KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090218

Pemimpin takutkan ALLAH, keluarga dan negara aman

Ketika makan sekeluarga bersama emak, ayah, isteri dan anak-anak, emak saya berkata perlu berlaku adil pada anak-anak. Emak memberi contoh banyak ketua keluarga tidak berlaku adil pada anak-anak , terutama dalam agihan harta.

Memang banyak berlaku pergaduhan anak beranak, adik beradik, saudara mara dalam masalah agihan harta. Emak kata eloklah ikut hukum Islam.

Saya kata memang hukum Islam itu lengkap dan adil. Tapi yang penting ialah ketua keluarga mestilah mereka yang takutkan ALLAH. Ketua keluarga samada suami atau ayah perlu takutkan ALLAH, barulah setiap pertimbangan dan keputusan yang diambil akan terdetik dihatinya apakah ALLAH redha dengan keputusan yang diambil.

Itu peringkat pemimpin keluarga. Di peringkat negeri dan negara seperti di Malaysia ini , kita perlukan pemimpin-pemimpin, menteri-menteri, ketua-ketua jabatan, ahli-ahli parlimen, wakil-wakil rakyat yang takutkan ALLAH. Apabila semua pemimpin takutkan ALLAH mereka akan tahu mereka akan dipersoalkan di dalam kubur dan di hari akhirat nanti akan setiap perkataan, setiap keputusan, setiap projek yang diuruskan oleh pemimpin.

Pemimpin yang takutkan ALLAH, takut berjumpa ALLAH sekiranya ada orang bawahan atau rakyat akan menuntut di hadapakan ALLAH setiap perkara yang tidak adil yang dilakukan di dunia.

Pemimpin yang takutkan ALLAH, tidak akan melakukan maksiat, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya, kerana dia takutkan ALLAH, kerana dia tahu ALLAH adalah segala-galanya , ALLAH yang mencipta manusia dan alam, Raja segala Raja, Sultan segala Sultan.

Hanya dengan adanya pemimpin yang takutkan ALLAH (tak kiralah dari parti apa sekali pun) negara kita Malaysia akan selamat, aman dan makmur.

Tiada ulasan: