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Tarikh : SELASA 31 Januari 2006 – 1 Muharram 1427
Tempat : Dataran Senawang (berhampiran Pasaraya Giant), Seremban, N.Sembilan
Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS

Cabutan hadiah dan hadiah menarik disediakan

8 malam – Persembahan Nasyid Kumpulan RABBANI & HIJJAZ

8:45 malam – Forum Perdana “Keunggulan Ilmu Teras Kemajuan Ummah”
Ahli Panel :
1. Dato Dr Fadilah Kamsah (Pakar Motivasi)
2. Prof Dr Yusuf b Osman (Ketua Jabatan Fizik UKM)

10:30 malam - Persembahan Nasyid Kumpulan RABBANI & HIJJAZ

3 ptg – 11 mlm : EXPo & PAMERAN oleh :
1. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS
2. Jabatan Kesihatan Negeri
3. Agensi Anti Dadah
4. Jabatan Polis
5. Jabatan Penjara
6. Jabatan Mufti
7. Takaful Malaysia

20060123

Rumah ibadah berperanan mewujudkan negara harmoni

Episod penghantaran dan penarikan balik memorandum meminda artikel 121 1(a) Perlembagaan Persekutuan oleh menteri-menteri kabinet bukan Islam telah mendebarkan semua pihak. Sudah pasti semua rakyat Malaysia ingin hidup dalam keadaan aman dan harmoni di dalam sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai lapisan agama dan bangsa.

Ianya menggambarkan bahawa masih terdapat jurang kefahaman antara agama dan bangsa di Malaysia ini. Justeru itu rumah-rumah ibadah antaranya masjid-masjid, kuil-kuil serta gereja-gereja seharusnya memainkan peranan untuk memberikan pemahaman kepada penganut agama masing-masing betapa peri pentingnya rakyat Malaysia ini harus hormat menghormati antara satu sama lain.

Sekiranya selama ini kerajaan begitu efisien mengawal serta memantau masjid-masjid serta pendakwah-pendakwah Islam yang memberi ceramah agar tidak mencampur adukkan politik dan agama yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini. Maka perkara yang sama haruslah diberi penekanan dan pemantauan kepada rumah-rumah ibadah yang lain, agar sami-sami, paderi-paderi , penceramah-penceramah bukan Islam tidak memberikan ceramah yang boleh membawa kepada perpecahan antara rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

Sekiranya selama ini teks-teks khutbah Jumaat sentiasa dipantau dan diteliti oleh pihak berkuasa agama serta Majlis Agama Islam Negeri maka perkara yang sama haruslah dilakukan agar teks-teks khutbah serta ceramah agama lain sentiasa dipantau dan mendapat kelulusan kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Malah tidak keterlaluan jika kerajaan mengambil inisiatif supaya diadakan perhimpunan tahunan imam-imam masjid, sami-sami dan paderi-paderi, dimana dalam perhimpunan ini diberi penerangan kepada ketua-ketua agama ini dimana mereka ini memainkan peranan yang penting untuk membentuk pengikut-pengikut agama masing-masing yang mempunyai sikap bertoleransi dalam agama, bukannya bersikap mengapi-apikan sentimen keagamaan dikalangan penganut –penganut agama mereka.

Ini adalah kerana imam-imam, sami-sami serta paderi-paderi adalah orang yang sentiasa menjadi tempat rujukan penganut-penganut pelbagai agama. Mereka-mereka inilah sebenarnya yang dapat membentuk masyarakat disekeliling mereka samada untuk menjadi masyarakat yang pasif, agresif, ofensif atau bertoleransi. Malah mereka ini jugalah yang menjadi sumber rujukan pihak pimpinan masyarakat dan pimpinan politik.

Ceramah Hijrah Khusus Untuk Wanita 4 Feb Seremban

CERAMAH HIJRAH KHUSUS UNTUK WANITA

Penceramah :
Ustazah Nik Norsaha bt Hj Mohd
SMA Dato Hj Tan Ahmad, Jelebu

Tarikh : Sabtu 4 Feb 2006
Masa : 2 petang
Tempat : Masjid Taman Rasa Sayang (Depan Giant Senawang)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir

Ceramah Maal Hijrah Mufti NS 3 Feb Seremban

CERAMAH MAAL HIJRAH

Penceramah :
Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan N.Sembilan

Tarikh : Jumaat 3 Feb 2006
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Taman Rasa Sayang (Depan Giant Senawang)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir

20060120

Terima kasih Samy Vellu dan menteri kabinet bukan Islam

Terima kasih diucapkan kepada Samy Vellu dan menteri-menteri kabinet bukan Islam yang telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri yang meminta supaya artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan kuasa Mahkamah Syariah.

