KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080427

Bila rakyat Malaysia nak ada kesedaran sivik ?

Pagi minggu 27 April 2008, saya ke ATM Maybank di depan Dataran Senawang. Tujuannya hendak keluar wang, biasalah hujung bulan, keluar wang, bayar hutang.

Begitu kotor sekali keadaan atas dan sekeliling 3 mesin ATM di situ. Kotor dengan sampah resit-resit ATM. Tong sampah ada, tapi resit-resit dibuang atas mesin dan atas lantai. Nak salahkan siapa ? Salahkan Maybank sebab tak tugaskan tukang sapu 24 jam ?

Salah pengguna ATM macam kita ni. Berat sangatkah resit ATM tu sampai tak larat nak buang dalam tong sampah ? Inilah mentaliti rakyat Malaysia, memalukan. Ini sebahagian daripada contoh-contoh betapa kurangnya kesedaran sivik rakyat kita. Pada kita yang sedar , apa salahnya kita kutip semua resit-resit tersebut dan buang dalam tong sampah.

Jatuh ke darjat kita kalau kita buat kerja tukang sapu yang sudah dibayar gaji oleh Maybank ? Itu sebabnya dalam Islam ada dosa dan pahala. Kita buat semua ini bukan sebabkan kita terpaksa. Tapi kerana Allah suka hambanya melakukan kebaikan. Dan kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Banyak lagi contoh kurang kesedaran sivik rakyat kita antaranya membuang puntung rokok atas jalan, membuang plastik gula-gula dari kereta, tidak meletak troli pasaraya pada tempat hanya letak belakang kereta orang, tidak menyusun semula kerusi di kedai makan selepas habis makan, tidak mengepam tandas, tidak menutup kipas atau lampu di surau atau masjid selepas digunakan dan banyak lagi contoh lain.

Kalau kita hendak jadi negara yang rakyatnya maju, janganlah setakat membina bangunan pencakar langit saja atau sentiasa memecah rekod, tapi fikirkanlah juga bagaimana rakyat Malaysia ini mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.