KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140925

Empangan Gemencheh amat kritikal, kita perlukan orang yang ikhlas


Kita perlukan orang seperti Dr Abdul Rahman Al-Sumait yang ikhlas, mengorbankan segala-galanya demi Islam untuk memohon kepada Allah agar menurunkan hujan di kawasan Empangan Gemencheh, N.Sembilan yang amat kritikal sekarang ini yang mengakibatkan daerah Rembau dan Tampin terpaksa di catu bekalan air. Disamping itu kita semua perlu bertaubat, mohon ampun kepada Allah , takut-takut dosa yang ada pada kita ini antara penyebab hujan tidak turun di Empangan Gemencheh.

******************

Dr Abdul Rahman Al-Sumait sanggup menaiki keretapi yang uzur merentasi benua Afrika selama berhari-hari, di kejar di padang pasir oleh ular yang berbisa, hanya semata-mata untuk berdakwah dan menjalankan misi kemanusiaan.

Satu hari beliau pergi ke sebuah kampung yang sudah berbulan-bulan tidak hujan. Ketua kampung tersebut berkata kepada Dr Abdul Rahman, kalau nak datang berdakwah tak payahlah, mereka suruh Dr Abdul Rahman balik. Mereka hendakkan hujan kata mereka. Dr Abdul Rahman tidak berdaya menunaikan permintaan mereka, hanya mampu menadah tangan, berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan. Belum sempat beliau hendak menurunkan tangan dari berdoa, tiba-tiba datang awan gelap entah dari mana menurunkan hujan yang lebat. Maka penduduk kampung tersebut mengucapkan syahadah.

Antara usaha Dr Abdul Rahman ialah beliau membiayai 9,500 orang anak yatim, membiayai 95,000 orang pelajar, membina 5,700 buah masjid, 200 pusat latihan untuk wanita, 860 buah sekolah, 4 universiti, 102 buah pusat Islam, 9,500 perigi dan mengedarkan 51 juta Al Quran.

Tiada ulasan: