Tanggal 23 April 2008 hari Rabu. Sebelum Maghrib tadi ketika hendak mengambil wudhu di Surau Taman Alamanda, Senawang didapati tiada air. Paip dalam tiada air, paip luar pun tiada air, kebetulan semalam hampir seluruh Senawang tiada air kerana kerja-kerja pengalihan paip oleh JBA.
Cuba periksa meter air, mungkin ada orang yang tutup. Terperanjat tengok, bukan meter yang ditutup, tapi meternya yang hilang. Dalam fikiran ku berkata, Bendahari Surau tak bayar bil air ke ? Tapi kalau tak bayar bil air , paip air akan dikunci didalamnya. Tapi yang ini tidak dikunci. Sah, memang meter air diambil orang, atau dicuri.
Lalu ambillah air sembahyang di tempat meter air yang hilang itu. Selepas Isya terfikir pula apakah surau sahaja atau tempat lain pun dicuri meter air. Pergi ke KAFA Alamanda berdekatan, 1 dari 3 meter air di KAFA Alamanda juga dicuri. 2-3 kedai di situ pun meter airnya hilang.
Ingatkan nak buat repot polis besok pagi saja, tapi memandangkan ini kes agak besar buatlah terus repot polis di Balai Polis Bandar Baru Senawang. Menurut polis ini ialah laporan pertama kehilangan meter air setakat ini.
Nampaknya kes jenayah semakin menjadi-jadi, bukan sahaja di Senawang tapi seluruh negara. Disebabkan mencuri tiang menara elektrik , ianya mendatangkan kerugian berpuluh juta ringgit.
Harap pesan-pesanlah pada jiran tetangga. Kalau ada apa-apa kes jenayah, laporlah segera, tak kiralah kecil atau besar. Samada pencuri atau penjenayah dapat ditangkap itu perkara kedua.
Kalau ada lampu jalan tidak berfungsi laporlah segera Hotline TNB 15454, jangan lupa ambil nombor tiang.
Bilakah Malaysia akan Selamat, Aman dan Makmur ?