KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080529

Seminar Hafaz Al Quran Kaedah Jibril 14 Jun Seremban

Seminar Menghafaz Al Quran Kaedah Jibril
Tarikh : Sabtu , 14 Jun 2008
Masa : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Dewan S.U.K, Wisma Negeri, Seremban, N.Sembilan
Dikendalikan : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz , B.A (Hons) Al-Quran, U. Al-Azhar, Masters (Hons) Psychology, U.K.M , Pengasas Kaedah Jibril

Pakej seminar KAEDAH JIBRIL:
Buku kerja terperinci
Set bernilai tinggi : 40 soal-selidik, cara meningkatkan kualiti ibadah anda
Sijil penyertaan.
Termasuk sarapan pagi, makan tengah hari & minum petang.
Yuran penyertaan RM 85 sahaja

Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi Ustaz Anas Jalal Asnawi Al Hafiz 012-6670927 http://www.kaedahjibril.com

KAEDAH JIBRIL - Kaedah mudah menghafaz Al-Quran untuk Golongan Awam

Sertai seminar EKSKLUSIF berimpak tinggi yang akan membimbing anda langkah-demi-langkah untuk berhasil menghafaz surah idaman berpandukan Kaedah Jibril yang telah terbukti berkesan dan sangat praktikal!.....

Dicipta khusus untuk golongan awam yang sibuk 8-5 setiap hari!

Ketahui segala tips dan teknik rahsia mudah menghafaz surah Al-Quran dari pakar hafazan Al-Quran selama 16 tahun melalui KAEDAH JIBRIL -kaedah menghafaz Surah Al-Quran terbaru yang menjamin anda mampu menghafaz 10 surah popular, hanya dalam 6 bulan 2 minggu sahaja!

20080527

Vokalis Muadz Anak Jati Rembau

Mu'adz Dzulkefly http://muadzseekinglight.blogspot.com atau lebih dikenali sebagai Muadz adalah merupakan penyanyi nasyid solo yang sedang menempa nama di Malaysia dengan rentak yang kontemporari serta bersahaja. Muadz adalah merupakan anak jati Rembau. Semoga lebih ramai anak jati Rembau akan mengikut jejak anak-anak jati Rembau yang lain yang mencurah bakti di bumi Darul Khusus insyaAllah seperti YB Hj Taufek dan YB Khairy yang bangga menjadi anak Rembau.

20080524

Laman Web Aman Palestin Berwajah Baru

Sila kunjungi laman web NGO Malaysia iaitu Aman Palestin berwajah baru di http://www.amanpalestin.org

Majlis Tilawah Al Quran ke 51

Peringkat Negeri Sembilan
9 – 11 Jun 2008 , Isnin – Rabu
Jam 8 malam
Di Pusat Dakwah Islamiah Paroi

Penemuan Harta Karun di N.Sembilan

Negeri Sembilan mempunyai banyak khazanah umpama permata yang tidak digilap. Khazanah berbentuk fizikal dan spiritual. Negeri Sembilan sebenarnya mempunyai sejarah dakwah penyebaran Islam yang unik dan tersendiri , tetapi tidak diketahui umum, malahan oleh orang Negeri Sembilan sendiri.

Ini terbukti dengan terdapat banyak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan. Namun sayang , tiada usaha bersungguh-sungguh dari penduduk setempat mahu pun kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam untuk memakmurkan masjid ini apatah lagi untuk menjadikan masjid-masjid lama ini sebagai warisan peninggalan yang bersejarah yang masih utuh.

Masjid-masjid lama ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memperhebatkan usaha dakwah dalam membentuk masyarakat Islam yang bertamaddun. Ianya juga boleh dijadikan sebagai produk pelancongan Islam dengan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan lagi ekonomi di Negeri Sembilan.

Malahan para mahasiswa dan mahasiswi boleh menjadikan masjid-masjid di Negeri Sembilan ini sebagai bahan kajian atau thesis dalam pelbagai bidang antaranya senibina Islam, sejarah pengembangan Islam di Negeri Sembilan, industri pelancongan Islam dan sebagainya.

Negeri Sembilan mempunyai banyak “harta karun” yang tidak digilap. Peluang terbuka untuk kita semua. Program kembara dan jelajah masjid-masjid lama ini akan mendekatkan lagi para peserta dengan keindahan alam ciptaan Allah. Cuti-cuti di Negeri Sembilan sudah cukup, tak perlu pergi luar negara.

*******************
Masjid Chengkau Hulu
Masjid Chengkau Hulu terletak di Kampung Chengkau Ulu, Rembau, Negeri Sembilan. Masjid ini dibina secara gotong royong penduduk yang diketuai oleh Undang Luak Rembau, Dato' Haji Sail, pada tahun 1870. Pada masa ini masjid ini mempunyai 120 orang ahli kariah.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Chengkau_Ulu

Masjid Seberang Paya
Masjid Seberang Paya ialah sebuah masjid yang terletak di kawasan Kota, Rembau, Negeri Sembilan. Masjid ini pada asalnya mula dibina oleh Undang Luak Rembau Dato' Haji Sulong Ambia pada tahun 1915. Bagaimanapun hajat Dato' Haji Sulong ini tidak kesampaian kerana belum pun sempat masjid itu siap terbina telah berlaku ribut yang kencang di kawasan itu hingga menyebabkan roboh bangunan masjid ini. Bagaimanapun pada tahun 1918, sekali lagi Dato Haji Sulong dan orang-orangnya membina masjid ini sehinggalah terdirinya masjid ini. Pada masa ini masjid ini mempunyai kira-kira 200 orang ahli kariah.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Seberang_Paya

Masjid Nerasau
Masjid Nerasau adalah masjid yang tertua di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Ia dibina pada tahun 1834 secara gotong royong oleh penduduk-penduduk yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Rahman. Bilangan penduduk yang menggunakan masjid ini ketika itu hanya 80 orang. Pada masa ini, Masjid Nerasau mempunyai 300 orang ahli kariah.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Nerasau

Masjid Selemak
Masjid Selemak terletak di Kampung Selemak, Rembau, Negeri Sembilan. Dibina pada tahun 1844 ia adalah antara masjid yang tertua di Negeri Sembilan. Pada masa ini terdapat kira-kira 200 orang ahli kariah yang menggunakan masjid ini untuk solat berjemaah.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Selemak

Masjid Jamek Seremban
Seremban Jamek Mosque is an old mosque in Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. It is located on the corners of Jalan Yam Tuan and Jalan Dato' Bandar Tunggal. Its architectural style is old Malaccan mosque style.
http://en.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jamek_Seremban

Masjid Kuala Dulang
Kuala Dulang Mosque Situated at Kampung Peninjau, about 5 kilometre from Kuala Klawang town, this mosque is the oldest in Jelebu. It is believed to have been founded by Dato' Nika and Mudim Khatib Raja, two Muslim missionaries from Minangkabau, who came to spread Islam to Jelebu. The existence of Kampung Peninjau itself is also attributed to these two scholars. Kuala Dulang Mosque was originally a small hut where they sought shelter before becoming the centre of their activities. Established in Jelebu at the early stages of Islam in the 16th century, this old mosque has its own myth.According to the myth, a tray of food had appeared out of thin air in the mosque. The food never depleted, regardless of the number of congregation who ate there. This went on for a few years, until one day the tray just disappeared into thin air. The mystery still remains and it is from this that Kuala Dulang Mosque acquired its name - dulang meaning tray.Today this mosque is still very much operational. Although several renovations have been done, the simplicity of the original structure can still be seen. Walking into this old mosque, being enveloped by the sense of history that is common in old buildings, bowing down in prayer to the Creater, time and space will cease to matter.
http://www.tourismns.com.my/mtpn/index.php?option=com_content&task=view&id=35&Itemid=55

20080522

JAKIM dan Jabatan Agama Negeri perlu ada kaunseling “online”

Tidak dapat dinafikan teknologi maklumat melalui internet mencorak senario politik di negara ini. Internet juga boleh mencorak budaya masyarakat di negara ini. Masyarakat dewasa ini dilanda dengan pelbagai penyakit masyarakat antaranya gejala sosial, penagihan dadah, konflik rumahtangga, gejala akidah dan sebagainya.

Internet juga digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan, tipu daya dan sebagainya. Yang kerap menjadi mangsa adalah golongan yang lemah dan mudah terpdaya terutamanya para remaja dan golongan wanita.

Tidak dapat dinafikan pihak Jabatan Agama Islam serta Majlis Agama Islam telah pun mempunyai khidmat kaunseling secara konvensional. Akan tetapi dengan perkembangan teknologi terkini serta cabaran masa kini yang menyebabkan ramai para remaja hanyut dengan kelekaan dan kealpaan, tidak dapat tidak, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Majlis Agama Islam Negeri serta Jabatan Agama Islam Negeri haruslah mengambil inisiatif untuk mengadakan perkhidmatan kaunseling maya “online” secara percuma.

Pekhidmatan kaunseling maya ini adalah penting kerana budaya masa kini kita dapati golongan remaja kurang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dari para ustaz dan ustazah di masjid, surau atau pejabat agama. Mereka lebih gemar mendapatkan khidmat nasihat dari kawan-kawan mereka secara “online” melalui “chatting”, e-mel dan sebagainya.

JAKIM, Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam tidak seharusnya menumpukan usaha dakwah dan khidmat nasihat di masjid semata-mata. Mereka haruslah keluar dari kepompong pendekatan yang konvensional dengan mengikuti perkembangan teknologi masa kini, demi untuk menyelamatkan generasi umat Islam ketika ini yang hanyut dibawa arus pemodenan, hedonisma, hiburan melampau, pergaulan bebas dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan terdapat laman web Jabatan Agama Islam yang tidak dikemaskini dari masa ke semasa seperti laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan http://www.ns.gov.my/jabatan/jheins/ . Ini menunjukkan agensi kerajaan yang berkaitan untuk menjaga kepentingan umat Islam di negara ini tidak begitu bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga kepentingan umat Islam.

JAKIM dibawah kepimpinan menteri yang baru iaitu Dato Ahmad Zahid Hamidi haruslah mengorak langkah untuk mempelbagaikan lagi perkhidmatan untuk kepentingan umat Islam agar umat Islam di Malaysia ini dapat dijadikan contoh kepada penganut agama lain di negara ini secara khusus dan dunia secara amnya.

Direktori Usahawan, tahniah Melaka, takziah N.Sembilan

Dikala pelbagai pihak melaung-laungkan perjuangan Melayu, hak orang Melayu, membela nasib orang Melayu, tidak banyak pihak yang tampil ke hadapan yang menjalankan usaha untuk membantu golongan Melayu iaitu golongan bumiputera.

Tahniah diucapkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka yang akan menerbitkan buku Direktori Usahawan Melaka. Rujuk laporan Utusan Malaysia 21 Mei 2008 Utusan

Sememangnya direktori sebegini sepatutnya sudah lama ada di setiap negeri. Malah usaha mengadakan direktori ini bukan hanya setakat dibukukan dan diedarkan , ianya sepatutnya dimasukkan didalam pekhidmatan internet secara percuma juga.

Pelbagai pihak sepatutnya terlibat dalam menerbitkan direktori ini, barulah nasib usahawan bumiputera akan terbela. Pihak Majlis Agama Islam Negeri, pihak Dewan Perniagaan Melayu, Persatuan Pengguna Islam, MARA dan pelbagai agensi lain, individu, swasta sepatutnya terlibat untuk menerbitkan direktori ini.

Pernah beberapa tahun lalu pihak Pusat Zakat Negeri Sembilan menerbitkan direktori usahawan bumiputera yang meliputi setiap bidang perniagaan dari makanan, takaful, pakaian, bengkel kereta, kedai jahit dan sebagainya. Namun sekarang usaha tersebut telah terhenti sejak sekian lama.

Sekiranya direktori usahawan bumiputera ini dapat dibukukan dan diedarkan serta diwujudkan secara maya adalah mudah pengguna dan pembeli berinteraksi dan mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. Mana hendak cari kedai jahit baju melayu di Ampangan ? Mana hendak cari kedai kek Melayu di Tampin ? Mana hendak cari bengkel kereta Melayu di Bahau ? Mana nak cari kedai aksesori kereta Melayu di Rembau dan sebagainya ? Semua ini tidak dapat dicari sekarang ini baik secara “online” apatah lagi secara konvensional.

Semoga semua pihak yang melaung-laungkan agenda Melayu di Malaysia dan Negeri Sembilan khususnya , memikir dan bertindak secara serius untuk membela nasib usahawan dan pengguna Melayu.

20080521

Program DIBI Membantu Golongan Wanita

Program DIBI (Dari Ibu tunggal Buat Ibu bekerja) adalah merupakan satu program yang dirangka khusus untuk golongan wanita di Parlimen Rembau amnya dan di DUN Paroi khususnya. Program ini bertujuan untuk membantu ibu tunggal yang memerlukan sumber pendapatan serta membantu ibu yang bekerja untuk meringankan tugas menguruskan rumahtangga.

Dengan bayaran perkhidmatan RM10 satu jam untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh, melipat dan menggosok pakaian serta mengemas rumah pada hujung minggu.

Para ibu bekerja yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah hujung minggu yang terdiri di kalangan ibu tunggal ini bolehlah menghubungi :

Pn Norwani 013-3851202
Pn Zarina 013-3098779

Program DIBI dijangka dapat membantu ibu tunggal yang dianggarkan melebihi 100 orang di sekitar DUN Paroi.

Maklumat lanjut di Nurmutiara

20080520

Sektor Pelancongan N.Sembilan Perlu Di Reformasi

Sektor Pelancongan di Negeri Sembilan boleh dikatakan banyak ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Cuba layari Laman Web Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) http://www.tourismns.com.my/

Antara kelemahan yang terdapat dalam laman web MTPN ialah :

1. Tiada menu dalam Bahasa Melayu. Apakah pelancong dalam negeri tidak diberi keutamaan ?

2. Tiada peta lokasi tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan.

3. Tempat menarik mengikut daerah tidak dikemaskini seperti di Seremban , Port Dickson , Kuala Pilah , Rembau , Tampin , Jelebu

4. Tiada pautan (link) pada laman-laman web yang berkaitan dengan industri pelancongan di Negeri Sembilan seperti “Homestay” , Chalet , Industri Kraftangan dan Kampung , Rumah Penginapan Kerajaan dan Swasta , Hutan Rekreasi Jabatan Perhutanan , Hutan Rekreasi Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya.

5. Tiada maklumat lengkap mengenai kemudahan pengangkutan dan kemudahan awam yang terdapat di tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan

6. Program Pelancongan 2008 hanya dalam “table format”. Tidak dipromosi secara menarik, kreatif dengan kesan visual dalam laman web.

Semasa Program Jambori Unit Amal Negeri Sembilan di Gunung Datuk, Rembau baru-baru ini saya sempat bertukar-tukar fikiran dengan Encik Abdul Rahman yang mengendalikan Taman Rekreasi Gunung Datuk. Beliau mengakui masih banyak aspek perlu diperbaiki untuk meningkatkan sektor pelancongan di Negeri Sembilan ini.

Pelancongan berkait rapat dengan khazanaH alam semulajadi ciptaan Allah swt. Pelancongan juga berkait rapat dengan pemeliharaan alam sekitar menurut perspektif Islam. Pelancongan juga ada pertalian dengan seni budaya Islam melalui khazanah senibina masjid lama yang banyak terdapat di Negeri Sembilan ini , tetapi dibiarkan usang. Pelancongan juga adalah masa untuk kita merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. Pelancongan akan menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Orang Negeri Sembilan khususnya sepatutnya menghargai apa yang tedapat di Negeri Sembilan ini. Dalam perjalanan saya dari Rembau ke Port Dickson , melalui jalan Pedas – Linggi saya perhatikan seorang “Mat Salleh” berbasikal seorang diri dengan penuh muatan peribadi, menghargai suasana indah perjalanan melalui kampung-kampung, jalan bengkang bengkok, estet-estet yang saya kira susah kedapatan di negara asal mereka.

Tetapi sayang generasi kita masa kini tidak menghargai semua ini, mereka lebih suka berhibur, melepak di pusat membeli belah , merempit dan sebagainya.

Justeru semua pihak di Negeri Sembilan ini harus secara serius mempromosikan dan menambah baik segala kemudahan berkaitan pelancongan, bermula dari Menteri Besar hinggalah ke rakyat jelata.

Semasa kami berjambori di Rembau ada orang Rembau sendiri yang dah 50 tahun membesar di Rembau tidak tahu bahawa Hutan Rekreasi Gunung Datuk begitu menarik, sedangkan pada hari Jambori tersebut terdapat rombongan belia dari Singapura mengadakan aktiviti “outdoor’ di Gunung Datuk.

Begitu juga dengan aktiviti menyusuri sungai. Kenapa perlu pergi ke bandar Melaka, sedangkan di Sungai Timun, Rembau pun terdapat aktiviti menyusuri sungai yang lebih menarik dengan pemandangan bakau semulajadi dan melihat kunang-kunang (kelip-kelip) pada waktu malam.

Laman Web Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) http://www.tourismns.com.my/ perlu diperbaiki dan dikemaskini. Menu Bahasa Melayu sepatutnya diadakan. Kelemahan-kelemahan yang diutarakan pada awal artikel ini haruslah diberi perhatian untuk diperbaiki.

CINTAILAH NEGERI SEMBILAN
PELIHARALAH KHAZANAH ALAM CIPTAAN ALLAH .
Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut

Program Jati Diri Remaja 27-28 Mei Senawang

Program Jati Diri Dan Motivasi Anak Soleh
Tarikh : 27 - 28 Mei 2008 (Selasa 8:30 pg - Rabu 4:30 ptg)
Tempat: Kelas Tahfiz Al-Quran & Fardu Ain Ar-Rayyan, 382, Lorong Desa Melor 2/4, Taman Desa Melor, Senawang
Peserta : 10 Tahun - 17 Tahun
Bayaran: RM 70.00

Aturcara Menarik !
- Cara-cara mengendalikan rawatan kecemasan dan kemalangan kecil (First Aid & CPR) - Bagaimana menghadapi situasi diluar jangkaan seperti sesat, diculik, diragut atau dirompak
- Membina keyakinan dan jati diri dalam sesi "Team Building" serta muhasabah diri oleh motivator Encik Mohd Fadzil bin Pardi
- Berkongsi pengalaman bersama pelajar cemerlang, adik Siti Sarah bt. Hj. Mustaza yang mendapat 14A dalam peperiksaan SPM 2007.
- Ceramah motivasi "Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga, Kasihnya Ayah Sepanjang Masa" oleh Kaunselor (MAINS) Ustaz Norazman bin Amat.

Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut hubungi Puan Mintom 019-333 8469 atau Rushdi Baharum 012-3927581
Laman web http://tahfiz-arrayyan.blogspot.com

20080515

N.Sembilan perlu contohi Melaka tangani perumahan terbengkalai

Berapa banyak projek perumahan terbengkalai di N.Sembilan ? Di daerah Rembau, Tampin, Port Dickson, Kuala Pilah, Mantin dan lain-lain tempat di negeri ini ? Mungkin boleh ditanya semasa Sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang. Ulasan lanjut di Terbengkalai

Nak tahu negeri mana paling banyak ternak babi ?

Nak tahu berapa banyak babi yang diternak di negeri-negeri di Malaysia ? Berikut data yang diperolehi dari laman web Jabatan Perkhidmatan Haiwan JPHPK

Populasi Ternakan Babi Di Malaysia Tahun 2007

1. Perak 489,090
2. Pulau Pinang 296,230
3. Johor 294,810
4. Selangor dan Wilayah Persekutuan 264,510
5. Melaka 150,870
6. Pahang 6,560
7. Kedah 3,230
8. N.Sembilan 1,200
9. Perlis 1,050
10. Kelantan 680
11.Terengganu 0

20080512

Hang Tuah , keturunan Melayu atau Cina ?

Melihatkan banyak masjid-masjid lama di Melaka bercirikan keunikan senibina China , terdetik dalam hati ini, adakah orang-orang Cina dari Tanah Besar China yang telah mengembangkan syiar Islam di Melaka ? Cerita lanjut di http://ibnuhasyim.blogspot.com/2007/05/masjid-cina-pembongkaran-kecinaan.html

Masjid tertua di Malaysia pula ialah Masjid Kampung Hulu di Melaka yang bercirikan senibina China yang masih digunakan.



http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu

20080511

Teks Khutbah sempena Palestin dijajah dan dizalimi

Berikut ialah teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Dr Zainurrashid Zainuddin , Perinding AMAN Palestin sempena ulangtahun ke 60 negara berdaulat Palestin dijajah dan rakyat Palestin dizalimi. Dr Zainurrashid menyeru kepada khatib-khatib masjid di seluruh Malaysia agar memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia ini semasa Khutbah Jumaat 16 Mei 2008. Doa kami untuk mu rakyat Palestin.

MEMPERINGATI 60 TAHUN NAKBAH DI PALESTIN

الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلا عُدْوَانَ إلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ, أشْهَدُ أنْ لاَ إلهَ إلاّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، وَأشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّنَا محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، بَلَّغَ الرِّسَالَةَ، وَأدَّى الأمَانَةَ، وَنَصَحَ الأُمَّةَ، وَدَعَا إلَى سَبِيْلِ رَبّهِ بِالْحِكْمَةِ وَالْمًوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ، وَجَاهَدَ فِي سَبِيْلِ اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ، - فَجَزَاهُ اللهُ عَنَّا وَعَنِ الْمُسْلِمِيْنَ خَيْرَ الْجَزَاءِ -. أللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أمَّا بَعْدُ، فيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

أعُوْذُ باللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم. بسم الله الرحمن الرحيم.


Maksudnya:
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Isra’: 1)

Sidang Jumaat rahimahullah,
Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan Qiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah di buka oleh Amirul Mu’minin Sayyidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka.

Sidang Jumaat rahimahullah,
60 tahun Nakbah.. Itulah istilah yang sentiasa bermain di bibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis, mereka merayakan angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah 6 dekat kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang didakwa sebagai ‘bumi yang dijanjikan (أرْضُ الْمِيْعَاد)’ untuk kaum mereka. Manakala umat Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah 6 dekat bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam `bumi perjuangan (أرْضُ الرِّبَاط) ini.

`Nakbah’ mungkin merupakan satu istilah yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. `Nakbah’ bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala `Nakbah Palestin’ merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.


Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang haram Yahudi.

Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.

Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Sidang Jumaat rahimahullah,
Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70.000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah. Tetapi kini, dimanakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Di manakah Umar, sebagai pembuka Palestin?. Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.

Sidang Jumaat rahimahullah,
Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayyidina Isa a.s. Walau bagaimana pun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah s.w.t.

Maksudnya:
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya , tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)… (Surah al-Nisa’: 157)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:

PAKSI PENGETAHUAN

1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.

2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.

3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.

4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.
5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidak pedulian orang Islam dan arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.

6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap لا حول ولا قوة إلا بالله (tiada daya dan upaya melainkan milik Allah) dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.

7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.

PAKSI MAKNAWI (JIWA)

1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah s.w.t. serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.

2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.

3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyyah’ sama ada untuk individu maupun masyarakat.
4. Perlunya `nafas panjang’ tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu `jalan pengislahan’ juga memerlukan tempoh.

PAKSI AMALI / PRAKTIKAL

1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (zionis) dan juga pendokong mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.

2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu resmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.

3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serbaguna atau sebagainya.

4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

Sidang Jumaat rahimahullah,
Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


Maksudnya:
Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Dawud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau. (Surah al-Maidah: 78)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِيْ وَإيَّاكُمْ بِالآيَاتِ والذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلْ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.
أَقُوْلُ قَوْلَ هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

20080510

Peneroka di Serting menjaga 3 anak OKU sejak 26 tahun

Sempena Hari Ibu baca kisah benar ini, bagaimana peneroka di Serting memelihara 3 orang anak kurang upaya sejak 26 tahun yang lalu. Cerita lanjut di Blog ADUN Paroi YB_Hj_Taufek

Sektor Pelancongan N.Sembilan perlu contohi Melaka

Bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia. Hujung minggu yang lalu kami sekeluarga telah menghabiskan separuh cuti hujung minggu di Melaka. Bukannya di Negeri Sembilan ini tiada tempat untuk pelancongan, cuma anak-anak merasakan promosi semasa membuatkan persepsi orang ramai Melaka mempunyai lebih banyak tempat menarik yang sesuai dilawati bersama keluarga.

Sebelah malamnya kami sekeluarga menaiki bot menyusuri Sungai Melaka selama lebih kurang 45 minit. Pada sebelah siangnya kami melawat Bandar Hilir, Menara Taming Sari, Muzium Samudera, Muzium Tentera Laut dan Pasar Budaya.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Kompleks Al Khawarizmi, Masjid Tanah sempena Hari Falak/Astronomi peringkat negeri Melaka.

Syabas diucapkan kepada sektor pelancongan di negeri Melaka. Banyak yang perlu dipelajari oleh kerajaan Negeri Sembilan untuk memajukan sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Antaranya ialah kita boleh lihat bagaimana beberapa agensi kerajaan di Melaka bekerjasama untuk memajukan sektor pelancongan di sana. Seperti kerjasama antara Muzium Samudera dan Muzium Tentera Laut. Dengan pembelian satu tiket di Muzium Samudera bolehh digunakan untuk masuk ke Muzium Tentera Laut.

Begitu juga dengan Majlis Agama Islam Melaka dimana masjid-masjid lama di sepanjang jalan utama dipelihara keunikannya serta dipasang bendera Melaka, bendera Malaysia dan bendera hijau dengan tulisan kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH yang saya rasa tidak terdapat di negeri lain.

Dalam fikiran saya kenapalah kurang promosi pelancongan di Negeri Sembilan ini sedangkan di Negeri Sembilan ini tidak kurang juga hebatnya kawasan bersejarah, kawasan rekreasi yang bukan sahaja orang luar Negeri Sembilan tidak tahu malah orang dalam Negeri Sembilan sendiri pun tidak tahu. Mereka selama ini hanya dimomokkan dengan aktiviti pelancongan di Port Dickson.

Disebabkan kurangnya promosi pelancongan di Negeri Sembilan ini maka ada beberapa pihak yang mengambil inisiatif sendiri untuk mewujukan laman Blog untuk mempromosikan sektor pelancongan di Negeri Sembilan ini seperti http://ziarahn9.blogspot.com/

Adalah diharapkan kerajaan Negeri Sembilan dapat mencontohi usaha mempromosi produk pelancongan di Negeri Sembilan ini serta mempertingkatkan infrastruktur serta kemudahan awam di beberapa tempat menarik di Negeri Sembilan ini dan tidak tertumpu di Port Dickson sahaja.

Bengkel Aqidah dan Solat 25 Mei Senawang

BENGKEL AQIDAH DAN SOLAT
Khusus untuk remaja berumur 9 tahun ke 18 tahun
AHAD 25 Mei 2008
8 pagi – 6 petang
Di Surau Taman Alamanda , Senawang
Fasilitator : Al Fadzil Ustaz Norazman Mohamad ( Pengasas Kaedah Easy Solat)

Yuran RM 30 (termasuk makan tengahari, minum pagi/petang, fail dan kertas kerja)

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi :
Ustaz Mohd Anas Al Hafiz 012-6670927
Ustazah Maizatul 012-6417664

Objektif :
- Membina pertahanan diri daripada dipengaruhi budaya negatif (gejala sosial)
- Menanam kecintaan kepada agama
- Mencetuskan azam menjadi remaja soleh dan solehah
- Melahirkan remaja cemerlang dan berakhlak mulia
- Melahirkan remaja pemangkin generasi akan datang

20080508

Peluang Keemasan Sekolah N.Sembilan Laman Web Percuma

Terbaru! Suntikan Teknologi Ke Sekolah-sekolah

Portal Web amat penting sekarang ini agar guru, ibu bapa, pelajar dapat bertukar-tukar maklumat untuk mengikuti perkembangan semasa sekolah serta memberi pandangan dan pendapat untuk membina pelajar yang bersahsiah tinggi

Semua Sekolah Layak Menerima Portal Dengan Menghantar Seorang Guru atau Kakitangan (Min) Untuk 1 Hari Kursus Membina Dan Menyelenggara SECARA PERCUMA

Percaya atau tidak dengan mengikuti kursus selama 4 jam, tanpa pengetahuan membuat laman web sebelum ini, terus boleh buat laman web. Sekarang sesiapa sahaja boleh membuat laman web cukup dengan pengetahuan Microsoft Word atau Word Processor sahaja.

CONTOH
1. PORTAL WHIZZ DI SEKOLAH
http://www.sek1.dsekolah.edu.my (Panel Asal/Kosong)

2. CONTOH PORTAL-PORTAL SEKOLAH YANG TELAH SIAP
http://www.tigsbestari.edu.my/
http://www.sdbl.edu.my

3. CONTOH PORTAL PPD YANG TELAH SIAP
http://www.ppdkluang.net.my/

Nak tahu lebih lanjut hubungi
Kuntum Teknologi
Lot 15, Tingkat Atas, Bazaar MAINS, Jalan Dato Abdul Rahman, 70000 Seremban, N.S.
http://www.kuntum.whizzfx.com
Tel/Fax : 06-7643626 atau 013-6367565 / 013-3407565 Azian atau 014-2698223 Izan

Kem Remaja Muslim 23-25 Mei Port Dickson

KEM REMAJA MUSLIM 2008 - TEMA : “Kenali Ilahi , Unggul Peribadi”
Tarikh : 23, 24 & 25 Mei 2008 (Jumaat – Ahad)
Tempat : PD Sanctuary (Ixora Permai) dan Kem Survival, Komplek UNITI, Tanjung Agas, Port Dickson, N.Sembilan

Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan (13-17 tahun)
Anjuran : Kelab Remaja ISMA (KRIM) , N.Sembilan
Yuran hanya RM 70

Hubungi :
Ustazah Wan Zaimah 019-6813634 uzaimah@yahoo.com.my
Norhelmi 019-2445736 ibnujamil@yahoo.com
Razman 019-6531756
Pn Kaslawati 019-6230101 anaksemut2003@yahoo.co.uk
Pejabat KRIM, No 32A, Jalan Bunga Raya 9, Senawang Business Centre, Taman Tasik Jaya, 70450 Seremban. Tel : 06-6781796

Bawa bersama : Keperluan Peribadi, Pakaian Sukan, Kasut, Al Quran, Al Mathurat dan Pakaian Sembahyang

Remaja lelaki (putera) akan berkhemah di Kem Survival, Komplek UNITI, Pasir Panjang bermula pada petang 24 Mei 2008

OBJEKTI PROGRAM
1. Melatih peserta untuk memahami dan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup
2. Memantapkan aqidah Islamiah dan menanamkan nilai-nilai akhlak yang baik dalam diri setiap individu
3. Membentuk hubungan persaudaraan dan mengukuhkan lagi ukhuwwah Islamiah di kalangan remaja Islam
4. Memantapkan jatidiri remaja muslim supaya boleh berdikari, berdisiplin & bekerjasama di kalangan peserta
5. Memperkenalkan KRIM kepada peserta dan disebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan lain

TENTATIF PROGRAM

Jumaat 23 Mei
6 ptg – Pendaftaran
6.30 mlm – Makan malam
7.30mlm – Solat Maghrib / Al Mathurat
8 mlm - Taklimat
8.30 mlm – Solat Isya
9 mlm – “Ice Breaking”
11 mlm – Minum
11.15 mlm – Al Quran

Sabtu 24 Mei
4.45 pg – Qiamullail
6 pg – Solat Subuh / Al Mathurat
6.30 pg – Kuliah Subuh
7 pg – Riadah
7.30 pg – Sarapan
8.30 pg – Pengisian 1
10 pg – Minum
10.30 pg – Pengisian 2
1 tgh – Makan tengahari / Solat Zuhur
2.15 ptg – “Outdoor”
4.15 ptg – Minum
4.45 ptg – Solat Asar / Al Mathurat
5.30 ptg – Pasang khemah (Putera), Pulang ke Ixora (Puteri)
6.30 mlm – Makan Malam
7.30 mlm – Solat Maghrib / Kuliah / Solat Isya
9 mlm – Pengenalan KRIM
9.30 mlm – Malam Kesenian Islam
11 mlm – Al Quran

Ahad 25 Mei
4.45 pg – Qiamullail
6 pg – Solat Subuh / Al Mathurat
6.30 pg – Explorasi Remaja Harapan
7.30 pg – Sarapan
9.30 pg – Pengisian 3
11.30 pg – Rumusan / Penutup
1 tgh – Makan tengahari / Salam Ukhuwwah


LOKASI PROGRAM . Sila klik peta

20080507

ADUN N.Sembilan tak tempah baju, jimat RM22,500

Ada YB YB di N.Sembilan tak tempah baju rasmi supaya kerajaan negeri dapat jimat RM22,500. Cerita lanjut di Blog ADUN Paroi YB_Hj_Taufek

Sejak bila Dato Ibrahim Ali minat bidang angkasa lepas ?

Menarik sekali, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato Ibrahim Ali amat berminat dalam program pembangunan pesawat angkasa suborbital bagi tujuan pelancongan angkasa. Berita lanjut di IKAMSPACE

20080506

Kuliah Pendinding Diri , Penerang Hati 17 Mei Tampin

WACANA ILMU BICARA ADDIN
1. Diskusi Buku 50 Amalan Pendinding Diri, Keluarga dan Kediaman
2. Pembentangan Kertas Kerja Amalan Penerang dan Pelembut Hati

Penceramah : Ustaz Hanif Ghazali az-Zubaidiyyah
Tarikh : Sabtu 17 Mei 2008
Masa : 8 pagi – 2:30 ptg
Tempat : Dewan Perbandaran Tampin , N.Sembilan

Bayaran pendaftaran RM 15 sahaja
Ijazah akan diberikan

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
Ustaz Abdul Ghani 012-6761187
Ustaz Mazlan 019-6637340
Encik Yazid 013-6203460.

Kuliah Bulanan Presiden TERAS

Kupasan Kitab Riyadhus Sholihin
Oleh Tn Hj Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Sabtu 17 Mei 2008
Selepas Solat Maghrib Jam 7:30 mlm
Di Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang

Adik ini perlu bantuan untuk pembedahan

Merujuk pada berita sebelum ini, setakat ini kutipan orang ramai sekitar RM1000, perlukan sekitar RM5000 lagi untuk pembedahan adik Khairul. Pembedahan untuk membuang tumor tersebut akan dijalankan pada 8 Mei 2008.

Berita sebelum ini : -
Dari Blog ADUN_Paroi:
Bantuan untuk pembedahan tumor di kepala adik Khairul Ikhwan bin Kamarulzaman boleh disalurkan terus ke akaun ayahnya Kamarulzaman bin Mohamad , Bank Islam , No Akaun 05012020484086


Dari Blog RHI
Adik Khairul Ikhwan bin Kamarulzaman, 7 tahun dari Senawang, N.Sembilan perlu menjalani pembedahan tumor di kepala dengan anggaran kos RM6000. Ayah bekerja sendiri sebagai pemotong rumput dengan pendapatan sekitar RM650 dan mempunyai 4 orang anak. Adik Khairul dinasihatkan tidak hadir ke sekolah kerana dibimbangi boleh menyebabkan kecederaan.

20080505

Sambutan Hari Falak 10-11 Mei Melaka

Ini peluang keemasan, bawa anak-anak anda bersama menerokai angkasa lepas secara percuma. Ya , percuma.

HARI FALAK / ASTRONOMI 2008
10 – 11 MEI 2008 , Sabtu (8:30 pg – 10 mlm) – Ahad (8:30 pg – 3:30 ptg)
Di Kompleks Falak Al Khawarizmi , Tanjung Bidara , Melaka

Antara acara menarik :
- Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket
- Pameran Astronomi
- Pop Kuiz Hari Falak
- Ceramah oleh Mejar Dr Faiz , Angkasawan Negara
- Tayangan 3D dan Planetarium
- Makmal Maya
- Tayangan Filem dan banyak lagi

Maklumat lanjut hubungi :
Kompleks Falak Al-Khawarizmi , Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara , 78300 Alor Gajah, Melaka
Tel : 06-3842148 (Kompleks Falak)/ 06-2847920 (Jabatan Mufti Melaka)
Faks : 06-384 2126 (Kompleks Falak) / 06-2848144 (Jabatan Mufti Melaka)
Email : jkmmufti@tm.net.my
Laman Web : http://www.al-azim.com/khawarizmi

Maklumat lanjut program di SINI

Peta ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi di SINI

Pertandingan Kebersihan Warga Seremban 2008

Majlis Perbandaran Seremban akan mengadakan Pertandingan Kebersihan Taman Perumahan dan Kampung untuk meningkatkan kerjasama dan penglibatan penduduk dalam menjaga kebersihan dan persekitaran mereka bermula 31 Mei 2008 hingga 31 Disember 2008

Ianya bertujuan untuk mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang sihat dan selesa , dan meningkatkan kesedaran penduduk berhubung wabak penyakit dan ancamannya.

Untuk kebaikan kita bersama adalah disarankan kepada semua penduduk agar mempastikan kebersihan, keindahan dan keceriaan kediaman dan persekitaran kita antaranya :
1. Mempastikan jalan termasuk lorong belakang bersih tiada sampah-sarap dan rumput panjang.
2. Tiada vandalisma terhadap kemudahan awam seperti lampu jalan, papan tanda dan sebagainya.
3. Parit dan longkang bersih dan tidak ada sampah sarap
4. Padang permainan dan kawasan perniagaan tidak ada sampah sarap atau barang buangan
5. Surau dan kedai dijaga dengan bersih serta diselenggara dengan baik.
6. Pokok bunga di dalam kawasan rumah sentiasa dijaga dengan baik.
7. Rumah kosong dijaga dengan baik serta rumput dipotong
8. Tidak terdapat halangan dan vandalisma pada pili-pili bomba
9 Pembuangan sampah secara teratur di setiap rumah, menggunakan karung plastik dan tong sampah bertutup
10. Tidak berlaku pembakaran secara terbuka.
11. Tidak terdapat kereta buruk diletakkan di bahu jalan atau lorong belakang

KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
KEBERSIHAN , KECERIAAN DAN KEINDAHAN BERMULA DARI DIRI KITA SENDIRI , KELUARGA KITA DAN RUMAH KITA
NEGERI SEMBILAN BERSIH , CERIA DAN INDAH

20080503

Pembeli rumah di Parlimen Rembau tiada pembelaan

Mungkin ramai antara kita tidak pernah dengar nama Titian Bintangor, adakah ianya nun jauh di pedalaman di Sarawak ? Tidak ianya terletak di DUN Kota , Parlimen Rembau.

Kisahnya bermula pada 1 November 2003. Ianya adalah merupakan Projek Perumahan Desa Indah dimana pemajunya ialah PDS Properties Sdn Bhd , Tamun Maluri, Kuala Lumpur dan kini alamat pemajunya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Projek Perumahan Desa Indah sekiranya siap mempunyai 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah.

Ibrahim bin Mahat 38 tahun adalah salah seorang daripada pembeli rumah yang rata-ratanya orang Melayu yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari mana-mana pihak. Beliau dan isteri telah menghabiskan wang simpanan lebih RM 11,000 sebagai wang pendahuluan rumah idaman mereka. Rumah yang berharga RM 44,500 itu sepatutnya siap dalam masa 2 tahun iaitu pada November 2005. Namun kali terakhir surat yang diterima daripada pihak pemaju ialah pada 12 September 2005 yang menyatakan rumah beliau pada saat itu adalah 35% siap.

Namun begitu Ibrahim sedikit bernasib baik kerana beliau belum membuat pinjaman perumahan justeru itu beliau tidak dibebankan dengan bayaran bulanan daripada institusi kewangan. Menurut beliau ada antara pembeli-pembeli yang terpaksa membayar pinjaman bank, ada yang telah diambil tindakan mahkamah , ada yang telah menerima tunggakan cukai tanah dan pelbagai cerita lain.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pembeli-pembeli di Lubuk Cina, Mukim Titian Bintangor, Daerah Rembau dalam DUN Kota dan Parlimen Rembau ini. Namun sehingga ke saat ini tiada siapa yang mendengar keluhan mereka. Apakah ianya satu tempat yang kita jarang dengar namanya dan tidak jumpa dalam peta mereka ini disisihkan daripada mendapat pembelaan, walaupun mereka ini adalah anak jati Malaysia, anak jati Negeri Sembilan , anak jati Rembau ?

Siapakah yang akan membela nasib mereka ini ? Mereka yang sudi membantu nasib pembeli-pembeli rumah ini bolehlah menghubungi :

Ibrahim bin Mahat
No 6, Blok A, Rumah Rakyat Lubok Cina
71150 Linggi, N.Sembilan
Tel : 012-6091341

Imam Masjid pun boleh jadi “webmaster” di N.Sembilan

Percaya atau tidak Imam Masjid Sikamat, Seremban, N.Sembilan boleh menjadi membuat laman web dan menjadi laman web Masjid Sikamat. Tak percaya ? Lihat sendiri di http://www.sikamat.masjidnegerisembilan.com . Percaya atau tidak beliau hanya mengikuti kursus selama 4 jam, tanpa pengetahuan membuat laman web sebelum ini, terus boleh buat laman web.

Sekarang sesiapa sahaja boleh membuat laman web cukup dengan pengetahuan Microsoft Word atau Word Processor sahaja. Dan latihan 4 jam cukup. Dan kos tidak sampai RM 500.

Dan lagi sekarang ini ada tawaran khas untuk sekolah-sekolah dan masjid-masjid di N.Sembilan ini ianya adalah percuma untuk setahun.

Malah jabatan kerajaan seperti JKR, JBA, Jabatan Agama, PBT dan banyak agensi lain boleh melantik kerani sahaja sebagai pengendali laman web tanpa pengetahuan komputer yang tinggi atau pakar IT.

Juga kepada mereka yang ingin memasarkan produk juga boleh membuat laman web ini dengan cara mudah, tanpa perlu melalui orang ketiga.

Nak tahu lebih lanjut hubungi
Kuntum Teknologi
Lot 15, Tingkat Atas, Bazaar MAINS, Jalan Dato Abdul Rahman, 70000 Seremban, N.S.
http://www.kuntum.whizzfx.com
Tel/Fax : 06-7643626 atau 013-6367565 / 013-3407565 Azian atau 014-2698223 Izan

GEN 2 2005 hanya RM 26000

GEN 2 (kelabu) 2005 , 1.3 (auto) , “mileage” rendah
RM 26,000 Hubungi Sazali 012 2487646 (Beranang, Selangor)

WIRA (dark grey) Okt 2001 , 1.3 (manual) , “accident free” , “mileage” rendah
RM10,000 (atau tawaran tertinggi) , Hubungi Zuhairi 019 320 8809 (Seremban)

Konvensyen Belia Negeri Sembilan 8 Mei Paroi

Konvensyen Belia Negeri Sembilan sempena Hari Belia Negara pada:

Tarikh : 8 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 8 pg – 1tgh
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Paroi , Seremban

Tentatif:
8 pg - Pendaftaran

8.45 pg - Sidang 1:
a.) Puan Nisah Haron (Novelis dan Blogger) - "Dunia Siber: Fakta atau Fitnah".
b.) Encik Uthaya Sankar S.B. (Personaliti RTM dan Penulis) - "Perpaduan rakyat Malaysia, Satu Mitos atau Harapan".
c.) Encik Nizal Mohamad (Aktivis Masyarakat dan Bekas Personaliti TV3) - "Gaya Hidup baru Remaja Malaysia,Realiti Disebalik Remang Kota".
Moderator : Jufitri bin Joha, Setiausaha Agung Majlis Belia N.Sembilan & Exco ABIM Pusat

11pg - Bengkel
1tgh - Penutup

Semua belia dan beliawanis di bawah 40 tahun dijemput hadir.
Maklumat lanjut hubungi : Jufitri Joha , SUA Majlis Belia N9 , jufitri1979@yahoo.com

20080501

10 Soalan Berkenaan Program Angkasawan

30 April 2008

YB Ahli-Ahli Parlimen yang berkenaan,

10 SOALAN BERKENAAN PROGRAM ANGKASAWAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Berikut adalah 10 soalan yang dicadangkan agar dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen yang berkenaan kepada kerajaan Malaysia amnya dan Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi khususnya semasa persidangan parlimen:

1. Kerajaan kerap menyatakan bahawa hasil utama program angkasawan adalah peningkatan minat dalam bidang sains angkasa di kalangan orang awam. Bagi membuktikan kenyataan itu, bolehkah kerajaan mengemukakan statistiks minat orang awam terhadap sains angkasa sebelum dan selepas penghantaran angkasawan ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS)?

9 soalan seterusnya pada pautan berikut IKAMSPACE

Kursus Intensif Hafazan Al-Quran Siri Ke-2

TARIKH : 27hb Mei 2008 - 03hb Jun 2008
HARI : Selasa - Selasa
MASA : 4.30 petang - 06.30 petang
TEMPAT : Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah, Seremban, Negeri Sembilan

YURAN : RM 150.00 (termasuk makan & penginapan)

Maklumat lanjut di http://www.saidiyyah.com/kursus.html