KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150712

Ujian Kami Sekeluarga.


10 Julai 2014

Jelebu - Hidup tidak semudah yang disangka. Semua orang inginkan kehidupan yang selesa. Mampu untuk memiliki semua yang diidamkan. Begitu jugalah dengan sebuah keluarga ini. Suasana raya tidak dirasai. Hanya mampu melihat insan sekeliling meraikannya saja.

Kisah dan masalah mereka ini telah dipanjangkan kepada NGO Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Wakil kami telah hadir untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi. Inilah lumrah kehidupan. Nampak senyum diluar tetapi hati penuh dengan kesedihan.

Kisah Pn Saliza ini sungguh menyentapkan hati kami. Suami saya mempunyai masalah kesihatan iaitu asma. Dia tidak mampu membuat kerja - kerja berat. Jadi kami tidak mempunyai pendapatan tetap. Pernah suatu hari suami saya pengsan setelah penat bekerja. Pernah suatu ketika kami tidak makan selama 4 hari kerana tidak mencukupi wang untuk membeli makanan. Kalau tak ada duit kami tidak mampu menghantar anak ke sekolah. Kehidupan kami boleh diibaratkan kais pagi makan pagi. Kami juga mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah rendah. Kami tidak mendapat bantuan asnaf. Kadang - kadang yuran sekolah anak pun ada cikgu yang tolong bayarkan. Luah Pn Saliza kepada kami.

Selain itu, Pn Saliza tinggal bersama dengan Kakak Iparnya. Suami kepada kakak iparnya sudah lama meninggal dunia. Kakak iparnya juga mempunyai 3 orang anak. Kakak iparnya mendapat bantuan JKM sebulan RM270 dan Baitulmal RM200 sebulan. Anak -anak tidak mendapat biasiswa. Yuran sekolah masih berhutang lagi. Begitulah kisah mereka yang diceritakan oleh Pn Saliza.

Tolonglah kami, bil air telah dipotong. Persiapan raya tidak ada. Kami pakai apa yang ada. Kami tetap bersyukur dengan apa yang ada. Jika pihak encik boleh bantu kami, kami akan ingat sampai akhirat luah Pn Saliza kepada wakil kami iaitu En Mohd Saiful Ridzuan Bin Jasmin.

Kisah mereka ini akan kami panjangkan kepada mereka yang berwajib. Kepada penyumbang - penyumbang diluar sana yang ingin membantu, maka kami menghulurkan tangan untuk bersama. Inilah saudara kita. Siapa lagi kalau bukan kita. Tolonglah mereka sekadar termampu. Pihak Yayasan Amal Malaysia juga telah menyampaikan sumbangan melalui "Program Kami Menyayangimu" kepada mereka sekeluarga. Semoga sumbangan yang sedikit ini mampu menjernihkan senyuman mereka dalam menghadapi hari lebaran yang akan datang tidak lama lagi. Sebarang sumbangan boleh hubungi 012-9718829 (Setiausaha) Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama dan menyampaikan sumbangan ialah MAPIM Negeri Sembilan, Ustaz Fuad Bin Othman.

Tiada ulasan: