KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130721

JKR perlu sedia direktori samseng kepada kontraktor


Saya cuba dapatkan maklumat dari beberapa kontraktor di N.Sembilan mengenai masalah wang perlindungan yang perlu dibayar kepada samseng apabila melakukan projek kerajaan. Mereka kata memang sering diganggu di tapak projek oleh kumpulan samseng yang minta wang perlindungan. Kalau bayar mereka tak akan kacau.

Saya nak cadangkanlah kepada kerajaan sedia ada agar mengambil langkah transformasi berikut selagi polis tidak boleh menjamin keselamatan para kontraktor di tapak projek :

1. Sediakan direktori samseng di setiap kawasan parlimen dan DUN, agar mudah para kontraktor berurusan terus dengan ketua samseng di kawasan tersebut dari berurusan dengan anak buah samseng. Biarlah samseng yang melindungi para kontraktor dari kumpulan samseng lain.

2. Tender kerajaan perlulah dimasukkan dalam BQnya secara khusus wang perlindungan untuk samseng.

3. Para kontraktor perlulah mudah mendapatkan lesen senjata api untuk perlindungan diri mereka. Kalau boleh masukkan dalam BQ tender kos senjata api dan lesen senjata api.

4. Minta Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa boleh tak beri wang perlindungan dalam keadaan darurat.

Tak tahulah apa nak jadi Malaysia kita. Hanya kepada Allah kita berserah dan bertawakal.

Dua diserang lapan samseng
17 Julai 2013

SEREMBAN - Dua pekerja sebuah syarikat mengorek pasir cedera parah selepas diserang sekumpulan samseng bersenjatakan parang di sebuah tapak projek mendalamkan sungai dekat Sungai Gadut di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Yussri Rahim, 28, retak tulang lengan kiri selain bengkak di muka manakala rakannya, Ahmad Hiswan Ahmad Hassan Safri, 26, parah di tapak tangan.

Menurut Mohd. Yussri, ketika kejadian, dia bersama rakannya itu baharu hendak memulakan operasi hari pertama di tapak berkenaan.

"Tiba-tiba semasa saya sedang sibuk bekerja bersama Ahmad Hiswan di hadapan tapak projek, kami didatangi lapan lelaki bermotosikal lalu mengugut kami supaya membayar wang perlindungan jika tidak mahu dicederakan.


Tiada ulasan: