TAHFIZ GONTORY

TAHFIZ GONTORY

TABUNG KEBAJIKAN

TABUNG KEBAJIKAN

20120424

Ulama Rembau yang berjasa kepada Sultan Siak di Sumatera


Baru-baru ini saya dikhabarkan bahawa dari Rembau ada seorang ulama yang amat tersohor bukan sahaja di Rembau tapi di Siak. Beliau ialah Tuan Lebai Aris bin Ahmad (1905 – 1947), dari Kg Nerasau, Penajis, Rembau. Begitu besar jasa Lebai Aris kepada Sultan Siak, kerajaan Siak dan rakyat Siak, beliau telah dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Sultan Siak dan dianugerah tanah seluas 500 ekar.

Saya dikhabarkan juga Lebai Aris adalah merupakan datuk saudara kepada seorang ulama muda dari Rembau yang terkenal di negara kita pada ketika ini.

Perbilangan yang berbunyi, “Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau” mempunyai maksud yang mendalam dari segi sejarah.

Dikhabarkan juga loghat orang Siak adalah mirip loghat orang Negeri Sembilan. Sedangkan loghat orang Minang adalah jauh berbeza dari loghat orang Negeri Sembilan.

Untuk mengikuti kisah lanjut mengenai Lebai Aris terdapat di http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00744.pdf

TUTUR KATA ORANG SIAK MIRIP ORANG NOGORI

Sekali lagi saya teringatkan dialek orang negeri Sembilan. Pernah Prof. Madya Zainal Borhan menjelaskan bahawa dialek pertuturan orang Siak sama dengan orang di Negeri Sembilan.

Saya hendakkan kepastian tentang perbilangan tentang hubungan Siak dengan Negeri Sembilan, terutama Rembau. Dharwamijaya membacakan satu petikan dari sebuah buku,  “ Raja Mahmud dijadikan raja di Negeri Sembilan (Rembau) dan menetap di Penajis dengan gelaran Raja Melewar, setelah mendapat restu dari Sultan Johor pada kurun ke-17. Maka adalah perbilangan yang berbunyi, Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau.”

Nurhalim berpendapat Bertali Ke Siak itu mungkin membawa maksud  orang-orang di Negeri Sembilan, khususnya  Rembau kebanyakannya mempunyai hubungan keluarga dengan orang Siak. Ada pertalian darah.

Lenggok intonasi pertuturan orang Siak amat berbeza dengan orang Minang tetapi lenggok intonasi pertuturan orang Rembau hampir sama dengan lenggok orang Siak.


2 ulasan:

Mengharap RedhaMu berkata...

Sapo namo ulama mudo dari rombau tuh??

Tanpa Nama berkata...

Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin