KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150603

Kepada pihak SB, pihak polis, pihak pejabat Ahli Parlimen Rembau



Kepada pihak SB, pihak polis, pihak pejabat Ahli Parlimen Rembau dan pihak pejabat ADUN Kota yang memantau Blog saya ini harap maklumkan kepada pihak berkenaan akan kebimbangan orang kampung di Kota, Rembau mengenai lori-lori treler panjang yang membawa muatan berat yang melalui jalan Astana Raja-Kota yang berkemungkinan boleh merosakkan jalan tersebut dan membahayakan pengguna jalanraya terutamanya orang kampung. Di bawah ini mesej yang saya terima dari orang kampung pada 2 Jun 2015 dari jam 8 malam hingga 9.27 malam ;

"Minta perhatian...konvoi treler membawa arang batu secara berlebihan telah memandu secara laju akan menuju ke astana raja melalui jalan linggi-lubuk cina"

“Lepas maghrib ini dah ada 5,6 biji treler lalu dengan lebih muatan, memang mereka ini lalu malam”

“Dah ada 4 buah lagi treler muatan lalu kat kota”

“Tadi masa di Replika Istana Raja Melewar di Astana Raja, treler tu ada berhenti minum, muatan memang penuh”

“Dari pukul 6 tadi hingga sekarang (9.27 pm) ada lebih 9 biji treler lalu”


Tiada ulasan: