KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080728

Kebaikan Letak Kereta Mengundur

Sekiranya kita meletak kenderaan di tempat letak kereta awam atau berbayar yang kedudukan lot letak kenderaan 90 darjah dengan laluan kenderaan adalah lebih baik dengan cara mengundur “Reverse Parking”. Ini bermakna bahagian hadapan kereta akan mengadap jalan. Berikut adalah kebaikan “Reverse Parking” dipetik dari laman web Paultan (kecuali perkara 2) :

1. Dengan kejadian jenayah yang semakin meningkat, adalah lebih mudah untuk keluar dari tempat letak kereta , sekiranya anda diancam keselamatan

2. Kenderaan yang diletak bahagian hadapan mengadap laluan kenderaan akan mudah dilihat oleh orang awam yang lalu lalang sekiranya pencuri kereta sedang mencuri kenderaan , memecahkan kunci stering “steering lock” , menghidupkan enjin kenderaan secara litar pintas “hot wire” dan apa-apa yang mencurigakan.

3. Meletak kenderaan secara mengundur akan menyebabkan bonet belakang kenderaan rapat ke dinding. Ini akan menyukarkan penjenayah untuk membuka bonet belakang.

4. Data menunjukkan ianya memerlukan masa 90 saat untuk purata kereta berusia 5 tahun untuk enjinnya panas sebelum mencapai tahap suhu efisien. Menurut kajian , mengundur dari tempat letak kereta ketika enjin sejuk akan menggunakan 20-25 kali lebih banyak minyak. Memandu ke hadapan lebih menjimatkan minyak kerana ratio gear yang lebih rendah ketika mengundur berbanding dengan gear satu.

5. Mengundur ke tempat letak kereta lebih selamat daripada mengundur ke laluan kenderaan. Memandu keluar ke hadapan adalah lebih selamat kerana kita dapat melihat kenderaan yang lalu dengan mudah.