KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150630

Rumah pusaka musnah terbakar






Rumah pusaka musnah terbakar
30 Jun 2015

REMBAU –  Mangsa, Rosli Mohamad, 40 berkata, rumah pusaka berusia lebih 50 tahun yang musnah 100 peratus itu mengakibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM20,000.

"Semua barangan, dokumen penting termasuk wang tunai RM200 yang disimpan sedikit demi sedikit bagi persiapan membeli baju raya anak-anak musnah terbakar. Malah, hadiah perkahwinan mereka suami isteri berusia lebih 10 tahun lalu berupa set pinggan mangkuk yang masih belum digunakan juga hangus.

“Saya tidak pernah guna hadiah berkenaan kerana kami suami isteri menunggu hari istimewa untuk menggunakannya.  Cadangnya raya tahun ini, kami mahu menggunakan set pinggan mangkuk berkenaan bagi menghidangkan juadah hari raya buat tetamu yang datang," katanya.

"Sebelum ini saya tinggal di Melaka bersama isteri dan tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun tetapi awal tahun lalu, saya nekad untuk pulang dan menetap di kampung halaman.

"Bagaimanapun, sepanjang bulan Ramadan ini, saya tinggal di rumah bapa saudara saya bagi memudahkan urusan membantu kakak sepupu yang berniaga di Pasar Ramadan Pekan Rembau," katanya.

Rosli yang berniaga air kelapa secara kecil-kecilan berkata, petang kelmarin isterinya balik ke rumah itu untuk memberi makan kucing dan keluar selepas  memastikan setiap peralatan elektrik kecuali peti ais ditutup suis.

20150628

Maklum balas pasar malam Kota, Rembau


Beberapa penduduk di Kota, Rembau mengadu kepada saya mengatakan lokasi pasar malam yang di pindahkan dari pekan Kota ke Taman Seri Kota berhampiran kilang getah Kendong tidak sesuai kerana tapak pasar malam berkenaan jauh dari mereka yang tinggal di pekan Kota, Legong, Tiga Nenek, Chengkau, Astana Raja dan ini membahayakan mereka untuk menaiki motosikal, basikal atau berjalan kaki di jalan besar Rembau-Tampin.

Mungkin ini hanya luahan mereka dari kampung tersebut.

Bagaimana sebenarnya lokasi baru pasar malam ini? Adakah para peniaga pasar malam mendapat lebih pelanggan, lebih keuntungan berbanding dengan tapak di pekan Kota?

Harap mereka yang biasa pergi ke pasar malam Kota dapat memberikan maklum balas untuk kebaikan penduduk setempat dan para peniaga pasar malam.

Bantu baiki pintu rumah penduduk PPR Legong Ulu


Ketika sahabat saya Hj Ishak Omar mengagihkan sumbangan Ramadhan pada 27 Jun 2015 di penempatan penduduk termiskin sekitar Kg Legong Ulu, Rembau, terlihat keadaan rumah salah seorang penghuni yang agak daif dimana pintu dapurnya sudah pun roboh.

InsyaALLAH , kami akan membantu keluarga ini menukar pintu rumah tersebut.

"Eratkan Ukhuwwah, Menuju Kejayaan"

20150627

Agihan Sumbangan Ramadhan

Hari ini sahabat saya Hj Ishak, Hj Nasir, Sdr Izamri dan Sdr Azmil mengagihkan sumbangan Ramadhan kepada mereka yang memerlukan di Kg Bintongan, Kg Selemak, Kg Legong Ulu, PPR Legong, Kg Gadong.






20150625

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN DAN MERAIKAN SYAWAL KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKAN



PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN DAN MERAIKAN SYAWAL KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKAN


Sempena Ramadhan dan Syawal ini Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan akan mengedarkan sumbangan barangan makanan dan wang tunai kepada keluarga yang memerlukan.

Setiap keluarga akan mendapat sumbangan barangan makanan serta duit raya sebanyak RM50. Kami mensasarkan 500 keluarga akan mendapat sumbangan ini. Setakat ini jumlah yang terkumpul ialah untuk 180 keluarga.

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi ;
0133851202 (Pn Norwani)
0122267406 (Hj Rozmal)

20150624

Jual daging besar-besaran di perkarangan masjid sambut raya?



Perkataan 'mantai' dalam dialek Negeri Sembilan bermaksud membantai iaitu hari di mana umat Islam bergotong-royong melapah daging, menjual, menyediakan makanan keperluan Hari Raya.

Dengar ceritanya pada 14 Julai 2015 nanti bersamaan dengan 27 Ramadhan akan diadakan satu Program Mantai Perdana iaitu menjual daging pada harga yang amat murah di salah sebuah perkarangan masjid di Seremban ini.

Sesuai ke program ini dibuat di perkarangan masjid pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan?

Tidakkah ianya akan mengganggu para jemaah yang beribadah? Walaupun ianya diadakan di perkarangan masjid, sudah pasti akan berlaku kesesakan yang luar biasa dan suasana riuh rendah apabila orang ramai berebut-rebut membeli daging pada harga yang murah ini.

Rasanya banyak tempat boleh dilakukan program Mantai Perdana ini, antaranya seperti di tapak pasar tani perkarangan Stadium Paroi atau di PAKAR FAMA Paroi, di mana tempat ini memang tempat penjualan barang basah dengan tempat letak kereta yang selesa.

Atau ini hanya khabar angin?

Pemimpin negara beratur panjang untuk mengambil makanan berbuka puasa bersama anak yatim di Istana Negara.




*****************
Buka Puasa Bersama Anak Yatim, Jokowi Ancam Akan Copot Pejabat yang Menyebabkan lamanya Waktu Bongkar Muat di Tanjung Priok

Sapujagat.com – Jokowi yang didampingi Ibu Negara Iriana Widodo membatalkan puasa bersama 400 anak yatim piatu di Istana Negara, Jakarta Pusat.

Acara buka puasa bersama itu berlangsung di Istana Negara, Jakarta Pusat, Kamis (18/6/2015). Sebelum masuk waktu berbuka, Jokowi sempat membagikan sepeda ke beberapa anak yang bisa menjawab pertanyaan darinya.

Jokowi yang didampingi Ibu Negara Iriana Widodo bersama anak yatim membatalkan puasa dengan menyantap takjil. Lalu dilanjutkan dengan salat magrib berjamaah.

Usai salat, Jokowi dan ratusan anak yatim piatu itu keluar gedung Istana Negara. Di luar sudahh terpasang tenda ukuran besar dan disediakan beberapa booth makanan. Di antaranya ada nasi pecel, es teler dan bakso.

Makanan bakso jadi sasaran Jokowi. Namun dia harus rela antre bersama anak-anak lainnya.

“Ayo antre, antre,” kata Jokowi sambil memegang sebuah mangkok. Setelah dapat, Jokowi Jokowi pun kemudian mencari duduk dan makan bersama ana-anak yatim.

Disela-sela kebahagian dalam cara berbuka puasa, beberapa pertanyaan wartawan seputar lamanya dwelling time (waktu bongkar muat) di Pelabuhan Tanjung Priok dijawab Jokowi dengan tegas.

“Saya sudah ngomong, kalau dicopot ya dicopot. Sudah saya sampaikan,” ujar Jokowi saat ditanya wartawan usai buka puasa bersama 400 anak yatim di Istana Negara, Jakarta Pusat, Kamis (18/6/2015).

Sebelumnya, Presiden Joko Widodo geram dengan lamanya dwelling time (waktu bongkar muat) di Pelabuhan Tanjung Priok. Jokowi pun mengancam akan mencopot pejabat yang menyebabkan kelambatan itu.

Jokowi mengatakan, dia tidak pandang bulu siapapun pejabat yang menyebabkan kelambatan itu akan ditindak tegas. “Semua sudah saya sampaikan. Di lapangan dirjen, maupun menterinya juga, kalau tidak bisa melayani dengan cepat, ya seperti yang sudah saya sampaikan (copot),” kata Jokowi.

Jokowi juga menegaskan, dirinya akan mencari tahu dengan caranya sendiri. Sebab, saat ditanya ke petugas Indonesia Port Coorporation (IPC) Tanjung Priok, tidak ada yang berani mengatakan penyebab kelambatan dwelling time itu.

“Karena, di situ tidak efisien. Ada Rp 780 triliun. Loading-loading, bongkar muat, kelamaan. Hal-hal dokumen, kapal berhenti. Ini biaya, semua itu meninggikan logistik transportasi,” papar Jokowi.

“Nanti saya sampaikan. Saya cek dengan cara sendiri,” tambahnya.

Tidak semua orang susah kita minta Pusat Zakat, Baitul Mal bantu



Baru-baru ini ada jiran saya dalam kesusahan. Dia perlukan RM500 untuk baiki motosikal buruknya yang dia berulang alik setiap hari ke tempat kerja. Tak ada motosikal, putuslah sumber pendapatan dia. Saya ada motosikal lama yang amat jarang digunakan sampai tayar tak ada angin, spark plug kotor, tak boleh start.

Saya pun berilah dia pinjam motosikal tersebut sehinggalah dia ada duit nanti untuk baiki motosikalnya.

Masyarakat perlu prihatin. Ramai di sekeliling kita perlukan bantuan, dan ramai yang ingin membantu samada dengan beri pancing, wang ringgit atau barangan sedia ada.

Tidak semua orang susah kita minta Pusat Zakat, Baitul Mal bantu