KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150712

Baju raya untuk keluarga susah dari Kg Semerbok, Rembau

Hari ini 12 Julai 2015 sahabat saya Hj Ishak Omar membawa anak-anak Encik Zulkifli bin Ali Hassan dari Kg Semerbok, Rembau untuk beli baju raya. Encik Zulkifli ditimpa kemalangan beberapa bulan lalu menyebabkan dia tidak dapat bekerja, hilang punca pendapatan dan tidak mampu berjalan dengan sempurna, sebelah kaki putus urat untuk bergerak, sebelah lagi lemah.

Isteri suri rumah sepenuh masa dan menjaga suaminya yang sedang sakit di rumah. Mereka mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah , berumur 1 tahun ke 12 tahun. Mengharapkan ihsan orang kampung dan jiran tetangga yang membantu, juga guru sekolah yang membawa anak-anak ke sekolah.





Tiada ulasan: