Pada 20 Mac 2008 kenalan saya di Taman Marida Senawang memberitahu rumah beliau telah dimasukki penyamun pada siang hari ketika isteri dan anak-anaknya ada di rumah pada waktu pagi. Penyamun tadi pada mulanya menyamar mengatakan suami pada suri rumah tersebut yang menyuruhnya membaiki paip bocor dirumahnya. Tanpa banyak usul periksa kerana yakin dengan lagak sebagai tukang paip, maka isteri kenalan saya membenarkan lelaki tadi masuk. Lelaki yang berlagak tukang paip tadi pun melarikan komputer riba (lap top) yang sedang digunakan oleh anak-anak kenalan saya.
Kawan saya telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Senawang. Dan diceritakan kumpulan penyamun berlagak tukang paip ini sedang bergerak aktif sekitar Senawang dan mungkin sekitar Seremban. Setakat ini telah ada 3 laporan kejadian serupa sekitar Senawang.
Langkah Keselamatan :
1. Berhati-hati dengan lelaki usia 20 an memandu Proton Satria Biru
2. Pastikan pintu rumah sentiasa dikunci walaupun ada penghuni di dalam
3. Lebih selamat jika pintu pagar dikunci
4. Jangan membuka pintu rumah sekiranya ada orang yang tidak dikenali ingin bertanyakan sesuatu. Cakap melalui belakang pintu atau tingkap.
5. Pasang selak berantai pada pintu depan rumah.
6. Sekiranya ada yang mendakwa mereka Pegawai Polis atau anggota penguatkuasa agensi kerajaan , tukang paip dan sebagainya , minta mereka tunjukkan Kad Kuasa atau Kad Pengenalan, dan talipon Balai Polis berhampiran untuk pengesahan.
7. Pastikan nombor telefon Balai Polis berhampiran mudah diperolehi . Balai Polis Bandar Baru Senawang 06-6792222 , Rakan Cop Hotline IPK NS 06-7619999