KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080203

Sah , Pelajar Melayu tak minat Sains Angkasa

Ramai antara kita mungkin tidak tahu bahawa sekarang ini sedang berlangsung Program Pengembaraan Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Space Adventure – MISA) di Precinct 5, Putrajaya sejak 15 Disember 2007 yang lalu sehingga 16 Mac 2008 ini.

Pada saya MISA ini adalah satu pameran yang dapat memupuk minat para pelajar untuk lebih seronok mempelajari sabjek Sains, Astronomi, Bahasa Inggeris, Kejuruteraan Mekanikal dan sebagainya. Bahan pamerannya didatangkan dari Amerika Syarikat dengan kerjasama NASA. Peluang sebegini sukar untuk kita perolehi, tidak seperti melawat zoo, muzium dan lain-lain tempat di Malaysia ini yang kita boleh lawati sepanjang tahun.

Menurut maklumat yang diterima yang banyak membuat rombongan sekolah ke MISA ini kebanyakkannya ialah Sekolah Cina , Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa. Sekolah Kebangsaan yang majoritinya pelajar melayu boleh dibilang dengan jari.

Di mana silapnya, pelajar Melayu hingga tidak minat untuk pergi ke MISA. Adakah yurannya mahal ? Pada saya tidak, kalau nak pergi ke LIMA Langkawi , belanjanya jauh lebih mahal. Kalau nak buat rombongan ke Medan , Indonesa pun, lebih banyak belanjanya.

Adakah pihak sekolah, pihak Kementerian Pelajaran, pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak Kementerian Penerangan tidak mempromosikan program ini sungguh-sungguh seperti mempromosi program Perkampungan Hadhari sedangkan MISA ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelancongan ? Tanyalah mereka semua.

Bagi kita yang telah tahu kebaikan pameran MISA ini , marilah kita sama-sama mempromosikannya. Bagi mereka yang mampu, marilah kita luangkan masa ke seana bersama anak-anak kita. Bagi pihak sekolah dan PIBG bolehlah menggalakkan sekolah membuat rombongan ke MISA.

Untuk maklumat lanjut program ini bolehlah layari laman web mereka di www.misa.com.my atau e-mel MISA@adsuria.com , Tel 03-40247009 , Fax 03-40247008