Maklumat awal yang diterima di peringkat akar umbi umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini dari pelbagai lapisan fahaman politik telah mula menunjukkan kesatuan mereka agar kerajaan tidak melayan sebarang tuntutan pindaan perlembagaan. Rata-rata orang UMNO, PAS, Keadilan, yang atas pagar, yang tidak berparti, yang mengikut tarekat, malah yang Happy Go Lucky menunjukkan kesepakatan mereka dalam isu mempertahankan perlembagaan sedia ada.

Jarang sekali sesuatu isu mendapat kesepakatan umat Islam terutama orang Melayu. Inilah perpaduan yang jarang-jarang sekali kita temui dikalangan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini.

Oleh yang demikian adalah diharapkan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Melayu dipihak atasan dapat mencontohi kesepakatan yang ditunjukkan oleh golongan akar umbi ini.

Apa yang penting ialah memberi kefahaman kepada bukan Islam mengenai perlembagaan dan hak-hak mereka bukannya meminda perlembagaan. Perpaduan kaum tidak akan tercapai hanya dengan meminda perlembagaan.

Terima kasih sekali lagi pada Samy Velu dan menteri kabinet bukan Islam yang telah menyatukan hati umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini, semuanya ini hanyalah dengan izin Allah swt.

20060119

Saman RM 100 juta kerana tidak sensitif terhadap umat Islam di M’sia

SYABAS diucapkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang merancang untuk menyaman syarikat pengeluar produk ayam Dindings Poultry Processing kerana tidak sensitif terhadap isu pemakanan umat Islam dan sebagai pengajaran kepada pengusaha makanan yang lain agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

http://www.muslimconsumer.org/ppim/news.php?extend.94

MALAY MAIL MAIL HIGHLIGHT 18/1/2006

Dindings threatened with RM100 mil suit - JAD MAHIDIN
KUALA LUMPUR, Jan 18:
The Malaysian Muslim Consumers’ Association (PPIM) is planning to sue chicken meat producer Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (Dindings) for RM100 million for its failure to discharge its responsibility towards consumers, particularly the Muslims.

The association’s executive secretary, Datuk Nadzim Johan, told The Malay Mail the move was a warning to other players as such disregard for the beliefs of Muslim consumers have been going on for too long.

“We are determined to file the suit before Chinese New Year. The move is also to forewarn others out there not to take advantage of Muslim consumers’ ignorance about the food they produce,” he said.

He said religious authorities had found the chickens not properly slaughtered according to Islamic requirements.

On Dec 28 last year, a team from Jakim’s enforcement unit had conducted a surprise check at Dindings’ processing factory in Kampung Acheh Industrial area in Setiawan.

The team was assisted by the enforcement unit from the Domestic Trade and Consumers Affairs Ministry.

During the raid, Dindings was found to have breached a few Islamic regulations pertaining to the slaughter of animals.

Among the most obvious breach was that many chicken were found to have been slaughtered twice after the first attempt was not done properly as per the ‘syarak’ requirement.

In Islam, this automatically makes the chicken ‘haram’ and should not be consumed.

Nadzim said the suit will be about Dindings’ failure to exercise its duty of care to consumers, particularly Muslim consumers.

“This duty of care is provided for by the law. The producers (Dindings) must take all the necessary steps to guarantee that their products are what they claimed,” he said.

In this case, he explained, Dindings failed to guarantee that its products are ‘halal’ as claimed.

Following the raid, Jakim retracted its ‘Halal’ certification from the company. The move was announced on its web site www.halaljakim.gov.my dated Jan 3.

However, about two weeks later, Jakim gave Dindings the go-ahead to continue business when the latter assured that the problems would not recur.

Jakim’s decision, however, leaves many baffled as the Perak religious authorities (JAIP) is said to be in the midst of retracting all its 12 ‘halal’ certification from the company. (Jakim issues certification for products while the JAIP issues for the company’s operations).

20060113

Jadual Kuliah & Ceramah Surau Alamanda 1426 Zulhijjah

Jadual Kuliah dan Ceramah Bulan Zulhijjah/Januari 2006
Di Surau Taman Alamanda, Senawang, NS

Isnin 16 Januari 2006 – Selepas Maghrib
Kuliah Hadith : Us Mohd Fuad Othman – 50 pesanan Rasul saw utk wanita

Jumaat 20 Januari 2006 – Selepas Maghrib
Kuliah Tauhid : Us Ruslan (Majlis Agama Islam Melaka)

Jumaat 27 Januari 2006 – Selepas Maghrib
Kuliah Tasawuf : Us Ruslan (Majlis Agama Islam Melaka)

Ceramah Sambutan Ma'al Hijrah
Rabu 1 Februari 2006 (Majlis Agama Islam Melaka)
Penceramah : Us Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Unit Syariah dan Penerangan, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

Kelas Pengajian Oleh Tokoh-Tokoh Ulamak Malaysia

Kelas Pengajian Tafaqquh Fid Din

Jadual Kelas
Sabtu 18 Feb 06 : Us Hassan Mahmud – Pengabdian Diri Kepada Allah
Sabtu 25 Mac 06 : Dato’ Harussani Zakaria – Perkara-Perkara Yang Membatalkan Aqidah
Sabtu 22 April 06 : Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man – Uslub Ad-Da’wah
Sabtu 20 Mei 06 : Dato’ Dr Harun Din – Perundangan Islam
Sabtu 17 Jun 06 : Dr Badrul Amin – Sistem Politik Islam

Yuran Pengajian :
Yuran Pendaftaran : RM 10 ( sekali sahaja untuk 5 sesi )
Yuran Pengajian : RM 200 ( RM 40 untuk satu sesi pengajian )
Setiap peserta akan diberikan kit program yang mengandungi tag nama, pen dan kertas kerja kuliah.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta selepas tamat kesemua atau salah satu sesi pengajian.
Penyertaan terhad

Tentatif Jadual :
8:30 pagi – Pendaftaran
9:00 pagi – Kuliah (Bahagian 1)
10:15 pagi – Rehat
10:45 pagi – Kuliah (Bahagian 2)
12:00 tgh – Bersurai

Tempat :
Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan
No 1941, Tingkat Atas, Jalan BSS 2/1 A, Bandar Seremban Selatan
71450 Seremban, Negeri Sembilan

Maklumat lanjut hubungi :
Ust Ghani 012-6761187
Ust Fuad 019-3941353
Us Fahri 012-2589637
Pejabat/Faksimili 06-6796258

Objektif :
Menyampaikan ilmu pengetahuan berhubung dengan ilmu asas Islam
Memupuk semangat cintakan ilmu di kalangan masyarakat
Membina ukhuwwah Islamiyyah di kalangan peserta yang terlibat

Skop :
Kuliyyah / Pembentangan / Perbincangan / Soal jawab

Sasaran peserta :
Semua golongan masyarakat yang cintakan ilmu

Peluang kita hadiah Al Quran utk umat Islam Kemboja

Khamis 12 Januari 2006 sekitar jam 6:40 ptg ketika mendengar siaran radio IKIM terdengar panggilan seorang pendengar , namanya Us Zunaiddin bin Ibrahim , Imam Masjid UIA. Katanya dia akan ke Kemboja 28 Januari ini, dan akan membawa mushaf Al Quran untuk dihadiahkan kepada penduduk Islam Kemboja yang amat memerlukan. Beliau menyeru kepada umat Islam di Malaysia yang ingin memberi sumbangan Al Quran bolehlah menghubungi beliau.

Setelah saya ber SMS dengan beliau, Us Zunaiddin menyatakan projek itu adalah dibawah Persatuan Kebajikan Islam Kemboja. Kemudian saya tanya kalau saya tidak dapat memberi mushaf Al Quran, boleh tak saya beri duit dan minta tolong beliau belikan. Beliau kata boleh, menurut beliau kos satu mushaf Al Quran termasuk kos penghantaran adalah sekitar RM 50 satu mushaf. Beliau mensasarkan sebanyak 1,000 mushaf Al Quran untuk dihadiahkan kepada umat Islam di Kemboja.

Kepada umat Islam yang ingin menghadiahkan mushaf-mushaf Al Quran bolehlah menghubungi Us Zunaiddin di talian 013-2209985

20060102

Komunis Cuba hantar 2600 doktor bantu Pakistan, tapi Malaysia ….

Berita Harian 2 Jan 2006
Amal Malaysia selami penderitaan
Oleh Kusyi Hirdan

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Rencana/20060101230039/Article/

HAMPIR 80 peratus daripada Balakot musnah dan boleh dikatakan tidak ada bangunan atau rumah yang tidak terkecuali. Masjid, pejabat, rumah kedai dan sekolah rata menyembah bumi. Semua hancur akibat gempa bumi pada 8 Oktober 2005.

Malah, ketika saya bersama misi kemanusiaan Amal Malaysia tiba di wilayah itu 19 Disember lalu, cuaca cukup sejuk mencecah negatif tujuh darjah selsius. Keadaan mungkin bertambah parah apabila tiba musim salji dan hujan awal bulan ini.

Gempa bumi yang melanda beberapa wilayah di Asia Selatan itu sehingga kini sudah meragut nyawa lebih 87,000 rakyat Pakistan, selain memusnahkan kediaman lebih 3.5 juta penduduk.

Di sekitar khemah Hassa yang dulunya kolej kerajaan, hanya papan hitam teguh berdiri, tetapi sekelilingnya hancur. Begitu hebat kuasa Allah dan petanda betapa kerdilnya kita. Baru sedikit digegar-Nya, padang jarak padang tekukur jadinya.

Dalam kesejukan itu, saya hanya mampu berdoa semoga tidak ditimpa demam atau sakit kerana jika ada yang ditimpa sakit, bagaimana dengan misi kemanusiaan kami? Paling penting, saya tidak mahu menyusahkan ahli kumpulan lain.

Sebenarnya, ini kali kedua saya mengikuti rombongan misi kemanusiaan Amal Malaysia. Pertengahan tahun lalu, saya menyertai rombongan perubatan ke Meaulaboh, Aceh, selama seminggu, membuka klinik bergerak di kem dan juga masjid.

Ketika itu, saya menyaksikan bagaimana doktor lebih banyak bertindak sebagai kaunselor kepada mangsa tsunami yang masih trauma walau sudah tujuh bulan bencana berlalu. Kebanyakan pesakit mahu meluahkan penderitaan yang terpendam.

Misi Amal Malaysia ke Pakistan antara 19 hingga 29 Disember lalu membabitkan lapan orang, termasuk doktor, paramedik dan sukarelawan yang ada di antaranya guru serta jurutera.

Kami tiba di Lahore pada 19 Disember dan terus ke Rawalpindi untuk bermalam. Keesokannya barulah ke Balakot. Perjalanan merentas tanah tinggi mengambil masa tujuh jam. Pergunungan di kiri kanan bukan saja gondol, malah kering dan berdebu.

Balakot adalah wilayah yang mempunyai ramai rakyat termiskin, tinggal di pedalaman di kawasan kaki atau lereng bukit.

Tragedi gempa bumi itu membuatkan mereka hilang tempat tinggal dan kesusahan yang sedia ada menjadi berganda. Jika dulu ada tempat berteduh ala kadar, kini hanya tinggal di khemah. Jumlah sebenar kematian di Balakot masih tidak dapat ditentukan. Kerajaan tempatan menganggarkan lebih 20,000 nyawa terkorban.

Amal Malaysia membawa wang derma dari rakyat Malaysia yang prihatin. Selain Kem Hassa, kami juga menghantar derma ke kem-kem lain yang memerlukannya seperti di Muzafarabad, ibu negeri Kashmir.

Setiap kali bertemu penduduk tempatan dan melihat kesan tragedi itu, urus setia kem pasti mengalirkan air mata kerana kami membawa sumbangan dan doa rakyat Malaysia dan keadaan ini sungguh mengharukan mereka. Mereka tidak menyangka rakyat Malaysia begitu pemurah.

Ketika di Kem Hassa, kami bertemu Dr Farah Haider, warga Pakistan yang sudah berhijrah ke Leeds, England. Beliau pulang selama seminggu semata-mata kerana mengetahui betapa masyarakatnya sangat memerlukan doktor wanita.

Wanita di pedalaman seperti Balakot hanya bertemu doktor lelaki jika keadaan betul-betul memaksa. Jadi Farah berasa ini tanggungjawab yang harus dilakukannya.

Selain Farah, ada lapan lagi doktor Pakistan, lima doktor Cuba yang merawat antara 100 hingga 200 pesakit sehari.

“Saya memang patut pulang membantu kerana ini negara saya. Tetapi saya tidak faham kenapa kamu semua sanggup datang beribu-ribu batu hanya untuk menjadi sukarelawan! Saya pasti kamu tentu mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli tiket penerbangan,” katanya.

Farah turut kagum dengan penyertaan dua jurutera wanita, Sofhia Rahim dan Nurhaniza Zubir, masing-masing 26 tahun dan guru tadika, Aminah Gama, 45, yang menyertai pasukan sukarelawan berkenaan demi untuk membantu sesama Islam. Ternyata ikatan agama menjadikan tiada sempadan yang boleh memisahkan.

“Bukan hanya Dr Farah yang bertanya, malah ada rakyat Malaysia sendiri mempertikaikan kenapa kami sibuk-sibuk membantu orang Pakistan sedangkan di negara sendiri, ramai lagi orang miskin.

“Tapi jawapan kami mudah. Orang Malaysia pun kami bantu juga jika tahu tenaga kami diperlukan. Bukan kami tutup mata pada penderitaan orang sendiri,” kata Nurhaniza yang tidak kenal penat ketika di Kem Hassa.

Beliau bersama anggota Amal Malaysia lain membersihkan wad hospital di kem berkenaan, membeli dan mengganti cadar serta bantal dan mengemaskannya supaya lebih bersih dan teratur.

Sememangnya, Kem Hassa memerlukan ‘sentuhan wanita’ kerana semua sukarelawan Pakistan sedia ada adalah lelaki dan tidak begitu menitikberatkan kekemasan dan kebersihan wad.

“Memang kami ada membawa bersama sumbangan wang, tetapi rasanya kami juga mahu menyumbang tenaga. Oleh kerana kami bukan doktor atau jururawat, kami tidak boleh membantu merawat pesakit. Jadi kami melawat khemah dan memberikan sumbangan sekadar mampu.

“Ternyata ada yang tidak punya stokin serta sarung tangan dan terpaksa menahan kesejukan yang mencengkam. Kami juga melawat sekolah dan memberi mereka buku nota dan alat tulis,” kata Nurhaniza.

Selama seminggu berkampung di Kem Hassa, sukarelawan Amal Malaysia berharap sekurang-kurangnya sumbangan mereka itu dapat menggembirakan hati mangsa gempa walau menghadapi kesukaran memahami bahasa.

“Apabila diberitahu kami dari Malaysia, ramai yang memeluk dan mengucapkan terima kasih. Ternyata nama Malaysia cukup dikenali,” kata Aminah yang boleh berbahasa Urdu dan bertindak sebagai jurubahasa dalam kumpulan kami.

Namun jumlah sukarelawan Malaysia terlalu kecil jika dibandingkan pasukan dari Cuba yang meliputi 2,600 doktor. Mereka sudah berkampung di Pakistan sejak tiga hari selepas bencana itu

20060101

Yang berjudi orang Melayu, bukan orang Cina

Pagi Sabtu 31 Disember 2005, hari terakhir tahun ini, saya bergegas ke bank di Senawang untuk mengeluarkan duit dari ATM. Hampa, mesin ATM semuanya tidak dapat mengeluarkan duit, lalu saya bergegas ke bandar Seremban meredah kesesakan bandar Seremban, pun di Seremban saya mengalami nasib yang sama, semua mesin ATM tidak dapat mengeluarkan duit. Nasib baik buku bank dibawa bersama lalu saya mengambil nombor. Sementara menunggu giliran saya mencari tempat duduk yang sesuai. Lalu ada satu tempat duduk yang kosong di sebelah seorang pakcik berbangsa Cina.

Melihatkan nombor giliran masih lama, saya pun menegur pakcik tadi. Katanya dia juga dari Senawang, hendak keluar duit ATM Senawang juga tidak dapat, lalu dia datang ke Seremban. Saya fikirkan pakcik ini usianya sudah lanjut pastinya hanya duduk rumah dengan wang pencen atau wang simpanan. Sangkaan saya meleset, pakcik tadi memberitahu umurnya 66 tahun, dan masih bekerja di sebuah kilang di Senawang. Dia telah bekerja di kilang yang sama sejak 30 tahun yang lalu sebagai mesin operator.

Lalu saya bertanya mengenai keluarga beliau. Pakcik tadi mempunyai empat orang anak lelaki, semuanya mendapat pendidikan di kolej dan universiti dan telah bekerja dalam bidang professional. Tiga orang anak lelakinya bekerja di Kuala Lumpur, sementara seorang yang telah berkahwin bekerja di Senawang.

Nombor giliran masih lama, saya menunjukkan nombor giliran saya , nombornya ialah 88, saya mengusik pakcik tadi nombor 88 ramai yang suka. Pakcik tadi terus berkata dia tak main nombor-nombor. Puas saya fikir nombor apa, rupanya pakcik tadi katakan beliau tidak pernah bermain nombor ekor atau berjudi. Malu rasanya bila pakcik Cina yang beragama Buddha tadi berkata beliau begitu benci dengan judi nombor ekor, walhal ramai orang Melayu yang beliau kenal di tempat kerjanya dan di pekan Senawang yang sampai ketagih melanggani dua kedai ekor yang terdapat di pekan Senawang ini.

Pakcik tadi kata main judi tak ada kayanya, dengan sikap beliau yang berjimat cermat hanya sebagai mesin operator dan menggunakan motosikal yang sama sejak 30 tahun lalu beliau dapat membesarkan empat orang anak lelaki beliau menjadi orang yang berjaya. Malah menurut pakcik tadi semua anaknya tidak berjudi, tidak suka minum arak dan tidak menghisap rokok. Lalu saya berkata dalam hati saya macamana saya hendak menerangkan kepada pakcik ini kebaikan agama Islam jika perangai orang Islam terutamanya orang Melayu lebih teruk daripada perangai orang bukan Islam. Sementara orang Islam yang baik perangainya pula tidak bergaul mesra dengan orang bukan Islam.

Malah apa yang begitu menyentuh perasaan saya ialah apabila pakcik tadi kata ketiga-tiga anaknya yang bekerja di Kuala Lumpur akan pulang menziarahi ibu bapanya di Senawang setiap hujung minggu. Katanya anak-anak lelakinya sayangkan ibu mereka. Sedangkan anak-anak Melayu kita yang bekerja di Kuala Lumpur ada yang balik menziarahi ibu bapa mereka hanya apabila menyambut Hari Raya.

Kemudian pakcik tadi bercerita lagi beliau tidak suka hisap rokok dan anak-anak beliau juga mengikuti jejak langkahnya tidak menghisap rokok walaupun anak-anak mereka yang berjawatan professional tersebut berkemampuan. Pakcik tadi kata sekotak rokok dah RM 6, kalau sehari dua kotak, dia boleh makan nasi dua kali. Pakcik tadi telah berjaya mendidik anaknya supaya tidak menghisap rokok tanpa perlu berbelanja berjuta-juta ringgit untuk Kempen Tak Nak Rokok. Sedangkan ada antara kita ayahnya yang hisap rokok marah anaknya menghisap rokok, gurunya yang menghisap rokok marah muridnya yang menghisap rokok. Mendengarkan cerita pakcik tadi terasa begitu cepat nombor giliran dipanggil.

Selepas selesai urusan dibank saya pun ke bengkel kereta untuk membaiki kereta. Sambil menunggu lain pula senarionya. Sepasang anak muda dengan kereta ala sportnya menghantar kereta untuk di “modify” pula. Menggeleng juga kepala saya melihat gelagat pasangan anak muda Melayu ini. Pasangannya dengan pakaian yang sendat dan seksi sementara yang lelakinya memakai subang ditelinga.

Anak muda begini kalau hendak dinasihat pasti mereka akan melenting. Lalu saya bertanyakanlah serba sedikit mengenai kereta, lalu anak muda tadi begitu seronok menceritakan mengenai spesifikasi kereta, kelab kereta tempatan yang beliau turut serta dan sebagainya.

Sementara itu saya perhatikan pekerja-pekerja di bengkel berkenaan semuanya belia-belia berbangsa Cina, yang saya rasa ada diantara mereka yang tidak tamat sekolah menengah pun, tapi bersungguh-sungguh melakukan kerja mereka serta nampaknya mereka mahir dalam tugas masing-masing.

Penghujung tahun 2005 kali ini membuatkan saya berfikir bahawa sekiranya semua pihak kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengenal erti batasan fahaman agama, fahaman politik, bangsa dan budaya, sudah pasti masyarakat Malaysia akan dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Untuk memulihkan remaja yang terjebak dalam Black Metal, penagihan dadah, seks bebas, gejala murtad dan sebagainya, kita mesti memahami dulu jiwa remaja tersebut. Sekiranya kita menjauhi diri kita daripada mereka, maka mereka akan terus tenggelam dalam bahagia yang singkat tapi derita selamanya. Memahami jiwa remaja tidak semestinya kita menukar hukum hakam yang telah ditetapkan. Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram.

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS