KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080318

Tahap kesihatan kaum India di Seremban membimbangkan

Semua kaum di Malaysia ini yang memerlukan bantuan , haruslah dibantu. Jika tidak jurang perbezaan tahap kehidupan akan mengundang pelbagai masalah sosial yang lain.

Negeri Sembilan khususnya di sekitar Seremban mempunyai begitu ramai kaum India. Ada di kalangan mereka yang berjaya , menjadi professional serta usahawam berjaya dan sebagainya.

Namun masih ramai lagi yang hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal di bandar atau pinggir bandar.

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan baru-baru ini telah menjalankan Program Khidmat Kesihatan kepada penduduk di Kg Baru Kombok di Sg Gadut yang majoritinya kaum India yang bekerja sebagai pekerja estet.

Majoriti penduduknya mempunyai tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Ramai antara mereka yang menghidap penyakit kencing manis dan penyakit kulit. Mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kesihatan dan kurangnya kemampuan mereka untuk mendapatkan rawatan.

Ini diburukkan lagi dengan pendapatan mereka yang tidak menentu sekarang ini apabila pokok getah ditebang untuk penanaman semula.

Menyedari bahawa semua masyarakat di Malaysia ini perlu dibantu tanpa mengenal batasan agama , kaum serta umur maka Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan melakukan beberapa Program Khidmat Kesihatan Percuma sekitar Seremban dan jika mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan akan diperluaskan ke seluruh Negeri Sembilan.

Kepada mereka yang ingin memberikan sokongan untuk program ini boleh hubungi Ketua Koordinator Program Khidmat Kesihatan Pn Norwani 013-3851202 atau Sdr Hakki 012-3660646