KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130731

Anjing disebut 5 kali dalam al Quran




Bagi saya yang bermazhab Syafie, anjing adalah najis mughalazah. Anjing adalah makhluk Allah dan disebut 5 kali dalam al Quran. Sebelum ini pun saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana seekor anjing menyahut azan subuh di tempat saya. Tahukah kita apa binatang lain yang ada disebut dalam al Quran?

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka".  (Al-Kahfi 18:22)

Apa beza antara Sunni dan Syiah?




Disebabkan media satu Malaysia sekarang ini heboh memperkatakan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah, majikan bukan Islam tempat kerja saya pun bertanya kepada saya apa beza antara Sunni dan Syiah. Apa saya nak jawab, sedangkan sebelum ini saya tak beri penerangan kepada dia mengenai Allah, mengenai Nabi Adam, mengenai Nabi Muhammad mengenai syurga dan neraka, mengenai berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Begitu besar peranan media di Malaysia ini sehingga bukan Islam di Malaysia tertanya-tanya apa beza antara Sunni dan Syiah.

Alangkah baiknya media di Malaysia ini memperbesar-besarkan isu menyembah Allah yang satu, Nabi Muhammad itu penutup segala nabi dari Nabi Adam, Nabi Musa hinggalah ke Nabi Isa, al Quran itu lengkap, penyelesai kepada semua masalah di muka bumi dan banyak lagi.

Saya tidak memberitahu majikan saya yang bukan Islam itu yang saya ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah, cuma saya kata Syiah itu datang kemudian.

Bagaimana pula akidah ada di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia ini yang berjudi, minum arak, menggunakan khidmat bomoh yang tidak berlandaskan syariat Islam, mempercayai tilikan dan horoskop, tidak tutup aurat, tidak mengambil al Quran sebagai panduan dan perundangan?

PROGRAM EDARAN BAJU RAYA PERCUMA


PROGRAM EDARAN BAJU RAYA PERCUMA
Untuk diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan
Tarikh : 4 Ogos 2013, Ahad
Masa : 10 pagi
Tempat : Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang

Mereka yang ingin menyumbangkan pakaian raya untuk kanak-kanak, wanita dan lelaki, yang baru atau yang terpakai tapi dalam keadaan baik, bersih dan bergosok sila hantar ke tempat di atas pada hari Sabtu 3 Ogos 2013 jam 9 pagi.

Untuk sumbangan sila hubungi Pn Wani 013-3851202 , Facebook : Mutiara Ns

Anjuran : Dewan Muslimat PAS Rembau dan PAS Kawasan Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com


20130730

Solat jemaah boleh cegah kes jenayah yang berluasa


Seorang penceramah pernah menceritakan bagaimana di taman perumahan beliau di Nilai, sebelum ini banyak kes pecah rumah. Makin dibuat rondaan dan kawalan, makin menjadi-jadi kes pecah rumah. Langkah terakhir sekali ialah mereka memakmurkan surau di taman perumahan tersebut dengan solat jemaah, kuliah ilmu dan ceramah. Dengan takdir Allah kes pecah rumah di kawasan tersebut berkurangan dengan drastik sekali.

“Dan dirikanlah solat (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar” (29:45)


800 penduduk bimbang keluar rumah
30 Julai 2013
    
Bangi: Kejadian 28 kes pecah rumah di kawasan perumahan Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta dalam tempoh enam bulan ini menyebabkan 800 pemilik rumah di kawasan itu berada dalam ketakutan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Mahkota 6 Mat Jim Wahab berkata, keselamatan penduduk kini terancam sehingga menyebabkan penduduk berasa bimbang untuk meninggalkan rumah ketika bekerja selain rasa risau keselamatan isteri dan anak yang ditinggalkan bersendirian di rumah.

