KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070312

Kes Curi Rim Kereta/Motor Hebat di Senawang

Sabtu 10 Mac jam 5:50 pagi, sedang ku keluar rumah menuju ke Surau Alamanda, aku terperanjat, kereta kancil jiran ku yang diletak diluar rumah, keempat-empat tayarnya, bertayarkan batu-bata. Rupanya keempat-empat tayar rim sport telah dicuri sekitar jam 3 pagi. Saspek remaja-remaja Melayu menaiki kereta Kancil Merah ber”skirting”. Minggu sebelumnya juga di Taman Alamanda kehilangan dua rim tayar motosikal yang baru dibeli yang diletak didalam pagar rumah.

Nampaknya kejadian curi rim kereta dan motosikal semakin menjadi-jadi sekarang.

Lalu ditanyalah oleh sahabat saya selepas solat Subuh apa langkah pencegahan. Saya kata mudah sahaja, kalau semakin ramai penduduk lelaki berjemaah di surau atau masjid , maka gejala social, maksiat dan jenayah , insyaAllah akan berkurangan. Ini adalah kerana pencuri akan memerhatikan kekuatan ukhuwwah sesuatu kawasan perumahan itu bergantung kepada ramainya yang hadir berjemaah.

Yang lain hanya langkah pencegahan biasa, seperti rondaan, kawalan, memasang lampu diluar rumah dan sebagainya. Sekarang ini bukan rakyat biasa sahaja menjadi mangsa perompak dan pencuri, malah menteri dan pegawai paling kanan polis juga tidak terlepas menjadi mangsa.

Jadi sama-samalah kita berjemaah di surau atau masjid.

JOM SOLAT DI MASJID !!!