KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090214

Kekalutan di Perak, Hospital Rembau dan

Kekalutan yang berlaku di Perak kadang-kadang membuatkan kita terlupa akan kekalutan serta masalah yang dihadapi rakyat di negeri lain. Ianya juga membuatkan kita terlupa bahawa kita juga menghadapi beberapa isu lain yang menggusarkan setiap rakyat Malaysia.

Masalah pemberhentian kerja, masalah kegawatan ekonomi, masalah sosial, masalah dadah, masalah jenayah, masalah dilema pelajar Melayu.

Isteri saya kata pelajar Melayu di sekolahnya rata-ratanya malas. Kalau disuruh buat “homework” pelajar Cina dan India yang siap dulu. Pelajar Melayu puas disuruh berulangkali barulah menghantar kerja rumah, itu pun tak sempurna.

Ayah saya pula baru-baru ini membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tampin. Berjam-jam tunggu nak buat pemeriksaan dan beratur panjang nak dapatkan ubat. Katanya mereka dari Gemas, Alor Gajah bukan sahaja dari Rembau yang datang ke Hospital Tampin. Kalau pergi Hospital Seremban lagi parah, “parking” nya susah, silap haribulan empat-empat tayar kereta hilang.

Pada 7 Mac 2008 bukan main lagi hebat Majlis Pecah Tanah nak buat Hospital Rembau. Tak adalah mahal sangat RM 100 juta saja. Ayah saya kata pecah batu semua agaknya dah jadi pasir, bayang hospital pun tak siap. Katanya kalau masuk wad Hospital Tampin jangan harap dapat masuk wad kelas satu. ( REMBAU 7 Mac - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah, di mana hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive )

Kawan saya pula dah 3 bulan diberhenti kerja kilang di Senawang. Sampai sekarang belum dapat gaji dan pampasan lain. Banyak lagi kes pemberhentian pekerja kilang di Senawang. Sementara ni kawan saya buatlah sikit kerja pendawaian, sesiapa yang perlukan kerja “wiring” di Rembau bolehlah hubungi kawan saya ini Rahim 017-6898404 (Laporan pekerja kilang APL Healthcare Sdn Bhd diberhentikan di laman web ADUN Paroi http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/12/warga-industri-di-senawang-semakin.html )

Kesimpulannya begitu banyak masalah lain, di negeri lain. Bukan setakat membicarakannya sahaja, marilah kita sama-sama membantu sepenuh tenaga mengikut kemampuan masing-masing. Tak perlulah nak tunggu semata-mata bantuan Baitul Mal, Jabatan Kebajikan, TEKUN dan sebagainya.

Tiada ulasan: