TAHFIZ GONTORY

TAHFIZ GONTORY

TABUNG KEBAJIKAN

TABUNG KEBAJIKAN

20070930

Tawaran Setiausaha Kerja SARA ABIM NS

Tawaran kepada sesiapa yang berminat bertugas sebagai Setiausaha Kerja SARA ABIM NS.

Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma Perakaunan
Muslimat yang minat dalam kerja-kerja amal

Jika ada yang berminat sila hubungi Pn Hjh Azizah Zakaria Tel No: 019-6329361

atau

Pejabat ABIM Negeri
No 10 Tingkat 1, Bangunan WISMA ABIM
Bandar Baru Ampangan , Seremban
Tel No: 06- 7630789

20070925

Ramadhan Bersama Saudara Baru 5 Okt Senawang

Raikan Ramadhan dan Syawal bersama Saudara Baru

Taklimat oleh Pn Hajjah Norizan bt Hj Zakaria, Timbalan Presiden Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan

Jumaat 5 Oktober 2007
Jam 9:30 mlm selepas Solat Witir
Di Surau Taman Alamanda , Senawang

Semua Dijemput Hadir

20070924

Sumbangan Ramadhan Pesakit-Pesakit Hospital Seremban

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Semaian Kasih pada 7 Oktober 2007.

Matlamat program ini adalah untuk meraikan pesakit-pesakit di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sempena bulan Ramadhan Al Mubarak dan sempena kedatangan bulan Syawal.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menaja beg-beg cenderahati yang mengandungi Buku Panduan Ibadah Pesakit, Tuala, Keropok, Buah-Buahan, Kuih Raya dan Permainan dimana setiap beg berharga RM 15.

Kepada mereka yang berminat atau inginkan maklumat lanjut sila hubungi Ustazah Fariza 013-6561697 , Puan Siti Aminah 017-6302423 , Dr Zainon 019-6667661 , Dr Fadilah 019-2579871 , En Ghazali 012-6924672

Antara Nurin, Polis dan saya Rozmal Malakan

Terlebih dahulu salam takziah buat Sdr Jazimin dan Puan Norazian diatas pemergian anak kesayangannya Nurin Jazlin, yang telah mendahului kita semua. InsyaAllah akan menanti kedua ibu bapanya di pintu syurga. Kita yang tidak mengalami perkara demikian tidak akan memahami betapa sedih dan tertekannya perasaan mereka.

Sebelum kita menyalahkan orang lain dalam kes sebegini, marilah kita salahkan diri kita sendiri terlebih dahulu. Jika kita sebagai seorang jiran, apa salah kita. Jika kita sebagai seorang saudara, apa salah kita. Jika kita sebagai seorang polis, apa salah kita. Jika kita sebagai seorang wakil rakyat apa salah kita. Jika kita sebagai seorang pemerintah, apa salah kita. Hentikanlah tuding menuding jari yang sedang berlaku sekarang ini.

Ini adalah masalah kita semua. Masyarakat kita, masyarakat Malaysia, masyarakat Melayu yang sedang sakit. Kita tidak peka apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita lebih suka menjadi pemerhati, selesa dengan apa yang ada pada diri kita. Tidak mahu hendak mengambil peduli keadaan sekeliling kita. Prinsip kita ialah, kita tak kacau orang, orang tak kacau kita.

Saya bukanlah hendak menyalahkan pihak polis dalam perkara ini. Pihak polis sepatutnya dibiarkan bersikap professional dalam lokaliti mereka. Janganlah ada tangan-tangan tertentu untuk mengarahkan pihak polis untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.

Sebagai AJK Surau Taman Alamanda, Senawang, saya kerap kali di soal siasat oleh pihak polis tanpa mengira waktu akan kegiatan di surau kami. Saya faham tugas mereka, kerana mereka telah diarahkan untuk mendapatkan maklumat. Lalu saya berilah maklumat apa yang sepatutnya.

Kerana pada saya tujuan saya mengadakan aktiviti di surau ini adalah untuk memberi keinsafan dan kesedaran serta merapatkan ukhuwwah sesama kita. Surau bukanlah medan menunjukkan kehebatan politik. Ianya sebagai tempat perpaduan. Ada wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional yang datang anjurkan program kita sambut dan alu-alukan. Ada penceramah dari PAS atau PKR yang datang beri kuliah, juga kita alu-alukan. Yang penting ialah ilmu yang diberikan oleh penceramah tersebut , tak kiralah dari parti apa sekali pun.

Pernah saya menjemput ADUN UMNO/BN Batu Kurau YB Kapt(B) Dato' Hj Mohd Najmuddin berceramah. Begitu juga pernah saya menjemput Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Sdr Zulkefly Mohamed Omar berceramah, dan ramai lagi. Salah ke kalau di jemput mereka dari pelbagai parti ini ? Biarlah pemikiran orang Melayu ini lebih terbuka. Soal undi atau tidak undi itu , terpulanglah kepada individu masing-masing.

Kalau di universiti kita boleh mendapatkan ilmu dari pensyarah bukan Islam, pensyarah beragama Kristian, pensyarah beragama Hindhu. Takkan di surau kita tidak boleh menerima ilmu dari sesama Islam yang berlainan parti ?

Pihak yang mengarahkan polis memantau ceramah-ceramah di surau dan masjid, cukuplah. Bantulah polis untuk mencegah jenayah yang semakin kronik sekarang ini. Bantulah mencegah jenayah di kejiranan anda sendiri. Janganlah nak menyibuk arah polis pantau ceramah di surau dan masjid.

Cuba peka sedikit. Cuba perhatikan keselamatan anak-anak jiran kita. Tegur sikit anak jiran kita yang main carbide dan mercun, yang membawa motosikal bawah umur, yang berjalan seorang diri.

Saya perhatikan di Surau Alamanda minggu lepas setiap pagi seawal jam 7:15 pagi ada seorang kanak-kanak perempuan umur sekitar 7 tahun , menunggu seorang diri dalam surau untuk kelas mengaji yang bermula sekitar jam 8 pagi. Resah dengan keadaan kanak-kanak perempuan tadi yang bersendirian saya SMS pada Guru Mengaji agar menasihati kepada ibu bapa budak tadi supaya jangan tinggalkan anaknya sendiri, walaupun dalam surau.

Marilah kita lebih peka dengan keadaan sekeliling kita. Marilah kita bantu polis dengan tugas pencegahan jenayah. Janganlah kita bebankan polis dengan tugas yang tidak masuk akal.

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada teman-teman saya di Balai Polis Bandar Baru Senawang, IPD Seremban, IPD Rembau dan IPK NS serta seluruh muslimin dan muslimat.

20070923

Wakaf Al Irshad , Jaminan Bekalan Akhirat

Wakaf Al Irshad , Jaminan Bekalan Akhirat
No Rujukan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS : Bil (5) dalam BAIT-NS 10/97 Jld. 3

Pusat Pendidikan Al-Irshad dulu dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat Al-Irshad adalah sebuah institusi pendidikan swasta rendah dan menengah yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan beroperasi semenjak tahun 2002 di lokasi yang strategik iaitu persimpangan jalan utama Seremban-Labu-Nilai-KLIA.

Melalui draf perancangan pembangunan Al-Irshad dengan izin Allah sebuah kawasan kompleks pendidikan yang lengkap dengan infrastruktur pembelajaran dan sumber ekonomi sedang dibangunkan dengan tiga konsep, pertama sebagai pusat pendidikan pelbagai ilmu. Kedua sebagai pusat khidmat masyarakat majmuk dan ketiganya sebagai pusat nadi ekonomi umat Islam.

Objektif Waqaf Al-Irshad
* Menyuburkan amalan waqaf yang sangat dituntut oleh Islam
* Memberi ruang kepada khalayak Muslim menyertai ibadah waqaf
* Menyertai rancangan pembangunan dan pembiayaan Kompleks Pendidikan Al-Irshad yang moden dan selesa
* Mendidik semangat kerjasama khalayak Muslim berteraskan konsep Ukhuwwah Islamiah dalam aspek pendidikan dan ekonomi

Penyertaan Waqaf Al-Irshad
Waqaf Al-Irshad berkonsepkan waqaf melalui pembelian RM 60.00 sekaki persegi lot lantai bangunan Kompleks Pendidikan Al-Irshad iaitu dengan cara menyumbang minima RM 10.00 sebulan atau lebih secara berjadual dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan atau maksima 12 bulan dengan tujuan manfaatnya demi kepentingan dan kebajikan pendidikan umat Islam apabila terdirinya kompleks kelak.

Penyertaan boleh menggunakan borang yang disediakan. Pewaqaf boleh memilih beberapa kaedah berikut :
1. Waqaf 1 lot atau lebih secara tunai RM 60.00
2. Waqaf minima RM 10.00 dalam tempoh 6 bulan
3. Waqaf minima RM 10.00 dalam tempoh 12 bulan (2 lot)

Sumbangan waqaf melalui (Tunai/Cek/Wang Pos) atau masukkan ke akaun bank atas nama PUSAT PENDIDIKAN AL-IRSHAD akaun BIMB : 5058010003417

atau datang terus ke : PUSAT PENDIDIKAN AL-IRSHAD , Batu 10, Jalan Labu – Nilai , 71900 Labu , Seremban , Negeri Sembilan.
u/p Ustaz Shaifudin Haji Maulup , Tel/Faks : 06-7913721 / 013-3991359

*************************
“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sehingga kamu menafkahkan harta yang kamu cintai ke jalan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui.” Surah Al Imran : ayat 92

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” . Hadith Riwayat Muslim

WAQAF IALAH SATU IBADAH
MENYERAHKAN HARTA YANG KITA MILIKI
UNTUK KEGUNAAN UMUM MASYARAKAT
DENGAN NIAT SEBAGAI IBADAH
MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT

Fadilat Ibadah Waqaf
Waqaf juga dikenali sebagai sedekah jariah, para Ahli Fiqh berpendapat amalan waqaf adalah satu-satu ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewaqaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan.

Amalan waqaf ini juga bukan hanya sebagai satu ibadah sahaja, malahan merupakan satu sistem yang berpotensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam melalui konsep PENGUMPULAN HARTA BERSAMA.

############################

RANCANGAN PEMBANGUNAN AL-IRSHAD

Rancangan Pembangunan Al-Irshad tertumpu kepada pembangunan jasmani, mental dan spiritual generasi muda Islam yang terzahir melalui akhlak, pemikiran dan ketaqwaan. Program Pusat Pendidikan Al-Irshad terbahagi kepada 3 peringkat pendidikan berteraskan metode pendidikan Islam antaranya :

1. Pendidikan dan Khidmat Peringkat Muda (usia 6 bulan – 12 tahun)
> Nurseri (Pusat Asuhan Anak-Anak) : 6 bulan – 3 tahun
> Kelas Didikan Kanak-Kanak (TASKI) : 3 – 5 tahun
> Kelas Pra-Sekolah Kebangsaan : 6 tahun
> Kelas Pra-Sekolah Agama Rakyat : 6 tahun
> Sekolah Agama Rakyat : 7 – 12 tahun
> Kelas Bimbingan Peperiksaan UPSR & UPKK : 10 – 12 tahun
> Kelas Bimbingan Kemahiran Bahasa : 9 – 12 tahun
> Kelas Hafaz Al Quran dan Hadith
> Kursus Motivasi dan Kecemerlangan
> Pembiayaan Kecemerlangan Pendidikan

2. Pendidikan dan Perkhidmatan Peringkat Remaja (usia 13 – 18 tahun)
> Kelas Hafaz Al Quran dan Hadith : 13 – 18 tahun
> Kelas Bimbingan Peperiksaan PMR dan SPM
> Kelas Seni Beladiri dan Kesihatan
> Kelas Kemahiran Kerjaya Tani, Ternak, Komputer & Berniaga
> Bimbingan Pemulihan Akhlak dan Ibadah
> Bimbingan Kepimpinan, Ceramah dan Pidato
> Pembiayaan Pendidikan ke IPTA/IPTS dalam & luar negara
> Perlindungan Anak-Anak Yatim dan Miskin

3. Pendidikan dan Perkhidmatan Peringkat Dewasa
> Pengajian kemahiran asas Al Quran dan hafazan
> Pengajian fardu ain berkitab
> Bimbingan talaqqi kitab dan Al Quran
> Kaunseling keluarga dan anak-anak
> Klinik kesihatan dan perubatan
> Kuliah Maghrib dan Subuh
> Qiyamullail dan Sambutan Syiar Islam
> Seminar, kursus dan program pembangunan insan
> Pemulihan akhlak dan ibadah serta kerjaya
> Perlindungan ibu tunggal, warga emas dan fakir miskin

“BERSAMA KAMI MEMPERTAHAN DAN MEMBANGUNKAN WARISAN BANGSA”

Jawatan Kosong Pengetua Tusyen E-Rehal, Senawang

Assalamu'alaikum wrmth wbrkth.

E-Rehal Training and Services Sdn. Bhd. Menawarkan jawatan Pengetua Pusat Tuisyen E-Rehal (SENAWANG, NS) kepada sesiapa yang berminat, dengan syarat spt berikut;

1. Beragama Islam
2. Terbuka lelaki / perempuan
3. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjanamuda
4. Mempunyai pengalaman mengajar termasuk yang telah bersara
5. Keutamaan kepada calon yg mempunyai Diploma Pendidikan @ Sijil Perguruan

Gaji / Imbuhan adalah berdasarkan kelayakan

Sesiapa yg berminat boleh terus menghantar CV / Biodata Diri kepada;

Pengarah Urusan
E-Rehal Training and Services Sdn. Bhd.
Wisma E-Rehal, No. 72, Jalan Melor 2,
Taman Rasa Sayang, 70450 Senawang NSDK.
Tel: 06-6798660, 019-6526416 Fax: 06-6789384
Emel: sdeen2001@yahoo.com

SHAHRIN AWALUDIN
Pengarah Urusan
E-Rehal Training and Services Sdn. Bhd.

20070919

Solat Membentuk Pekerja Berkualiti 3 Okt Seremban

Assalamualaikum wbt,

Sempena kedatangan Bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini, Pusat Pembangunan Latihan & Teknologi Maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ingin menjemput tuan/puan ke:

“Program Pembentukan Pekerja Berkualiti Melalui Kesempurnaan Solat”

Pengendali : Ustaz Haji Zaharuddin Haji Abdul Rahman (Ketua Jabatan Syari’ah Qatar Islamic Bank Malaysia )

Tarikh : 3 Oktober 2007 (Rabu)
Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : Dewan Theaterette Wisma Negeri, Seremban, N. Sembilan.
Bayaran : RM 65 sahaja (cenderahati disediakan). No Akaun: 5012 0100 29660 (Bank Islam)

Pendaftaran : Sila hubungi Zarul (013-391 0979) atau Zuhairi (06-765 2901/ zuhairi3@yahoo.com)

Tuan / puan juga boleh memanjangkan maklumat ini kepada kawan-kawan dan ketua jabatan tuan / puan untuk dimaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan serta untuk memohon pelepasan kerja dan pembiayaan yuran.

Selamat berpuasa dengan penuh ketaqwaan,

ZUHAIRI MOHD NOPIAH
Ketua Jabatan Pembangunan Profesional & Korporat,
Jabatan Pembangunan Profesional & Korporat,
Pusat Pembangunan Latihan & Teknologi Maklumat,
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Tel: 06-765 2900 / 1 Fax: 06-765 2906

"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." [H.R. Muslim:4/2074 no:2699]

O b j e k t i f
1) Mendedahkan beberapa kaedah dan teori bagi memperolehi khusyu' dalam solat serta menekankan kepentingannya.
2) Mendedahkan kaedah solat yang paling bertepatan dengan solat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan dalil-dalil terkuat. Serta mendedahkan pandangan mazhab Syafie dan lain-lainnya (jika terdapat keperluan) di dalam hal-hal cabang.
3) Mempersembahkan suatu ilmu teori dan praktikal agar dapat melahirkan solat yang paling hampir dengan solat Rasulullah SAW.
4) Mengeluarkan umat Islam dari kepompong taqlid dalam ibadah solat kepada mengetahui dalil-dalil al-Quran dan As-Sunnah yang kukuh.
5) Memantapkan solat umat Islam hari ini agar ia benar-benar di tunaikan dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Wahai Saudara , Bantulah Kami Ramadhan Kali Ini

Pasukan Perubatan Yayasan Amal Malaysia yang diketuai oleh Pengarahnya Haji Husin bin Ismail akan berada di Indonesia iaitu di Padang dan Selatan Sumatera untuk Misi Bantuan Mangsa Gempa Bumi pada 22 Sep hingga 27 Sep 2007. Semua ahli adalah diseru untuk mendapatkan dana dalam menjayakan misi bantuan ini. Maklumat lanjut di http://amalmalaysia.net

PAS Pusat mengalu-alukan sumbangan semua ahli dari seluruh Malaysia untuk menjayakan Program Berbuka Puasa Warga Kota Yang Tidak Berkemampuan. Program ini diadakan pada setiap hari di Pejabat PAS Pusat di tengah-tengah kesibukan ibukota dimana bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Lagi banyak sumbangan lagi banyak agihan dapat dilakukan. Lagi banyak sumbangan lagi berkat rezeki kita. Lagi banyak sumbangan lebih banyak juadah dapat disediakan. Untuk sumbangan dapatkan maklumat di http://parti-pas.org


***************************
NGO syor wujud segera badan khas - JKM tak boleh dibeban pantau penduduk bandar

Berita Harian 19 Sep 07. KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat cadangan mewujudkan badan khas untuk menangani masalah kemiskinan di bandar wajar dan perlu disegerakan bagi memastikan kualiti hidup masyarakat bandar seimbang pembangunan negara.

Mereka berpendapat masalah kemiskinan bandar perlukan perhatian khusus kerana ia lebih teruk berbanding luar bandar dan tanggungjawab memantau kualiti hidup masyarakat bandar tidak boleh diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tugasnya berat memastikan kebajikan masyarakat terus terpelihara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata jabatan atau unit khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu diwujudkan bagi melaksanakan kerja memastikan kemiskinan bandar ditangani.

Katanya, kewujudan jabatan atau unit khusus lebih mempermudah dan mempercepatkan usaha kerajaan menangani kemiskinan bandar.

"Pendekatan menangani masalah miskin di bandar perlu berbeza dengan cara mengatasi kemiskinan luar bandar. Ini kerana suasana dan corak hidup di bandar berbeza daripada kampung. Di bandar kos sara hidup tinggi walaupun seseorang mempunyai gaji sama dengan pekerja di luar bandar.

"Di bandar semuanya memerlukan duit, bergerak sedikit pun wang perlu dikeluarkan, malah untuk ke tandas awam pun terpaksa mengeluarkan duit," katanya yang mahu tafsiran mengenai tahap kemiskinan di bandar dan luar bandar dibezakan.

Beliau mengulas cadangan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang mahu menilai semula kemiskinan bandar dan luar bandar, selain memberi tanggungjawab mengatasi masalah itu kepada JKM.

Shahrizat dilaporkan berkata, kemiskinan bandar dan luar bandar adalah antara perkara akan dinilai semula dan dimasukkan dalam kriteria baru untuk seseorang dipilih menerima bantuan kebajikan masyarakat.

Cadangan Shahrizat itu sebagai reaksi kepada laporan khas Berita Harian kelmarin mengenai cadangan penubuhan agensi khas bagi memantau kualiti hidup penduduk bandar yang jauh lebih teruk berbanding orang miskin luar bandar.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Kebajikan Masyarakat Kebangsaan (Makpem), Zainal Abidin Md Alias, berkata kerajaan perlu menangani masalah kemiskinan bandar dan luar bandar dengan pendekatan berbeza kerana tafsiran mengenai miskin tidak sama di kedua-dua kawasan.

Katanya, unit khas berkenaan perlu diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kemiskinan di bandar lebih serius dan berkait rapat dengan masalah sosial.

"Jika tidak ditangani secara serius kita khuatir ia memberi imej tidak baik terhadap penduduk bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown dan Johor Bahru," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20070919005719/Article/index_html

Renungan Untuk Bakal Wakil Rakyat dan Menteri

SURAT YANG DITULIS OLEH KHALIFAH ISLAM YANG KEEMPAT, ALI BIN ABI TALIB, KEPADA MALIK BIN AL-HARIS AL-ASHTAR SEMPENA PERLANTIKANNYA SEBAGAI GABENOR MESIR PADA TAHUN HIJRAH 655

Ketahuilah kamu wahai Malik bahawa aku mengutuskan engkau sebagai pemerintah di negeri yang pada masa lalu pernah mengalami pemerintahan yang adil dan tidak adil. Penduduknya akan memerhatikan tindakan-tindakan kamu dengan mata yang tidak senang, walaupun kamu sebelum ini pernah meneliti tindak-tanduk orang-orang yang kamu pimpin. Mereka juga akan bercakap mengenai kamu seperti apa yang kamu cakapkan mengenai mereka. Hakikatnya, masyarakat hanya memuji mereka yang melakukan perkara yang baik. Merekalah yang akan membuktikan kebenaran tindak-tanduk kamu. Oleh itu harta yang paling berharga yang amat dicari ialah amalan-amalan baik. Tetapkan iman kamu dan jauhi sama sekali perkara-perkara yang dilarang, dan kamu akan dapat mengenal antara yang baik atau sebaliknya.

Semaikan di hati kamu perasaan kasih kepada rakyat kamu dan biarkan ia menjadi sumber kebaikan dan rahmat kepada mereka. Jangan percaya bahawa mereka seperti orang yang tidak bertamadun dan janganlah merampas apa yang mereka miliki.Ingatlah bahawa rakyat negara itu terbahagi kepada dua. Mereka sama ada saudara seagama dengan kamu atau sebangsa. Mereka mempunyai kelemahan dan boleh melakukan kesilapan, malah sesetengahnya memang melakukan kesalahan. Maafkan mereka seperti kamu mahukan Allah mengampunkan kamu. Ingatlah bahawa kamu diletakkan di atas mereka, begitu juga saya diletakkan di atas kamu. Dan ingatlah bahawa Tuhan mengatasi orang yang melantik kamu sebagai pemimpin bagi membolehkan kamu menjaga kebajikan orang-orang bawahan kamu. Kamu akan diadili atas apa yang sudah kamu lakukan terhadap mereka.

Janganlah kamu melanggar perintah Allah kerana kamu bukan saja tidak mempunyai kekuatan untuk melindungi diri kamu daripada kemurkaanNya, tetapi kamu juga tidak boleh meletakkan diri kamu di luar belas kasihanNya dan keampunanNya. Jangan berasa bersalah atas tindakan kamu memberi maaf atau bergembira atas hukuman yang kamu jatuhkan terhadap mereka. Janganlah biarkan diri kamu dalam kemarahan kerana ia tidak akan membawa sebarang keuntungan.

Jika kamu dilantik ke jawatan yang mempunyai kuasa dan berasa megah atau sombong, ingatlah kuasa dan keagungan Yang Maha Esa ke atas alam ini yang kamu langsung tidak mempunyai sebarang kawalan. Ini akan mengembalikan kepada kamu unsur-unsur keseimbangan dan akan meletakkan kamu dalam ketenteraman dan ketenangan. Berhati-hatilah dan janganlah menentang keagungan dan kebesaran Tuhan dan jangan meniru kekuasaanNya: kerana Allah boleh membinasakan orang-orang yang menentangNya dan orang yang zalim.


Orang Biasa

Biarkan fikiran kamu menghormati, melalui tindak-tanduk kamu, akan kuasa dan hak Tuhan serta juga hak-hak manusia. Oleh itu pujuklah rakan-rakan kamu dan saudara-saudara kamu supaya turut sama berbuat demikian. Jika tidak,kamu akan bersikap tidak adil bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga terhadap kemanusiaan. Kedua-dua manusia dan Allah akan menjadi musuh kamu.Tidak pernah diketahui ada orang yang menjadikan Allah musuhnya dan jika ini berlaku dia akan dianggap “berperang” dengan Allah sehingga dia mohon ampun. Tidak ada yang boleh menafikan manusia daripada menerima rahmat atau membangkitkan kemurkaanNya kecuali kekejaman. Itulah sebabnya Allah mendengar doa mereka yang tertindas dan menghukum mereka yang melakukan penindasan itu.

Kekalkan keadilan dalam pentadbiran dan semaikan semangat ini dalam jiwa kamu dan dapatkan persetujuan orang ramai kerana rasa tidak puas hati rakyat jelata mengatasi rasa puas hati segelintir masyarakat yang menikmati keistimewaan. Ingatlah bahwa mereka yang mempunyai keistimewaan itu kecil golongannya dan mereka tidak akan membantu kamu ketika dalam kesusahan. Mereka akan cuba memesongkan keadilan dan akan meminta lebih daripada yang mereka sepatutnya terima. Mereka juga tidak akan bersyukur dengan apa yang sudah diberikan kepada mereka. Mereka akan gelisah menghadapi dugaan dan tidak berasa kesal akan kelemahan-kelemahan mereka. Sesungguhnya, rakyat biasalah yang menjadi kekuatan sesebuah negara dan agama.

Jauhilah mereka yang cuba mendedahkan kelemahan orang lain. Lagipun, rakyat jelata tidak terkecuali daripada kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah melindungi mereka. Jangan mendedahkan sesuatu yang tersembunyi, tetapi cuba hilangkan kelemahan yang sudah nyata. Allah sentiasa melihat segala yang terselindung daripada kamu, dan Dia saja yang akan mengendalikan perkara itu. Kamu hendaklah sebaik mungkin menutup kelemahan rakyat kamu dan Allah akan menutup kelemahan-kelemahan yang kamu cuba sembunyi daripada pengetahuan mereka.

Hapuskan kekusutan perasaan benci membenci antara rakyat dan pentadbiran dan hapuskan segala perkara yang menyebabkan ketegangan dalam hubungan mereka. Lindungi diri kamu daripada melakukan perkara-perkara yang tidak adil bagi kamu. Jangan tergesa-gesa mencari kebenaran fitnah yang diceritakan kepada kamu kerana orang itu adalah manusia yang tidak jujur serta cuma berpura-pura menjadi sahabat kamu.

Janganlah terima nasihat daripada orang yang kedekut kerana dia akan melemahkan semangat dan menakutkan kamu sehingga menjadi miskin. Janganlah terima nasihat daripada orang yang pengecut kerana dia akan melemahkan semangat kamu. Juga jangan terima nasihat daripada orang yang tamak kerana dia akan menanamkan sifat tamaknya kepada kamu dan menjadikan kamu zalim. Sikap kedekut, pengecut dan tamak akan menghakiskan keyakinan seseorang terhadap Allah.

Penasihat yang buruk adalah mereka yang pernah berkhidmat kepada pemimpin yang tidak adil dan berkongsi jenayah yang dilakukan. Jadi janganlah sekali-kali menerima orang-orang seumpama ini sebagai penasihat kamu. Kamu boleh mendapat orang-orang yang lebih baik daripada mereka iaitu orang- orang yang dianugerahkan kepintaran dan pandangan yang jauh serta tidak dinodai oleh dosa dan tidak pernah bersubahat dengan orang yang zalim melakukan kezalimannya atau penjenayah dalam melakukan jenayahnya. Orang seperti ini tidak akan membebankan kamu. Mereka sebaliknya akan menjadi sumber pertolongan dan kekuatan kepada kamu pada setiap masa. Dia akan menjadi kawan kamu dan orang yang asing kepada musuh-musuh kamu. Pilihlah orang seperti ini sebagai rakan baik dalam perjuangan mahupun ketika bekerja. Di kalangan mereka itu juga, tunjukkan minat kamu terhadap mereka yang jujur, walaupun ini kadangkalanya sukar dilakukan.

Dekatilah mereka yang jujur dan takutkan Tuhan dan beritahu mereka bahawa mereka tidak boleh cuba memuji kamu atas sebarang perkara kebaikan yang mungkin kamu belum lakukan. Ini kerana sikap tolak ansur terhadap kata-kata pujian akan hanya memupuk sikap megah dalam jiwa manusia dan ini akan menjadikannya angkuh. Jangan beri layanan yang sama kepada orang-orang yang baik dan yang jahat. Ini akan menghalang mereka yang baik daripada terus mlakukan perkara yang baik dan akan menggalakkan mereka yang jahat supaya terus melakukan perbuatan itu. Berilah pujian kepada mereka yang berhak diberi pujian. Ingatlah bahawa kepercayaan dan muhibah antara pemimpin dan rakyat hanya dapat dipupuk melalui kebaikan, keadilan dan perkhidmatan. Oleh itu pupuklah muhibah di kalangan rakyat kerana hanya muhibah sahaja akan menyelamatkan kamu daripada bencana. Mereka akan membalas sikap murah hati kamu dengan memberi kepercayaan mereka kepada kamu.


Kumpulan Manusia Yang Berbeza

Jangan mengenepikan tradisi – tradisi murni yang diwarisi daripada nenek moyang kita yang memupuk semangat harmoni di kalangan penduduk, dan jangan melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan usaha –usaha itu. Mereka yang meletakkan asas tradisi – tradisi ini sudah medapat ganjaran mereka, tetapi jika tradisi – tradisi itu diganggu gugat, ia akan menjadi tanggungjawab kamu, Cubalah sentiasa belajar daripada mereka yang berpengetahuan dan bijak dan mintalah nasihat mereka mengenai urusan-urusan Negara supaya kamu dapat mengekalkan keamanan dan muhibah yang sudah diwujudkan. Ingatlah bahawa masyarakat dianggotai oleh pelbagai jenis manusia. Kemajuan sesuatu kumpulan itu bergantung kepada kemajuan yang lain, dan tidak ada yang boleh bergerak secara persendirian tanpa bantuan orang lain. Kita mempunyai bala tentera, kakitngan awam, badan kehakiman, pemungut cukai dan pegawai perhubungan awam. Masyarakat umum pula dianggotai oleh mereka yang beragama Islam dan dhimmi dan dikalangan mereka pula ada ahli perniagaan dan ahli pertukangan, penganggur dan orang yang degil. Allah sudah menentukan hak, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Bala tentera dengan rahmat Allah adalah sebagai benteng kepada manusia dan lambang kebesaran Negara. Ia adalah tonggak keimanan dan mengekalkan keamanan Negara. Tanpanya sesebuah Negara akan tergugat. Bala tentera pula tidak dapat bertahan tanpa sokongan Negara. Tentera kita sudah terbukti kuat kerana mereka berjuang kerana Allah, tetapi mereka memerlukan bantuan kebendaan, oleh itu mereka terpaksa bergantung kepada pendapatan Negara. Anggota tentera dan orang awam yang membayar cukai, kedua-duanya perlu bantu membantu antara satu sama lain. Begitu juga hakim, pegawai kerajaan dan kakitangannya. Kadi bertanggungjawab dalam pentadbiran awam dan undang - undang jenayah, pegawai kerajaan memungut cukai dan mentadbir Negara dengan bantuan kakitangannya. Dan seterusnya peniaga dan pedagang juga menyumbang pendapatan mereka untuk Negara. Mereka adalah orang yang menjalankan pasaran dan berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada mereka yang menolak kehendak sosial. Allah memberi peluang yang adil pada semua orang, ada hak dalam semua kelas dalam pentadbiran di mana pentabdbir perlu memenuhinya. Mencari yang baik untuk penduduknya, satu tanggungjawab yang tidak boleh dipenuhi dengan sempurna kecuali dia mempunyai minat untuk itu dan meminta pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya, itu adalah kewajipan mereka menjalankan tugas itu dan bersabar ketika berhadapan dengan kesusahan dalam menjalankan tugas.

Berikan perhatian khusus kepada kebajikan mereka yang berkhidmat dalam angkatan tentera yang pada pendapat kamu mereka itu taat kepada Allah dan RasulNya dan taat kepada ketua. Mereka yang boleh menahan diri ketika dipengaruhi nafsu. Mereka yang mendengar dengan tenang kepada nasihat yang berguna, dan mereka yang boleh membantu orang miskin dan membinasakan yang kuat. Dan mereka yang tidak bertindak ganas apabila dihasut dan sentiasa tetap pendirian.

Hendaklah kamu menjaga mereka dengan lembut sebagaimana kamu melayani anak- anak kamu. Jangan kamu mendabik dada mengenai kebaikan yang telah kamu lakukan kepada mereka dan jangan pula memandang ringan kemesraan yang mereka tunjukkan kepada kamu. Sikap seperti ini akan menimbulkan rasa ketaatan, kesetiaan dan baik sangka antara kamu dan mereka. Kamu hendaklah melayan kehendak mereka walau sekecilmana sekalipun. Janganlah kamu berpuashati dengan pertolongan yang sudah diberikan kepada mereka, kerana kadangkala, permintaan yang kecil jika diberi perhatian akan mendatangkan kelegaan yang amat besar kepada mereka. Sudah tentu mereka ini tidak akan lupa jasa – jasa kamu dan ketika kamu memerlukan pertolongan mereka.

Adalah berfaedah jika kamu memilih Ketua Turus Tentera daripada mereka yang sanggup menunaikan tugas dan bertanaggungjawab membantu askar – askarnya. Mereka yang mengatasi pegawai –pegawai lain dalm memberi kebaikan kepada askar- askarnya dan menjaga keluarga mereka apabila mereka pergi ke perbatasan dan dengan demikian seluruh anggota tentera akan bersatu padu. Perpaduan ini akan memberi mereka lebih kekuatan apabila menentang musuh. Kekalkan sikap lemah-lembut terhadap mereka supaya mereka terasa sentiasa bersama kamu. Hakikatnya kegembiraan sebenar seseorang pentadbir dan keselesaan yang memuaskan terletak kepada usahanya menegakkan keadilan dalam negeri dan mengekalkan hubungan mesra dengan rakyat. Kejujuran perasaan mereka dicurahkan melalui kecintaan dan penghormatan yang mereka tunjukkan kepada kamu, dan ini dapat mengekalkan keselamatan pentadbir. Nasihat kamu kepada askar-askar tidak berguna kecuali dan sehingga kamu menunjukkan sikap kasih sayang kepada anggota tentera dan pegawai-pegawainya supaya mereka tidak menganggap kerajaan sebagai beban yang menindas atau membawa kepada kejatuhannya.

Teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali terhadap perkhidmatan baik yang mereka berikan. Sikap seumpamanya itu insya-Allah akan mendorong tindakan yang lebih berani dan mengalakkan yang penakut menjadi berani. Cubalah memahami perasaan orang lain dan jangan menyalahkan antara satu sama lain dan jangan merungut apabila memberi ganjaran yang sewajarnya.

Berhati-hatilah ketika memilih pegawai bagi badan kehakiman kerana ia adalah badan tertinggi yang mungkin dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, untuk kepentingan sendiri. Sahkan jawatan mereka setelah mereka menjalani latihan dan ujian. Jangan memilih mereka untuk jawatan yang memerlukan amanah yang tinggi kerana hubungan peribadi atau dipengaruhi oleh orang lain. Ini membawa kepada ketidakadilan dan rasuah.

Pilihlah mereka yang berpengalaman, tegas, kuat imannya dan daripada keluarga yang baik untuk menduduki jawatan-jawatan tertinggi. Mereka yang seumpama itu tidak mudah mengalah dengan godaan nafsu dan akan menjalankan tugas mereka dengan baik. Naikkanlah gaji mereka supaya mereka dapat hidup lebih selesa. Taraf hidup yang baik dapat membersihkan diri daripada kejahatan. Mereka tidak akan terdorong untuk mencukai pendapatan orang bawahan bagi kesenangan mereka sendiri. Dengan itu, mereka tidak mempunyai sebab sama ada untuk melanggar arahan kamu atau menyalahgunakan kewangan Negara. Awasilah mereka dengan orang yang setia dan mulia tanpa pengetahuan mereka. Carilah orang yang jujur dan setia untuk mengawasi pegawai-pegawai ini tanpa pengetahuan mereka. Melalui cara ini, mereka dapat membentuk kejujuran dan memberi perhatian yang sebenar kepada kebajikan orang ramai. Tetapi, apabila ada antara mereka dituduh tidak amanah dan siasatan Jabatan Perisik kamu memdapatinya bersalah, anggaplah bukti ini sudah memadai untuk menghukum mereka. Biarlah hukuman itu berat dan dijalankan di khalayak ramai.


Pentadbiran Kewangan

Pentadbiran kewangan perlu diberi perhatian berat, bagi menjamin kemakmuran mereka yang membayar cukai kepada Negara. Kemakmuran orang lain, khususnya rakyat bergantung kepada kemakmuran pembayar cukai. Sebenarnya negara wujud kerana adanya pendapatan. Kamu mesti menganggap perniagaan tanah pertanian yang diusahakan lebih penting daripada memungut cukai, kerana cukai tidak dapat dikutip jika tanah tidak produktif. Mereka yang meminta hasil tanpa membantu petani memajukan tanahnya, menimbulkan kesukaran yang tak diingini kepada petani dan menghancurkan negara. Pemerintahan orang yang seperti itu tidak akan berkekalan. Orang seumpama itu tidak lama jadi pemerintah.

Jika petani meminta dikurangkan cukai tanah kerana tanamannya musnah diserang serangga, kemarau, banjir atau tanah tidak subur, maka kurangkan cukai mengikut kadar yang sepatutnya. Dengan itu keadaan hidup mereka akan bertambah baik. Usah dibimbangkan soal kekurangan pendapatan kepada negara kerana satu hari nanti tanah itu akan mendatangkan kemakmuran yang berlipat ganda dan membolehkan kamu memperbaiki keadaan bandar kamu dan menaikkan imej negeri kamu. Rakyat akan percaya kepada keadilan yang kamu tegakkan itu. Keyakinan yang diberikan kepada kamu ini akan menambahkan kekuatan kamu kerana mereka akan bersedia pula untuk berkongsi beban bersama kamu.

Kamu mungkin dapat menempatkan sebanyak manusia di tanah pertanian, tetapi perasaan tidak puas hati akan menyelubungi mereka jika tanah tidak dimajukan. Punca petani menjadi binasa adalah kerana pemimpin yang tamak, cuba mengaut kekayaan berlipat ganda kerana bimbang dia tidak kekal lama. Mereka yang sedemikian adalah orang yang tidak belajar dari pengalaman dan teladan masa lalu.


Golongan Kerani

Sentiasa awasi kakitangan kamu dan pilihlah yang terbaik di kalangan mereka untuk mengendalikan urusan surat menyurat sulit kamu. Mereka yang berakhlak tinggi dan yang kamu percayai. Mereka yang tidak akan mengambil kesempatan mempergunakan kedudukan istimewa untuk menentang kamu dan mereka yang apabila menulis perjanjian, tidak terpangaruh dengan nafsunya dan menjejaskan kepentingan kamu atau gagal menjelesaikan masalah kamu. Pilihlah mereka yang apabila menjalankan tugas sedar betapa beratnya tanggungjawap mereka. Mereka yang tidak sedar tanggung-jawabnya sendiri sukar menghargai tanggung-jawab orang lain.

Janganlah memilih semata-mata berasaskan kekuatan pandangan pertama, kecintaan dan keikhlasan kamu. Sesungguhnya kepura-puraan boleh menipu pemerintah yang pintar. Pemilihan hendaklah dibuat setelah menjalani tempoh percubaan yang akan menguji kesesuian mereka. Dalam membuat perlantikan terus, pastikan mereka yang dipilih itu mempunyai pengaruh di kalangan rakyat dan mempunyai nama baik di setiap jabatan pentadbiran. Dan ingatlah sebarang kelemahan dikalangan kakitangan kamu, jurutulis yang kamu tidak mengambil berat terhadapnya akan menulis menentang kamu.


Perdagangan dan Perindustrian

Amalkan skim-skim yang berguna bagi mereka yang terbabit dalam perdagangan dan perindustrian dan bantulah mereka dengan nasihat yang bijaksana. Sesetengah daripada mereka tinggal di bandar dan sesetengahnya pula berpindah dari setempat ke setempat dengan kemahiran masing-masing dan hidup dengan menjadi buruh harian. Perdagangan dan industri adalah sumber keuntungan kepada negara. Kebanyakan rakyat tidak cenderung untuk memikul tanggungjawab berat itu. Sebaliknya mereka yang menyertai profesion ini sanggup bersusah payah memungut barang-barang perniagaan dari jauh dan dekat, dari daratan dan laut, gunung dan hutan untuk mendapatkan faedah daripadanya.

Inilah golongan yang cintakan kedamaian dan bagi mereka kekacauan tidak perlu ditakutkan. Mereka cinta dan menurut perintah. Tentu sekali mereka tidak mahu menimbulkan keadaan huru-hara. Lawatilah ke seluruh pelusuk negeri dan jalinkan hubungan peribadi dengan golongan ini serta bertanyakan masalah mereka. Tetapi ingat, kebanyakan mereka tamak dan biasa dengan urusan menipu. Mereka menyorok hasil tanaman untuk dijual dengan harga yang mahal, dan ini menyusahkan rakyat. Perkara-perkara ini akan menjatuhkan maruah pemerintah jika perbuatan buruk itu tidak dihalang. Halang mereka daripada menyembunyikan hasil. Nabi Muhammad s.a.w. melarang perbuatan ini. Dan beri perhatian, supaya perdagangan berjalan dengan mudah, timbangannya betul dan harganya ditetapkan supaya menjual dan pembeli tidak mengalami kerugian. Tetapi jika ada yang tidak menghiraukan amaran kamu dan menyorok hasil tanaman, bertindak dan hukumlah mereka sewajarnya.


Orang Miskin

Takutkan Allah apabila berurusan dengan masalah orang miskin yang tidak mempunyai sesiapa untuk berlindung, terbiar, susah dan tidak bermaya dan yang kusut fikirannya kerana menjadi mangsa kepada takdir yang berlaku. Antara mereka ada yang tidak mempersoalkan nasib mereka dan sanggup menanggung kesengsaraan daripada meminta sedekah. Demi Allah, peliharalah hak mereka, kerana kamu bertanggung-jawab untuk melindungi mereka. Peruntukkanlah sebahagian daripada simpanan Baitul-mal untuk membaiki kedudukan mereka, tidak kira di mana mereka berada, dekat atau jauh dari kamu. Mereka hendaklah diberikan hak yang sama-rata dan adil. Jangan biarkan kesibukan melupakan kamu akan tanggung-jawab kamu terhadap mereka, kerana tidak ada alasan yang akan diterima oleh Allah jika kamu membiarkan nasib mereka melarat. Jangan kamu anggap bahawa kepentingan mereka kurang daripada kepentingan kamu, dan jangan mengenepikan mereka dalam perkiraan kamu. Awasilah orang-orang yang memandang rendah dan membiarkan kamu melupai akan nasib orang miskin.

Pilihlah antara pegawai-pegawai kamu mereka yang rendah diri dan bertakwa kepada Allah, yang akan memberi nasihat serta sentiasa mengingatkan kamu mengenai orang miskin. Sediakan peruntukan bagi mereka supaya kamu tidak payah memberi alasan kepada Allah di hari pengadilan, kerana mereka inilah orang yang patut menerima layanan baik daripada kamu. Carilah ganjaran daripada Allah dengan memberikan apa yang menjadi hak mereka. Inilah tanggungjawab suci kamu untuk memenuhi kehendak orang-orang tua di kalangan mereka yang tidak mempunyai tempat pergantungan hidup dan tidak mahu meminta bantuan kewangan. Tanggungjawab seumpama itulah biasanya sukar dilakukan oleh pemerintah, tetapi ia sangat dialu-alukan oleh masyarakat yang berpandangan jauh, Hanya masyarakat dan negara yang benar-benar menunaikan perjanjian mereka dengan Allah dapat memenuhi kepeluan orang miskin.


Musyawarah Terbuka

Temui mereka yang tertindas dan rakyat berpendapatan rendah dalam musyawarah-musyawarah terbuka. Ingatlah Allah turut hadir bersama. Adakan perbincangan dari hati ke hati dengan mereka dan janganlah membenarkan pengawal, pegawai-pegawai kerajaan atau anggota polis dan pegawai-pegawai dari Jabatan Perisik berada di situ, supaya mereka yang mewakili rakyat miskin dapat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tanpa takut-takut.

Tabahkanlah hati dan bertenang menghadapi bahasa yang keras, yang mungkin digunakan oleh mereka, dan janganlah mudah naik berang jika mereka tidak dapat menyatakan alasan mereka dengan jelas. Allah akan membuka pintu rahmat dan memberi ganjaran kepada kamu. Apa sahaja yang kamu boleh berikan kepada mereka, berikanlah tanpa bersungut, dan apa sahaja yang kamu tidak mampu untuk berikannya beritahulah mereka dengan penuh kejujuran.

Ada beberapa perkara yang memerlukan tindakan segara. Terimalah cadangan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kamu bagi membaiki sungutan kakitangan perkeranian. Pastikan supaya bantahan dan permohonan yang dikemukakan untuk pertimbangan kamu sampai kepada pengetahuan kamu di hari ia dikemukakan, walaupun pegawai-pegawai kamu cuba bertindak sebagai orang tengah. Selesaikan sesuatu kerja pada hari itu juga, kerana keesokan hari akan membawa kerja lain pula.


Munajat Dengan Allah

Jangan lupa mengasingkan masa kamu yang paling baik untuk bermunajat dengan Allah, walaupun setiap ketika kamu adalah untuk-NYA (jika ia digunakan dengan jujur untuk berkhidmat kepada rakyat kamu). Masa yang kamu peruntukkan bagi mengerjakan sembahyang hendaklah digunakan sepenuhnya untuk menunaikan sembahyang lima waktu sehari. Sembahyanglah di siang hari dan pada waktu malam, dan bagi mendapatkan hubungan langsung yang sempurna dengan Allah, seboleh mungkin jangan kamu memanjangkan sembahyang hinggga ia memenatkan kamu. Apabila kamu menjadi imam dalam sembahyang, jangan kamu membenarkan sembahyang itu berpanjangan hingga menyebabkan kesulitan kepada makmum atau menyebabkan mereka tidak suka bersembahyang berjemaah, atau setidak-tidaknya mengurangkan kesannya, kerana dalam jemaah sembahyang itu ada yang cacat dan juga mempunyai urusan penting yang mesti dikendalikan.

Ketika saya diarah pergi ke Yaman saya bertanya kepada Nabi Muhamamad s.a.w. bagaimana harus saya mengimamkan sembahyang. Rasulullah bersabda: “Kerjakanlah sembahyang kamu seperti mana orang yang paling lemah di antara kamu melakukannya, dan jadikanlah contoh bertimbang rasa terhadap mereka yang takwa.”

Selain perkara yang sudah saya sebutkan di atas, seperkara lagi yang patut diperhatikan oleh kamu ialah jangan sekali-kali memisahkan diri kamu daripada rakyat, kerana jika kamu berbuat demikian kamu tidak akan tahu hal-ehwal mereka. Ia akan menyebabkan seseorang pemerintah itu mempunyai perspektif yang salah, selain menyebabkan dia tidak boleh membezakan mana yang penting dan yang tidak penting, yang mana betul dan yang mana salah, dan di antara yang benar dan palsu. Pemerintah adalah manusia biasa. Dia tidak mampu mengeluarkan pandangan yang betul untuk semua perkara, apatah lagi bagi perkara-perkara yang di luar jangkauan dan pengetahuannya. Tidak ada tanda-tanda yang khususnya untuk kebenaran bagi membolehkan seseorang itu membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan. Sebenarnya dua perkara yang boleh berlaku kepada kamu, iaitu sama ada kamu berlaku adil atau zalim.

Jika kamu berlaku adil, kamu tidak boleh memisahkan diri kamu daripada rakyat, tetapi mendengar aduan mereka dan memenuhi kemahuan mereka. Jika kamu tidak berlaku adil, rakyat kamu sendiri akan menghindari kamu. Jadi apakah kebaikannya jika kamu menjauhkan diri daripada mereka? Dalam semua hal, menjauhkan diri daripada rakyat adalah tidak diingini, terutama apabila tugas kamu menuntut kamu menunaikan kehendak rakyat. Aduan mengenai penindasan daripada pegawai-pegawai untuk keadilan tidak sepatutnya menjemukan kamu.

Hendaklah kamu sentiasa beringat bahawa mereka yang di keliling kamu akan mengambil peluang mempergunakan kedudukan mereka untuk merampas apa yang menjadi hak orang lain dan melakukan ketidakadilan. Hapuskan kecenderungan seumpama itu. Kamu sendiri janganlah memberi walau seinci tanah kepada saudara mara kamu. Amalan ini akan menghalang pegawai-pegawai di sekeliling kamu daripada menyusahkan orang lain dan menyelamatkan kamu daripada penghinaan Allah dan manusia.

Laksanakanlah keadilan secara sama rata tanpa mengira sama ada seseorang itu bersaudara dengan kamu atau tidak. Jika ada saudara mara atau kawan-kawan kamu yang melanggar undang-undang, laksanakanlah hukuman yang ditentukan walaupun ia pahit kepada kamu, kerana ia adalah untuk kebaikan Negara. Jika pada sebarang waktu orang mengesyaki bahawa kamu tidak berlaku adil kepada mereka dalam apa jua urusan, jelaskanlah pendirian kamu kepada mereka supaya sebarang syak wasangka terhadap kamu dapat dihapuskan. Cara ini akan menyebabkan mereka menyayangi kamu. Ini juga akan memenuhi keinginan kamu kerana rakyat yakin dengan pemerintahan kamu.


Perdamaian dan Perjanjian

Ingatlah bahawa kamu tidak akan menolak tawaran perdamaian yang dibuat oleh musuh kamu. Terimalah kerana ia disukai oleh Allah. Keamanan adalah punca keselesaan kepada angkatan tentera, ia mengurangkan kebimbangan kamu dan meningkatkan kedamaian dalam Negara. Tetapi berhati-hati selepas perjanjian perdamaian ditandatangani. Sesetengah musuh menawarkan perdamaian untuk memperdayakan kamu. Mereka menawarkan perdamaian dengan harapan kamu akan berasa lebih selamat, sebaliknya mereka akan menyerang kamu apabila kamu tidak bersedia.

Jesteru itu, kamu hendaklah sentiasa berwaspada dan jangan meletakkan keyakinan terhadap bantahan mereka. Tetapi, jika mengikut perjanjian perdamaian itu kamu menerima kewajipan, maka hendaklah kamu melaksanakan kewajipan itu bersungguh-sungguh. Ia adalah amanah dan mesti dipertahankan seikhlas-ikhlasnya dan apabila kamu menjanjikan sesuatu hendaklah kamu tunaikan dangan segala keupayaan yang ada pada kamu, walaupun wujudnya perbezaan pendapat dalam hal lain. Tidak ada kemuliaan yang lebih mulia daripada menunaikan janji. Ini juga diakui oleh orang bukan Islam kerana mereka tahu padah melanggar perjanjian. Oleh itu, jangan membuat alasan dalam melaksanakan kewajipan kamu dan jangan sekali-kali memungkiri janji atau menipu musuh kamu. Perbuatan memungkiri janji adalah kesalahan di sisi Allah.

Sesungguhnya janji rahmat Allah untuk semua manusia. Janji Allah adalah pelindungan yang dicari, termasuk oleh manusia yang berkuasa di bumi ini kerana Allah tidak memungkiri janjiNya. Oleh itu, jangan membuat janji yang kamu tidak mungkin dapat menunaikannya. Jangan cabuli janji yang kamu buat walaupun ia menyakitkan hati. Adalah lebih baik menunggu dengan sabar akibat daripadanya daripada melanggarnya kerana kebimbangan. Awas! Jangan menumpahkan darah tanpa sebab yang sah.

Di Hari Kiamat akan ditanya jenayah yang dilakukan. Oleh itu, berhati-hatilah, jangan membina kekuatan Negara kamu dengan darah kerana darah itulah yang akan melemahkan Negara dan menyebabkan Negara bertukar tangan. Di hadapanku dan di hadapan Allah tidak ada alasan akan diterima bagi pembunuhan yang disengajakan.

Pembunuhan adalah jenayah yang boleh dihukum mati. Jika dalam melaksanakan hukuman rotan terhadap kesalahan jenayah ringan yang menyebabkan kematian, janganlah berbangga dengan martabat Negara sehingga menghalang keluarga si mati menuntut ganjaran.


Arahan Terakhir

Jangan tergopoh-gopoh melakukan sesuatu sebelum masanya, atau melengah-lengahkannya apabila masanya tiba. Jangan mendesak melakukan perkara yang salah, atau berlengah-lengah membetulkan kesalahan. Lakukan segala sesuatu dalam tempohnya, dan biarkan segala sesuatu mendapat tempat yang sewajarnya. Apabila semua orang bersetuju dengan sesuatu, jangan memaksa mereka menurut pandangan kamu dan jangan cuai dalam menjalankan tanggung-jawab kamu. Mata rakyat sentiasa memerhatikan kamu dan kamu bertanggung-jawab terhadap apa jua yang kamu lakukan kepada mereka. Kecuaian yang kecil akan ada kesan buruknya. Kawallah kemarahan dan jagalah tangan dan lidah kamu. Apa jua yang menimpa, cubalah bersabar, jika tidak ia akan menambahkan kebimbangan kamu.

Adalah amat penting bagi kamu mempelajari prinsip-prinsip yang telah mengilhamkan orang yang adil dan pemerintah yang saksama sebelum kamu. Berikan perhatian yang teliti terhadap contoh teladan Nabi Muhammad s.a.w., hadisnya dan perintah Kitab Allah dan apa jua yang kamu telah pelajari daripada urusan kamu. Berusahalah dengan segala kemampuan kamu untuk menjalankan arahan yang saya berikan dan yang kamu telah bersumpah setia untuk mengikutinya. Melalui arahan ini, saya memerintahkan kamu supaya jangan tunduk kepada hasutan hati kamu atau berpaling daripada menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kamu.

Saya mencari perlindungan Allah yang Maha Berkuasa dan RahmatNya yang tidak terbatas, dan menyeru kamu berdoa bersama saya supaya Dia memberi rahmat kepada kita menerusi penyerahan kudrat kita kepada kemahuanNya. Supaya manusia sejagat menghargai kita dan kerja kita berjaya. Saya mencari puncak rahmat Allah dan berdoa agar Dia memberi kepada kita kesyahidan di jalanNya. Sesungguhnya, kita akan kembali kepadaNya. Saya mengungkapkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli bait.


Rujukan :
http://wikisource.org/wiki/Surat_Khalifah_Ali
http://www.amaana.org/ismaali.html
http://www.almujtaba.com/articles/2/000181.html
http://www.nmhschool.org/tthornton/mehistorydatabase/islamic_conquests_632.htm

20070917

Remaja, Ramadhan & Raya 24 Sep Senawang

Motivasi 3 R : “Remaja, Ramadhan & Raya”
Bersama Ustaz Mohd Nazree bin Mohd Yunus
Ketua Pegawai Jaringan Pemikir Anak Muda INSKA (Institut Kajian Asas Kemasyarakatan), Kuala Lumpur
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) 2006

Tarikh : Isnin 24 September 2007
Masa : 9:30 malam , selepas solat Witir
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang, N.Sembilan

20070916

Borak2 Ramadan Cakap2 Syawal 28 Sep Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program
“Borak-Borak Ramadhan dan Cakap-Cakap Syawal”
Bersama Ustaz Hj Wan Azhar bin Wan Ahmad dari SRK Sg Sampo, Jempol, NS
Pada hari Jumaat 28 September 2007
Jam 9:30 malam , selepas Solat Witir
Di Surau Taman Alamanda, Senawang

Salam Ramadhan Al Mubarak

Kes Pecah Rumah Di Taman Alamanda 16 Sep

Assalamualaikum,

Subuh tadi terima SMS bahawa berlaku kejadian pecah rumah di jln 6 Taman Alamanda antara tengah malam ke subuh. Rumah atap merah berdekatan tangki air belakangnya Taman Satria. Menurut jiran pencuri masuk melalu gril belakang, dipecah menggunakan penggali. Penghuni tidak sedar kejadian dan tiada kecederaan. Kehilangan sejumlah wang ringgit. Polis Peronda dan dari Balai Senawang telah datang jam 5 pagi untuk menyiasat.

LAPORKAN JENAYAH DI TEMPAT KITA
Hubungi Polis Di Raja Malaysia
Kereta Peronda – 06-6033477 (selepas 12 tgh mlm)
IPK NS – 06-7622222 , Balai Senawang – 06-6792222

LAPORKAN MAKSIAT DI TEMPAT KITA
Hubungi Hotline 24 Jam
Pegawai Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS
Di talian 06-7672756 , 06-7672757

Madrasah Turun Padang Bantu Saudara Baru

Ramadhan adalah merupakan madrasah untuk umat Islam agar mereka dapat mengambil peluang di bulan yang penuh barakah ini untuk mempertingkatkan amalan, mempereratkan persaudaraan serta menginsafi diri sendiri.

Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Haji Ali, Kg Selemak, Bintongan, Rembau tidak ketinggalan mengajak masyarakat membantu mereka-mereka yang memerlukan di serata dunia, apatah lagi di sekeliling mereka.

Setelah membaca penderitaan seorang saudara baru berbangsa Cina dalam akhbar tabloid tanahair Siasah terbitan 2 September 2007 mukasurat 11, ruangan Dalam Negeri, Penyelia Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Ustaz Mohd Nazri Yusof telah mengumpulkan dana daripada pelajar-pelajar madrasah, orang-orang kampung serta rakan-rakan untuk membantu Muhammad Rizal Lye Abdullah (Lye Soong) untuk menjalani rawatan pembedahan selaput matanya yang menyebabkannya hampir buta.

Lye Soong, 57 tahun, berasal dari Kuala Pilah dan telah masuk Islam empat tahun lalu di pejabat Agama Islam Seremban.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Penyelia Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Ali, Rembau, Ustaz Mohd Nazri Yunus di talian 019-3457690

Kelab Nazrey NS lancar Moh Kito Tolong di Sabah

Sempena Ramadhan 1428 Hijrah , Kelab Peminat Nazrey Johani (bekas vokali kumpulan Raihan) Cawangan Negeri Sembilan telah melancarkan Program “Moh Kito Tolong” untuk menghulurkan sumbangan berbuka puasa, sumbangan Idil Fitri dalam bentuk kewangan, baju raya, juadah berbuka puasa dan juadah Idil Fitri kepada golongan susah, kurang berkemampuan, ibu tunggal, anak-anak yatim di pedalaman Sabah.

Sepertimana yang sering dipaparkan dalam media, masih ramai lagi penduduk di pedalaman Sabah yang hidup dalam kesusahan, tiada kemudahan asas yang sempurna, pelajar-pelajarnya terpaksa berkaki ayam ke sekolah dan sebagainya.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Program “Moh Kito Tolong” atau ingin menghulurkan sebarang bentuk bantuan sila hubungi Koordinator Program Kelab Peminat Nazrey Johani Cawangan Negeri Sembilan Tuan Haji Taufek di talian 019-6576540

Anjing Sahut Seruan Azan Subuh di Senawang

Pada subuh Jumaat 14 September 2007 bersamaan 2 Ramadhan 1428 Hijrah di Surau Alamanda, Senawang terdapat beberapa ekor anjing liar sedang lepak di padang bersebelahan dengan surau tersebut.

Ketika muazzin sedang melaungkan azan, saya kedengaran salah seekor anjing tersebut menyalak dalam nada yang berlainan. Setiap kali muazzin menghabiskan satu lafaz azan, anjing tadi akan menyahut dengan nada yang ganjil. Bukan nada salakan ketika bulan purnama, bukan nada salakan anjing yang nampak penceroboh, bukan nada salakan anjing sedang memikat, bukan nada salakan anjing yang sedang bergaduh. Dan lebih menariknya bila lafaz azan yang ada kalimah Allah, anjing tadi akan menyalak dengan salakan yang lebih panjang dan lebih sayup.

Memang setiap makhluk di muka bumi ini sentiasa berzikir , memuji kebesaran Allah swt , kecuali manusia yang ingkar. Kalau anjing pun sahut seruan azan , takkan orang Islam tak nak sahut seruan azan, lebih-lebih lagi azan Subuh.

Kebelakangan ini memang terdapat banyak anjing di taman ini. Dan mereka ini setakat ini tidak mengganggu penduduk, cuma menyelongkar tong sampah yang tidak ditutup rapat. Walaupun aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran untuk mengawal anjing-anjing yang berkeliaran, kita tidaklah mahu anjing tersebut dibunuh atau diseksa. Walaupun anjing untuk kita mazhab Syafie ini adalah merupakan najis mughallazah (berat), tidaklah patut untuk kita menghina dan menganiaya anjing kerana mereka ini makhluk Allah.

