KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070220

Perempuan tidak digalakkan sertai PLKN

Assalamualaikum,

Sebelum ini saya telah berbicara mengenai ilmu sihir, ilmu hitam yang ada kaitan dengan makhluk halus yang juga adalah makhluk Allah. Sepertimana jika kita ketahui jika sesuatu laluan kawasan itu dipenuhi dengan pacat dan lintah, kita akan mencari jalan alternatif lain, begitulah juga dengan kawasan yang menjadi laluan dan tempat melepak makhluk halus, kita haruslah mencari laluan alternatif lain. Kalau tiada laluan alternatif lain, maka kita ambillah langkah perlindungan yang perlu dan berserahlah pada Allah.

Saya kerap menemui dan berbicara dengan pengamal perubatan Islam mengenai perkara ini. Mereka yang kebanyakkannya sering diganggu terdiri dari kaum wanita, samada peringkat kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Mereka adalah golongan yang sering terdedah kepada gangguan-gangguan tersebut. Walaubagaimanapun lelaki juga tidak terlepas dari gangguan tersebut.

Suasana latihan PLKN di dalam hutan, di waktu senja, di waktu sebelum subuh, di waktu lewat malam, di waktu matahari tegak di kepala adalah waktu dimana makhluk-makhluk ini sering keluar atas urusan mereka sendiri.

Jika pelatih tidak dilengkapi dengan ilmu-ilmu Islam untuk perlindungan diri, tambahan pula wanita yang ada keuzuran ketika datang haid, maka lebih mudahlah mereka diganggu.

Baru-baru ini saya ketemu satu kes, remaja perempuan berumur 14 tahun yang diganggu sejak berusia 11 tahun. Puncanya ditakdirkan ketika dia bermain di kawasan loji najis dengan kawan-kawannya dia diganggu hinggalah ke saat ini.

Mungkin perkara ini sukar dihuraikan secara saintifik untuk golongan professional yang sukar percaya perkara sebegini. Mereka hanya akan percaya apabila perkara tersebut menimpa diri mereka atau diri keluarga mereka sendiri.

Oleh yang demikian adalah disarankan kepada pihak yang menganjurkan PLKN agar mengikuti sepenuhnya panduan yang disediakan Islam dalam Al Quran dan Hadith untuk melindungi pelatih-pelatih PLKN wanita daripada gangguan-gangguan sebegini. Jika tidak mampu biarlah latihan PLKN ini untuk lelaki sahaja.

Sekian, wassalam.

Rozmal NS.

****************************
Berita Harian Selasa 20 Feb 2007
Surat & Emel: JLKN enggan terima laporan kesihatan

SAYA ingin merujuk kepada saranan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye baru-baru ini supaya setiap ibu bapa atau penjaga mengisytiharkan status kesihatan anak mereka sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Anak saya adalah peserta yang akan mengikuti program PLKN bagi pengambilan akan datang. Sebagai ibu kepada peserta berkenaan, saya mengemukakan laporan yang diberi doktor yang merawat anak saya berhubung tahap kesihatannya kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Anak saya mengalami alahan dan simpton yang sering terjadi ialah dia sesak nafas dan jika keadaan ini berlaku, dia perlu segera mendapatkan rawatan kecemasan. Tetapi, amat mendukacitakan surat saya itu tidak diterima oleh JLKN.

Sikap sambil lewa atau tidak prihatin JLKN amat menyedihkan saya. Kalau JLKN tidak bertanggungjawab, siapa lagi yang harus ibu bapa harapkan dalam hal ini? Saya menghantar laporan kesihatan anak saya itu untuk memaklumkan kepada JLKN bahawa anak saya tidak sihat walaupun dia nampak sihat.

Apa yang saya lihat sekarang JLKN seolah-olah tidak prihatin dengan apa yang berlaku kepada pelatih. Adakah JLKN akan bertanggungjawab jika terjadi sesuatu kepada anak saya? Surat dan laporan doktor sudah dihantar, telefon pun sudah, tetapi tidak ada maklum balas.

Pengerusi JLKN meminta ibu bapa mengisytiharkan keadaan kesihatan anak, tetapi apabila diberikan, tidak diambil peduli. PLKN harus mengkaji pelatih yang dihantar, kadang-kadang tidak pernah lasak atau aktif seperti dalam latihan dan segala-galanya dialami secara kejutan.

Saya pastinya ramai ibu bapa bersetuju dengan pandangan ini. Namun, bukanlah tujuan saya untuk memanjakan mereka, tetapi apabila mereka menyertai latihan khidmat negara, perkara yang tidak pernah dibuat akan dilakukan dan sekiranya tidak sakit pun, mereka akan tertekan. Bagi pelatih yang suka sudah tentunya berseronok, tetapi bagi yang tidak suka terpaksa menghadapinya.

Benta, Kuala Lipis

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Surat/20070219223739/Article/