KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150721

Tiang telefon di jalan Bongek - Gadong ini membahayakan






Semasa ziarah hari raya di rumah sahabat saya di Chengkau beliau membangkitkan isu tiang telefon yang amat hampir dengan jalan di Taman Fajar Harapan, Bongek yang boleh membahayakan pengguna jalanraya.

Tiang telefon ini terletak berhampiran tiang elektrik FHAR A6 di jalan utama Bongek - Gadong.

Mungkin perkara ini berlaku apabila jalan ini telah dinaiktaraf dan diturap baru-baru ini.

InsyaALLAH saya akan mengajukan perkara ini kepada pihak yang berkenaan.

Rozmal Malakan
4 Syawal 1436 , 20 Julai 2015

Tiada ulasan: