KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070306

Nak tahu skim pelaburan asli atau tipu ?

Baru-baru ini saya ditanya mengenai pelbagai skim pelaburan yang ditawarkan melalui internet, melalui panggilan talipon dan sebagainya. Menurut rakan saya ini mereka yang menggesa beliau melabur ini mengatakan pelaburan ini adalah untuk membantu orang Islam, ramai cikgu yang masuk, ustaz yang terkenal pun menyokong dan banyak lagi taktik untuk meyakinkan orang ramai supaya melabur.

Keuntungannya berlipat kali ganda. Melabur katakan RM 100 dalam beberapa bulan dapat ribuan ringgit. Saya kata mudah sahaja nak tahu pelaburan tadi asli atau tidak.

Contohlah kalau modal RM 100 dalam masa setahun dapat RM 20,000 katakan. Apa kata pada orang yang memberi tawaran tadi, kita pinjam duit dia RM 100, masukkan pelaburan atas nama kita. Lepas tu dalam masa setahun kalau untung RM 20,000, kita ambil RM 1000 sahaja, lepas tu beri semula RM 19,000 kepada orang tadi. Secara tidak langsung orang yang membuat tawaran tadi akan untung berlipat kali ganda. Kita untung RM 1000 atas angin (Ali Baba) jadilah.

Oleh itu kepada mereka yang ingin “cepat kaya” fikir-fikirlah. Kalau nak keuntungan berjuta kali ganda yang dijamin, melaburlah untuk pembinaan masjid, rumah anak yatim, sekolah agama dan sebagainya.