Malah anjing ada disebutkan dalam Kisah Ashabul Kahfi di dalam Al Quran , dimana anjing dalam cerita pemuda-pemuda Islam yang melarikan diri dari pemerintah yang zalim dan kejam telah menjadi sahabat setia pemuda-pemuda tersebut. Begitu juga kisah zaman silam bagaimana seorang perempuan pelacur yang hanya membantu memberikan air kepada seekor anjing yang sangat dahaga telah bertaubat dan dijanjikan ganjaran pahala yang besar.

Kalau binatang seperti anjing pun kita disuruh melayaninya dengan penuh kasih sayang apatah lagi manusia yang datang dari bapa yang sama iaitu Nabi Adam as, manusia yang seagama dengan kita, manusia yang sebangsa dengan kita, manusia yang senegeri dengan kita, manusia yang sekampung dengan kita.

Sempena Ramadhan ini, pereratkanlah persaudaraan dan kasih sayang sesama manusia. Jauhilah sikap hasad dengki, zalim menzalimi, dendam berdendam, tamak haloba sehingga menidakkan kepentingan orang ramai.

Salam Ramadhan Al Mubarak.

20070911

15 Sep Bubur Lambuk, 18 Sep Iftar Alamanda

Assalamualaikum,

Berikut beberapa program terkini di Surau Alamanda sepanjang Ramadhan

1. Ceramah Perdana “Detik Hitam Sabra dan Shatila” oleh Dr Zainurrashid 9:30 mlm Jumaat 14 Sep

2. Pengagihan Bubur Lambuk percuma 200 bungkus oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Puspanita Sabtu 15 Sep bermula 5 petang di perkarangan Surau Alamanda

3. Program Berbuka Puasa Rakan Muda Masjid di Surau Alamanda Selasa 18 Sep bermula jam 6:30 ptg anjuran Pejabat ADUN Paroi dan Pejabat Belia dan Sukan Negeri. Semua remaja dijemput hadir

4. Tazkirah Ramadhan oleh Us Hj Wan Azhar bin Wan Ahmad Jumaat 28 Sep jam 9:30 mlm

Program terkini Ramadhan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sekian, wassalam

Undang Rembau ke 18 – Pejuang Agama dan Bangsa yang dilupakan

Nasionalisma dan reformasi ketika pemerintahan Dato Abdullah (1922–1938)

Kebanyakan kegiatan sosial dan budaya yang berkembang di merata Rembau dan seluruh Negeri Sembilan pada tahun 1920an dan 1930an adalah bertitik tolak dari aspirasi dan kejayaan Dato Abdullah bin Haji Dahan, yang menjadi Undang Rembau dari 1920 hingga 1938 dan diingati diperingkat Rembau sebagai seorang pemerintah yang berani dan pahlawan budaya moden.

Sepertimana kanak-kanak lain yang pintar dari golongan pemerintah, anak muda ini menerima sokongan British untuk menghadiri sekolah berbahasa Inggeris yang elit iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Ini adalah perkara biasa untuk anak-anak dari golongan pemerintah yang akan bekerja sebagai penjawat awam. Bagaimanapun beliau mempunyai cita-cita yang lebih tinggi di mana dia mencari kerjaya di bidang perubatan. Sekiranya dia melanjutkan pelajaran ke Hong Kong, dia adalah antara orang Melayu pertama yang mendapat pendidikan tinggi di luar koloni, dan mungkin antara doktor Melayu yang terawal.
Tapi oleh kerana ayahnya dan pihak berkuasa British memandang rendah cita-cita beliau, diputuskan beliau belajar perubatan di Singapura hanya untuk menjadi pembantu perubatan.

Pada tahun 1922 Dato Abdullah telah dilantik sebagai Undang Rembau menggantikan Dato Haji Sulong bin Ambia. Penulisan British ada menyatakan beliau dilantik sebagai Undang Rembau pada usia 17 tahun dengan kebolehan yang luar biasa, bercita-cita tinggi, pintar dan mempunyai kesungguhan tinggi.

Dia dilahirkan dari suku Sedia Raja dari golongan keluarga yang berada. Perjuangan Dato Abdullah bukanlah melalui peperangan di sepanjang Sungai Rembau tetapi adalah melalui memorandum, petisyen rasmi dan dalam majlis persidangan.

Dato Abdullah adalah orang yang paling kuat melobi untuk ditubuhkan beberapa sekolah perdagangan dan institusi berbahasa Inggeris supaya lebih ramai anak Melayu dapat menjadi pentadbir yang baik serta menjawat jawatan professional. Masa depan orang Melayu sedang berdepan risiko ketika itu dengan dasar pelajaran British. Bagaimanapun cadangan Dato Abdullah mendapat tentangan berterusan dari pentadbiran kolonial. Mereka bimbang sekiranya orang Melayu berpendidikan tinggi tiada siapa lagi yang akan menjadi kerani.

Perubahan yang dilakukan oleh Dato Abdullah bukan sahaja di bidang pendidikan. Bahkan dia banyak membantu menubuhkan beberapa koperasi dan persatuan di Negeri Sembilan untuk membangunkan masyarakat Melayu ketika itu.

Dato Abdullah juga sentiasa menasihatkan orang-orang kampung agar meninggalkan amalan khurafat dan syirik yang dikaitkan dengan roh-roh setempat.

Gelombang kebangkitan ulamak yang mendapat pendidikan di Kedah dan Kelantan pada awal 1900an serta dari Mesir dan Arab Saudi juga telah menyedarkan masyarakat Melayu bahawa kepercayaan karut tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Dato Abdullah juga pernah membicarakan mengenai percanggahan antara adat dan syarak dalam pembahagian harta dan harta sepencarian dimana hukum Islam sepatutnya diutamakan daripada hukum adat.

Dato Abdullah juga adalah antara orang yang menyuarakan penubuhan pasukan Askar Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Almarhum Undang Rembau, Dato Abdullah bin Haji Dahan telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu. Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11.

*********************************************************
Petikan terjemahan buku “Early Politics: Nationalists of My Land, Unite” (Politik Awal : Nasionalis Tanah Air Ku, Bersatulah)

Beliau ialah Dato Abdullah Bin Haji Dahan, Undang Rembau. Anak kepada seorang Dato di Negeri Sembilan, Abdullah mulanya belajar di sekolah Melayu kemudian lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Antara ahli Majlis Persekutuan yang dilantik, beliau adalah yang paling lantang, terutamanya memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Dia pernah secara terbuka mempersoalkan Inggeris yang melantik bukan Melayu di Jabatan Kerajaan. Pihak Inggeris menjawab, "Kerana tiada orang Melayu yang berpelajaran Inggeris. Sebenarnya adalah polisi Kerajaan British untuk tidak menggalakkan orang Melayu masuk ke sekolah aliran Inggeris sejak dari mula lagi.

Dato Abdullah berjuang untuk kepentingan Melayu. Beliau menggesa agar Inggeris memberikan lebih peruntukan untuk Tanah Rezab Melayu dan memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada Melayu di jabatan kerajaan yang dimonopoli oleh bangsa asing, seperti Keretapi Tanah Melayu, Telekom dan Jabatan Kerja Raya. Beliau mengakui ramai orang Melayu yang bekerja di peringkat bawahan, tapi bagaimana dengan jawatan kanan seperti Ketua Stesen ? Kenapa orang Melayu tidak diberi kepercayaan untuk memikul lebih tanggungjawab ?

Apabila Zaman Kemelesetan berlaku pada tahun 1929, pihak British memberhentikan ramai pekerja, Dato Abdullah memberi amaran kepada British, jangan sentuh pekerja Melayu. Dari cadangan tersebut pendatang asing harus dibuang kerja terlebih dahulu, dia pada ketika itu, tidak begitu disukai oleh pendatang Cina dan pendatang India.

Dato Undang Rembau adalah orang yang berani, lantang dalam tahun 1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yang berani bersuara terhadap orang Inggeris.

Dato Undang Rembau akhirnya dikeluarkan daripada Majlis oleh pihak British atas alasan beliau menderita penyakit saraf. British akhirnya berjaya membuang duri dalam daging mereka.

Dato Abdullah juga adalah merupakan salah seorang daripada empat orang pembesar Melayu yang menubuhkan Rejimen Askar Melayu DiRaja.

************************************************
Rujukan :

A Share of the Harvest
Kinship, Property, and Social History among the Malays of Rembau
Michael Gates Peletz
UNIVERSITY OF CALIFORNIA PRESS
http://content.cdlib.org/view?docId=ft6m3nb481&chunk.id=d0e1991

Malay Nationalism Before UMNO
http://www.malaysia-today.net/books/2005/12/16-early-politics-nationalists-of-my.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malay_Regiment

http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/rembau.htm

20070910

Detik Hitam Sabra & Shatila 14 Sep Senawang

Assalamualaikum wrt wbt, Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga amalan kita di bulan yang benuh barakah ini diterima dan diredhai Allah.

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program :
Ceramah Perdana – Tajuk : “Detik Hitam Sabra dan Shatila”
Serta Pelanacaran Tabung Iftar RM 5 Untuk Umat Islam di Palestin

Penceramah : Dr Zainurrashid Zainuddin – Pensyarah dan Pakar Perubatan Malaysia serta Sukarelawan Aman Palestin

Tarikh : Jumaat 14 September 2007
Masa : 9:30 malam – Selepas Solat Witir
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus

Layari laman web Aman Paletin di http://amanpalestin.com

20070906

Kes Kecurian Baju Sutera Sidai Luar Rumah di Senawang

Hari ini mendapat maklumat 2 buah rumah di Taman Alamanda, Senawang minggu ni berlaku kes kecurain baju kurung/kebaya sutera wanita yang disidai diluar rumah. Hanya baju sutera yang baru dan cantik sahaja dicuri. Harap semua berhati-hati dan maklum pada semua jiran. Kes sebegini selalunya tidak dibuat laporan polis. Mungkin juga ada barangan lain yang diletak diluar rumah dicuri, tapi tiada laporan setakat ini. Mungkin juga berlaku di sekitar Seremban , tidak pula diketahui. Atau mungkin merupakan satu sindiket menjelang perayaan.

Harap maklum.

20070904

Sukarelawan Masjid & Surau Diperlukan Seluruh Negara

Semua muslimin dan muslimat tanpa had umur adalah dipelawa untuk menjadi Sukarelawan Masjid dan Surau di seluruh Malaysia.

Syarat-syarat
1. Sihat tubuh badan. Masih boleh bernafas, makan dan minum serta berulang alik ke sekolah, kolej dan tempat kerja setiap hari
2. Cintakan masjid dan surau
3. Cintakan kebersihan
4. Mengharapkan ganjaran dari ALLAH semata-mata

Bidang tugas
Setiap kali datang ke masjid atau surau melakukan satu amalan yang dapat menjadikan masjid atau surau lebih bersih, ceria dan indah, antaranya :
1. Membuang najis cicak
2. Mengutip sampah
3. Mengosongkan tong sampah ke pusat pengumpulan sampah
4. Menyusun Al Quran, kitab dan buku-buku lain di raknya
5. Menyapu lantai dalam dan luar masjid
6. Membersihkan kawasan mengambil wudhu
7. Membersihkan kawasan bilik air dan tandas
8. Mempastikan pintu, tingkap, lampu, kipas, pintu pagar masjid atau surau di tutup jika tiada sesiapa dalam masjid atau surau
9. Menyusun selipar atau kasut yang tidak digunakan di rak
10. Mempastikan paip air di tutup rapat di tempat mengambil wudhu dan bilik air
11. Lain-lain tugas sukarelawan yang difikirkan perlu

Waktu kerja
1. Tiada had waktu.
2. Samada sebelum atau selepas solat atau kuliah
3. Datang ke masjid atau surau hanya untuk menggunakan tandas
4. Atau semata-mata datang masjid atau surau untuk membersih, menceria dan mengindahkan masjid dan surau

Ganjaran
1. Mengharapkan ganjaran dari ALLAH semata-mata
2. Kita memberikan keselesaan kepada orang ramai untuk melakukan ibadah
3. Mudah untuk kita menjawab di akhirat dan kubur kelak apa peranan kita untuk mempastikan masjid dan surau kita bersih, ceria dan indah.
4. Adakah kita sekadar mengkritik pengurusan masjid dan surau atau menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak kita sendiri.

Yayasan Kasih Sayang NS Bantu Saudara Baru

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ramai di antara kita, terutamanya mereka yang baru memeluk agama Islam, yang tidak menyedari tentang kewujudan badan sukarelawan yang berada berhampiran yang boleh membantu mereka yang mempunyai masalah.

Antara badan sukarelawan ini ialah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKS) di Taman Bukit Pilah Perdana, Kuala Pilah, yang ditubuhkan pada 5 Feb, 2003.

Muhammad Adnan Abdullah, Presiden YKS Negeri Sembilan yang sudah 18 tahun memeluk agama Islam berkata, sebenarnya permohonan untuk menubuhkan pertubuhan ini telah dibuat pada tahun 2001, tetapi ia hanya diluluskan pada 2003.

"Saya menubuhkan pertubuhan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti anak yatim, ibu tunggal, saudara baru (mereka yang baru memeluk agama Islam) kerana jika tidak dibantu mereka akan hilang arah tujuan," beliau memberitahu Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

MATLAMAT PENUBUHAN

Matlamat penubuhan yayasan ini ialah untuk membangunkan tahap sosio-ekonomi dan penjagaan kebajikan saudara baru serta ibu tunggal dan anak yatim piatu.

"Kita mempunyai inisiatif sendiri membantu ibu tunggal iaitu dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas," kata Muhammad Adnan.

Antara aktiviti yang dijalankan di YKS ialah kelas menjahit dan reka fesyen dengan tujuan membantu mereka untuk menguasai bidang jahitan. Dengan menguasai bidang jahitan, mereka boleh memperoleh wang untuk perbelanjaan.

Ia ibarat "memberi pancing" kepada mereka supaya mereka boleh berusaha sendiri tanpa mengharap bantuan orang lain, jelas beliau.

BANTUAN KEWANGAN

Pertubuhan ini mendapat bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

"Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan kami berjalan dengan lancar," katanya lagi.

YKS turut membantu Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjaga kebajikan saudara baru selain memberi nasihat dan kaunseling kepada mereka yang mahu kembali kepada agama asal mereka.

"Kes murtad di kalangan saudara baru memang mendukacitakan dan kami berdepan secara langsung dengan kumpulan ini. Kami turut mengadakan sesi runding cara untuk mengenal pasti masalah mereka dan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Setiap bulan, pertubuhan ini menjalankan aktiviti ziarah dan dakwah iaitu dengan melawati rumah saudara baru dan bertanyakan masalah dan keperluan mereka bagi memastikan mereka tidak berasa terasing dengan agama Islam dan kembali kepada agama asal mereka semula.

"Jika mereka mahu belajar di kelas fardu ain kita akan cuba aturkan mengikut kesesuaian masa mereka, selain itu juga kita akan menghantar guru dari pertubuhan kita yang datang ke rumah mereka untuk mengajar mereka mengaji".

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi saudara baru ialah dalam pertukaran kad pengenalan iaitu terlalu rumit untuk proses penukaran nama.

"Contohnya sebaik sahaja masuk agama Islam, mereka kena dapatkan surat akuan masuk Islam di jabatan agama, kemudian kena jumpa Pesuruh Jaya Sumpah untuk mengangkat sumpah.

"Akhir sekali kena pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk isi borang tukar nama dan kena tunggu hingga lima ke enam bulan barulah mereka (JPN) hantar surat kelulusan tukar nama".

Beliau berharap JPN mempermudahkan urusan saudara baru ini dan sepatutnya ada hubungan antara Jabatan Agama dengan JPN, maknanya sebaik sahaja seseorang itu masuk agama Islam maklumat itu sudah berada dalam rekod JPN.

"Walaupun pertukaran nama ada proses lain di Jabatan Pendaftaran Negara tetapi sepatutnya sudah ada maklumat yang mengatakan bahawa orang ini sudah masuk Islam supaya apabila orang ini meninggal tidak berlaku perebutan terhadap mayat mereka.

BANTUAN PELAJARAN

Pertubuhan ini turut membantu mereka dari keluarga miskin yang mahu meneruskan pelajaran dengan cara menyalurkan maklumat kepada Majlis Agama Islam.

Dengan ini Majlis Agama Islam dapat mengenal pasti sama apa layak atau tidak untuk dibantu.

Mereka yang dibantu mesti dari keluarga yang susah dan mempunyai potensi untuk meneruskan pelajaran.

Yayasan ini juga memberi bantuan kepada mereka yang hamil tanpa suami dalam usia yang muda.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada menggugurkan kandungan, buang anak dan sebagainya," tambah Muhammad Adnan.

-- BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=282637

20070903

Kuliah Us Arshad 7 Sep Surau Alamanda

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke

Kuliah Feqah – Kitab Matlaal Badrain (Hukum Hudud dsbnya)
Oleh : Al Fadhil Ustaz Dato Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah NS)
Jumaat 7 September 2007
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda, Senawang

50 tahun merdeka, tiada penggunting Melayu di Jelebu

Cuti hari kebangsaan ini digunakan sepenuhnya untuk melakukan tugasan keluarga yang banyak tertangguh di hari biasa. Saya membawa anak lelaki kedua saya yang berusia 13 tahun ke kedai gunting rambut kegemaran saya , kedai gunting Shamsul di Taman Kemuning, Senawang.

Dia dan rakannya baru sahaja membuka kedainya pagi tersebut dan anak saya adalah merupakan pelanggan pertama pada hari itu. Seperti biasa Shamsul seorang yang peramah akan berborak hal semasa.

Dia menceritakan baru-baru ini seorang yang berpengaruh di Jelebu telah datang menggunting rambut di kedainya. Orang tadi datang dari Kuala Klawang, Jelebu untuk menggunting rambut di Seremban kerana katanya tiada kedai gunting rambut yang diusahakan oleh orang Melayu di Jelebu.

Dalam hati saya berkata, macamana boleh jadi demikian ? Tidak ada langsungkah orang Melayu di Jelebu yang tahu menggunting rambut, atau orang Melayu di Jelebu tidak menyokong perniagaan orang Melayu di sana ? Saya rasa fenomena ini berlaku bukan sahaja di pekan Kuala Klawang, malah di kebanyakkan tempat di Negeri Sembilan ini, pastinya di Rembau, mungkin di Bahau, mungkin di Tampin.

Kalau orang dari Jelebu sanggup datang ke Senawang untuk mencari kedai gunting rambut yang diusahakan oleh orang Melayu, takkan kita di sekitar Seremban tidak boleh mencari kedai gunting rambut orang Melayu ?

Adakah kita hanya berbangga dengan korporat-korporat dan konglomerat-konglomerat Melayu yang berjaya tetapi melupakan usahawan Melayu yang baru hendak bertapak ? Terutamanya perniagaan yang dianggap fardhu kifayah seperti perniagaan servis kereta, motosikal, basikal, pembinaan rumah dan sebagainya ?

Sempena 50 tahun merdeka ini janganlah hanya sibuk berpesta-pestaan. Renung-renungkanlah keadaan di sekeliling kita. Dan tanya pada diri kita sendiri apa sumbangan kita untuk agama, bangsa dan negara ?

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang
http://waghih.blogspot.com

20070901

Temui Us Abdullah Khairi 9 Sep Dataran Senawang

Assalamualaikum wrt. wbt.

Dengan segala hormatnya Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda menjemput tuan/puan/sdra/sdri sekeluarga ke

Ceramah Motivasi Perdana (Percuma)
Tajuk : “ Keinsafan Sebelum Ajal”
Tarikh : 9 September 2007, Ahad
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan (berhampiran Pasaraya Giant)
Penceramah : Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon , Pakar Motivasi , Guru SMK Dato Onn, Butterworth, B Sc (Hons) Electrical Eng., Ijazah Konselor Islam

Motivasi Perdana Remaja ( 7 tahun – 18 tahun )
Tajuk : “Bagaimana Untuk Cemerlang”
Tarikh : 9 September 2007 , Ahad
Masa : 2 petang
Tempat : Dewan Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Senawang, N.Sembilan
Penceramah : Ustaz Hj Abhdullah Khairi bin Hj Haroon , Pakar Motivasi
Yuran : RM 10 seorang (ibu bapa penjaga yang mengiring percuma)
Maklumat lanjut hubungi En Hamizi 012-2832458

Kuliah Us Fuad 3 Sep Senawang

Assalamualaikum wrt. wbt.

Dengan segala hormatnya Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda menjemput tuan/puan/sdra/sdri sekeluarga ke

Kuliah Hadith
Penceramah : Us Mohd Fuad bin Othman
Tarikh : Isnin 3 September 2007 , Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang