KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150628

Maklum balas pasar malam Kota, Rembau


Beberapa penduduk di Kota, Rembau mengadu kepada saya mengatakan lokasi pasar malam yang di pindahkan dari pekan Kota ke Taman Seri Kota berhampiran kilang getah Kendong tidak sesuai kerana tapak pasar malam berkenaan jauh dari mereka yang tinggal di pekan Kota, Legong, Tiga Nenek, Chengkau, Astana Raja dan ini membahayakan mereka untuk menaiki motosikal, basikal atau berjalan kaki di jalan besar Rembau-Tampin.

Mungkin ini hanya luahan mereka dari kampung tersebut.

Bagaimana sebenarnya lokasi baru pasar malam ini? Adakah para peniaga pasar malam mendapat lebih pelanggan, lebih keuntungan berbanding dengan tapak di pekan Kota?

Harap mereka yang biasa pergi ke pasar malam Kota dapat memberikan maklum balas untuk kebaikan penduduk setempat dan para peniaga pasar malam.

Tiada ulasan: