KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080726

Cuba semak, mana tahu anda mewarisi tanah di NS

Di N.Sembilan ini begitu banyak tanah terbiar, terutamanya tanah adat. Bukan setakat tanah yang terbiar, malahan rumah banglo beratap genting yang tersergam indah pun banyak terbiar di N.Sembilan ini. Berlainan dengan negeri di pantai timur seperti Terengganu. Setiap tanah akan dibahagi-bahagikan kepada anak beranak untuk dibuat tapak rumah. Itu adalah hakikatnya.

Tanyalah orang N.Sembilan siapa yang nak buat rumah di tanah adat ? Rata-ratanya menolak untuk membuat rumah atau mengusahakan tanah adat , termasuk golongan wanita seperti ibu dan kakak saya, menyebabkan tanah adat di N.Sembilan ini hampir tiada nilai. Akibatnya banyaklah tanah dan rumah terbiar di negeri beradat ini.

Akibat dari itu kemungkinan besar banyak cukai-cukai tanah yang tidak berbayar, dan kemungkinan besar akan dirampas oleh kerajaan negeri.

Kini kita boleh semak secara online di Pejabat Tanah Negeri Sembilan samada kita atau saudara mara kita , terutama datuk nenek kita samada mereka mempunyai tunggakan cukai tanah yang belum dibayar.

Laman web Pejabat Tanah Negeri Sembilan ini http://ptgns.ns.gov.my/qry_cukai_kp.php dan Pejabat Tanah Seremban ini http://cukaitanahseremban.blogspot.com memberikan begitu banyak informasi yang berfaedah untuk kita semua. Cubalah tengok, mana tahu kita mewarisi tanah ratusan hektar bernilai jutaan ringgit menunggu masa untuk dirampas.