KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150325

Kepada lepasan SPM 2014



Kepada lepasan SPM 2014, jangan lepaskan peluang isi borang permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi MARA di

Permohonan secara online adalah percuma tidak diperlukan nombor pin dsbnya.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin menambah informasi berdasarkan pengalaman mempunyai seorang anak yang pernah balajar di peringkat ijazah di UniKl (BMI):

Tidak dinafikan bahawa IPTS adalah pilihan kedua pelajar selepas tidak mendapat tempat di IPTA.Salah sebuah IPTS yang menyediakan peluang pengajian di peringkat diploma dan ijazah ialah UniKl.

Kursus di universiti-universiti di bawah UniKl mengikut bidang masing-masing. Contoh, UniKl (BMI di Gombak), UniKl (MFI di Bangi)dan lain-lain.

Kebanyakkan university di bawah UniKl adalah universiti teknikal. Kursus pengajian yang disediakan bermula dari peringkat diploma hingga ijazah pertama. Beberapa buah university UniKL menyediakan kursus pengajian di peringkat Master dan Phd.

Kos pengajian di UniKl adalah seperti di IPTS yang lain iaitu agak mahal. Bagaimanapun, mungkin ramai ibu bapa/pelajar tidak mengetahui bahawa kadar bayaran semula pinjaman pelajaran (jika dapat Pinjaman MARA) adalah fleksibel iaitu berdasarkan keputusan pengajian.

Ini bermakna semakin baik keputusan pengajian seseorang pelajar maka semakin kuranglah baki pinjaman pelajaran MARA yang akan dibayarnya.

Ada beberapa perkara positif yang saya tidak beritahu dalam catatan ini kerana sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, memadailah saya nyatakan bahawa anak saya dapat belajar dengan tenteram dan tidak menghadapi masalah kewangan sepanjang tempoh pengajiannya.

Saya mengingatkan ibu bapa bahawa peluang kerjaya lepasan UniKL lebih luas terbuka di firma swasta berbanding di agensi kerajaan. Peluang kerjaya di agensi kerajaan agak terbatas.

Anak saya telah bergraduat dan kini bekerja di firma high tech. swasta.

Semoga catatan ini dapat membantu ibu bapa dan anak bangsa.

Nota: Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman mempunyai anak sendiri yang pernah menuntut di UniKl. Mungkin ada perubahan kepada dasar (polisi) yang berlaku selepas itu yang tidak saya ketahui.