KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080510

Sektor Pelancongan N.Sembilan perlu contohi Melaka

Bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia. Hujung minggu yang lalu kami sekeluarga telah menghabiskan separuh cuti hujung minggu di Melaka. Bukannya di Negeri Sembilan ini tiada tempat untuk pelancongan, cuma anak-anak merasakan promosi semasa membuatkan persepsi orang ramai Melaka mempunyai lebih banyak tempat menarik yang sesuai dilawati bersama keluarga.

Sebelah malamnya kami sekeluarga menaiki bot menyusuri Sungai Melaka selama lebih kurang 45 minit. Pada sebelah siangnya kami melawat Bandar Hilir, Menara Taming Sari, Muzium Samudera, Muzium Tentera Laut dan Pasar Budaya.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Kompleks Al Khawarizmi, Masjid Tanah sempena Hari Falak/Astronomi peringkat negeri Melaka.

Syabas diucapkan kepada sektor pelancongan di negeri Melaka. Banyak yang perlu dipelajari oleh kerajaan Negeri Sembilan untuk memajukan sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Antaranya ialah kita boleh lihat bagaimana beberapa agensi kerajaan di Melaka bekerjasama untuk memajukan sektor pelancongan di sana. Seperti kerjasama antara Muzium Samudera dan Muzium Tentera Laut. Dengan pembelian satu tiket di Muzium Samudera bolehh digunakan untuk masuk ke Muzium Tentera Laut.

Begitu juga dengan Majlis Agama Islam Melaka dimana masjid-masjid lama di sepanjang jalan utama dipelihara keunikannya serta dipasang bendera Melaka, bendera Malaysia dan bendera hijau dengan tulisan kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH yang saya rasa tidak terdapat di negeri lain.

Dalam fikiran saya kenapalah kurang promosi pelancongan di Negeri Sembilan ini sedangkan di Negeri Sembilan ini tidak kurang juga hebatnya kawasan bersejarah, kawasan rekreasi yang bukan sahaja orang luar Negeri Sembilan tidak tahu malah orang dalam Negeri Sembilan sendiri pun tidak tahu. Mereka selama ini hanya dimomokkan dengan aktiviti pelancongan di Port Dickson.

Disebabkan kurangnya promosi pelancongan di Negeri Sembilan ini maka ada beberapa pihak yang mengambil inisiatif sendiri untuk mewujukan laman Blog untuk mempromosikan sektor pelancongan di Negeri Sembilan ini seperti http://ziarahn9.blogspot.com/

Adalah diharapkan kerajaan Negeri Sembilan dapat mencontohi usaha mempromosi produk pelancongan di Negeri Sembilan ini serta mempertingkatkan infrastruktur serta kemudahan awam di beberapa tempat menarik di Negeri Sembilan ini dan tidak tertumpu di Port Dickson sahaja.