“Bagi mengekang kejadian ini terus berlaku, kami menubuhkan skim rondaan secara sukarela yang menjalankan kawalan bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

“Selain itu, kami turut menempatkan empat pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam di setiap zon. Namun, usaha ini masih lagi mengancam keselamatan penduduk,” katanya ketika ditemui semalam.

Sehubungan itu, pihaknya bercadang membina pagar mengelilingi kawasan itu yang dijangka dimulakan November ini.

“Ahli jawatankuasa penduduk bersetuju untuk membiayai kos pembinaan sebanyak RM400,000 yang akan dikutip daripada 800 pemilik rumah. Setiap rumah perlu membayar RM700 dan diharap mereka dapat memberi komitmen supaya keselamatan dan keselesaan mereka lebih terjamin,” katanya.



20130729

Kapal perang diberi nama sempena seorang Ulama hebat




Semoga lebih banyak lagi kapal perang, jet pejuang dan kereta kebal diberi nama sempena ulama seperti Imam Bonjol.

Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) mempunyai sebuah kapal perang yang diberi nama KRI Imam Bonjol (Kapal Republik Indonesia).

Imam Bonjol adalah merupakan seorang pemimpin dan seorang ulama Minangkabau dari Sumatera yang hebat. Pada awalnya Imam Bonjol telah bertegas dengan kerajaan Pagaruyung untuk menerapkan dan menjalankan syariat Islam sesuai dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berpegang teguh pada Al-Qur'an dan sunnah-sunnah Rasullullah SAW dan memerangi adat-adat yang bertentangan dengan syariat.

Perang Padri yang terjadi antara 1803-1838 pada awalnya adalah antara mereka yang ingin menegakkan syariat Islam dan mereka yang berpegang kepada adat yang tidak mengikut syariat Islam.

Ketua adat pada awalnya telah meminta campurtangan penjajah Belanda untuk melawan Imam Bonjol. Akhirnya Imam Bonjol dapat meyakinkan Ketua Adat untuk bersama menentang penjajah Belanda.

Imam Bonjol atau dikenali juga sebagai Tuanku Imam Bonjol lahir di Bonjol, Pasaman, Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 1772.  Nama sebenar beliau ialah Muhammad Shahab.

Beliau menghembuskan nafas terakhir tepatnya pada tanggal 8 November 1864.

Sebagai penghargaan dari pemerintah Indonesia yang mewakili rakyat Indonesia pada umumnya, Tuanku Imam Bonjol resmi diangkat sebagai Pahlawan Nasional Indonesia sejak tanggal 6 November 1973 mewakili perjuangan dari tanah Sumatra (Minangkabau).

Bapa minta tangkap 'Si Tanggang'




Semakin ramai anak-anak yang mengabaikan orang tua mereka. Bagaimana dengan diri kita sendiri, sudahkah kita berbuat baik kepada ibu bapa kita hari ini, samada mereka masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia? Berapa kali dalam bulan Ramadhan ini kita hadiahkan Fatihah, berderma atas nama orang tua kita yang telah meninggal dunia? Berapa kali kita berbuka puasa dengan mereka di rumah atau buffet di hotel dan sebagainya?

Bapa minta tangkap 'Si Tanggang'
29 Julai 2013
 
Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus syarikat cari gali minyak, Nasrun Mustafa, 40, kerana gagal membayar nafkah kepada ibu bapa dan dua anaknya.

Waran tangkap anak

Selepas tiga tahun bersabar, seorang bapa yang menyaman anak lelakinya bagi menuntut nafkah untuk dua cucunya terpaksa menggunakan jalan terakhir dengan memohon Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, mengeluarkan waran tangkap.

Mustafa Ismail, 67, berkata, hanya itu jalan terakhir yang akan membolehkannya berjumpa dan menyelesaikan masalah dengan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, yang bukan saja enggan memberi kerjasama, tetapi gagal mematuhi perintah mahkamah pada 28 Ogos tahun lalu yang memutuskannya membayar nafkah dan memohon maaf secara terbuka kepada kedua ibu bapanya.

Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya, tiga tahun lalu.