KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090215

Kemelut Perak, perlu Wali di N.Sembilan

Sekali lagi kemelut di Perak membuatkan kita lupa akan masalah di sekeliling kita. Hari ini saya menghadiri “Bengkel Bapa Sebagai Jurunikah (Wali)” di Masjid Bandar Baru Senawang. Dewan kuliah masjid penuh sesak dengan kaum bapa yang begitu berminat mengikuti program ini.

Anggaran awal hanya 40 orang yang hadir, tapi akhirnya lebih 70 orang yang hadir. Ini menunjukkan masyarakat terlalu dahagakan ilmu kekeluargaan.

Masalah perceraian adalah ditahap kritikal dan membimbangkan sekarang ini. Di kejiranan kita pasti ada beberapa pasangan yang bermasalah. Ada yang kahwin seminggu dah tuntut cerai. Masalah perceraian ini berlaku di semua golongan masyarakat, orang Umno pun ada masalah perceraian, orang PAS pun ada masalah ini, orang tak PAS dan tak Umno pun ada masalah ini, orang atas pagar pun ada masalah ini.

Kadang-kadang masalah ini berpunca dari tidak faham tanggungjawab bapa sebagai wali.

Terlalu banyak ilmu yang nak dikongsi bersama. Kalau ada kursus sebegini lebih-lebih percuma, rebutlah peluang ini. InsyaALLAH semoga lebih banyak keluarga Islam yang aman sejahtera dapat dibentuk dalam menghadapi pelbagai kemelut pada ketika ini.

Tahniah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan pihak Masjid Bandar Baru Senawang yang berjaya menganjurkan program ini. Semoga ianya dapat diadakan “roadshow” seluruh kariah di Negeri Sembilan dan dijadikan acara “main event” di peringkat Negeri Sembilan barangkali di Pusat Dakwah.

Nota kaki : Jangan sibuk di Perak sahaja, selalu selalu perhatikan keadaan sekeliling kita. Perak Perak juga, Negeri Sembilan jangan lupa.

Tiada ulasan: