KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120914

Pengalaman sedekah mampu sembuh demam


Anak lelaki bongsu saya baru saja selesai menghadapi peperiksaan UPSR. Isnin sehari sebelum UPSR anak lelaki saya selepas pulang sekolah kelihatan lesu dan letih. Malamnya dia dah mula muntah-muntah beberapa kali, sekitar jam 11 malam badannya dah mula panas. Lalu saya pergi ke klinik berhampiran untuk membeli ubat demam.

Esok dah UPSR, kalau tak sembuh demamnya masalah besar nanti. Lalu saya teringat kisah yang saya tulis sebelum ini bahawa sedekah mampu ubati pelbagai penyakit. Malam-malam macam ni mana pula nak saya hulurkan sedekah ni, puas saya fikrikan mana nak hulur sedekah tengah malam buta ni.

Bila sampai klinik, saya pun minta ubat demam. Sambil menunggu, nampak tabung derma sebuah sekolah agama di Seremban pada kaunter mengambil ubat. Apa lagi, saya pun masukkanlah duit dalam tabung tersebut dan berniat dalam hati semoga dengan sedekah tadi, Allah akan sembuhkan demam anak saya.

Balik rumah, isteri terus beri ubat demam pada anak. Keesokan paginya Alhamdulillah anak saya cergas seperti biasa, tiada tanda-tanda demam, lesu dan sebagainya.

SUBHANALLAH.

Alangkah baiknya jika isu Sedekah Boleh Ubati Pelbagai Penyakit dijadikan tajuk Teks Khutbah Jumaat.

Beberapa kisah “Sedekah boleh ubati pelbagai penyakit” di http://waghih.blogspot.com/2012/08/sedekah-boleh-ubati-pelbagai-penyakit.html

Tiada ulasan: