KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130721

Hollywood mungkin berminat buat filem aksi di Malaysia


Semakin hebat, berani, kejam, bijak, penjenayah di Malaysia sekarang ini. Mungkin tak lama lagi pengarah filem Hollywood akan beralih angin, dengan menumpukan filem aksi ganas yang lebih sensasi dengan membuat pengembaraan di Malaysia. Boleh buat Box Office dan pecah panggung seluruh dunia. Bukankah indeks jenayah di Malaysia yang tertinggi di Asia dan ke 9 tertinggi di dunia?

Suspek Rompak Kedai Emas Di Temerloh Dipercayai Loloskan Diri Guna Lori Kargo
Sabtu Julai 20, 2013

TEMERLOH: Polis tidak menolak kemungkinan enam lelaki yang merompak barang kemas bernilai RM3.2 juta di Mentakab dua hari lepas, turut menggunakan lori kargo bagi meloloskan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, suspek yang menaiki kereta jenis Honda Accord dan Toyota Camry selepas merompak kedai emas berkenaan memecut kenderaan menuju ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

"Menurut saksi, kedua-dua buah kereta dinaiki enam perompak itu dikatakan merempuh kayu halangan di Tol Temerloh dan menghala ke Kuala Lumpur.

"Polis tidak menolak kemungkinan kereta itu dinaikkan ke dalam lori kargo yang menunggu mereka di kawasan rehat dan rawat di LPT menghala ke Karak," katanya di sini, Sabtu.


Tiada ulasan: