Semoga Allah menjauhkan kita semua dari bala bencana. Semoga Allah memberi kita petunjuk dan panduan untuk menghadapi kemarau.
Solat Isitisqa adalah solat yang khusus ketika kemarau meminta agar Allah swt menurunkan hujan.
Disamping itu satu panduan yang amat berguna kepada kita semua khususnya pengguna domestik ialah setiap rumah kita perlu ditambah tangki simpanan air tambahan terutamanya mereka yang mendiami rumah teres atau banglo dimana lebih mudah untuk memasang tangki tambahan.
Dengan adanya tangki tambahan ini , simpanan air dirumah kita dapat bertahan dua, tiga ada lebih kali ganda bergantung kepada kapasiti tangki tambahan yang dipasang. Dengan itu jika ada catuan air ianya tidak mengganggu tugas harian kita.
Pemasangan tangki tambahan ini perlu dilakukan oleh tukang paip. Dan kalau perlu struktur tambahan perlu dilakukan oleh kontraktor kejuruteraan awam. Ianya boleh dipasang di atas siling atau di halaman rumah. Kepada mereka yang membuat pengubahsuaian rumah (renovation), elok difikirkan ruang penambahan tangki air ini.
Kos pemasangan antara RM 500 – RM 5000 bergantung kepada saiz dan jenis tangki samada fibre glass, polycarbonate atau stainless steel, juga bergantung kepada penambahan paip.
Oleh itu eloklah pemasangan tangki tambahan ini dilakukan mulai sekarang kerana jika sekiranya kita menunggu di saat kritikal dimana permintaan tinggi di kala kemarau mungkin kos barangan akan meningkat akibat meningkatknya permintaan.
Sekian, wassalam.