KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080626

Ceramah Palestin Bumi Anbiya 27 Jun Seremban

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke majlis :

CERAMAH PERDANA
Tajuk : “Palestin , Bumi Anbiya Yang Dijajah”
Penceramah : Dr Zainurrashid Zainuddin – Perunding Aman Palestin
Tarikh : Jumaat 27 Jun 2008
Masa : 8 malam
Tempat : Masjid Negeri , Seremban

20080622

Siapa nak jadi Wakil Rakyat dengan elaun/gaji RM5000 ?

Nak ke kita jadi Wakil Rakyat dengan elaun/gaji lebih kurang RM 5000 sebulan ? Kalau di DUN Paroi ni pengundinya saja sekitar 20,000 orang, penduduknya mungkin ada 100,000 orang, rumahnya mungkin ada 20,000 rumah. Kalau tiap-tiap hari melawat satu rumah mengambil masa 55 tahun. Setiap hari pula mungkin ada 5 ke 10 orang datang mengadu perlukan bantuan, anak tak sekolah, bil air tak dapat bayar dan macam-macam lagi masalah.

Nak ke kita jadi wakil rakyat , tambahan pula di Negeri Sembilan ini , elaun untuk membuka Pusat Khidmat Masyarakat RM 1,500 ditarik balik oleh Kerajaan Negeri Sembilan ? Dahlah elaun RM 5,000 tolak RM 1,500 untuk pengurusan Pusat Khidmat tinggal RM 3,500. Siapa yang nak jadi wakil rakyat dengan RM 3,500 di Negeri Sembilan ini, itu sahaja sumber pendapatan mereka. Nak berniaga tak ada masa, sebab hampir setiap hari kalau tidak melawat kawasan, orang ramai akan datang mengadu.

Dengan RM 3,500 untuk wakil rakyat tanpa bantuan dari sesiapa sudah pasti tak ada siapa nak jadi wakil rakyat di Negeri Sembilan ini.

Lebih baik jadi Jurutera di kilang dari jadi wakil rakyat, ada banyak masa bersama keluarga. Lebih baik jadi pengurus bank dari jadi wakil rakyat, ada masa balik kampung jumpa emak ayah. Lebih baik jadi guru dari jadi wakil rakyat, dapat tengok perkembangan pembelajaran anak-anak.

Tetapi kenapa orang berebut jadi wakil rakyat dengan hanya RM 3,500 ? Bukannya jadi wakil rakyat ni boleh berniaga. Bukannya jadi wakil rakyat ini dapat keistimewaan dapat projek, dapat pasir, dapat balak, dapat rumah murah dan sebagainya. Kenapa nak juga jadi wakil rakyat ? Tambahan pula di Negeri Sembilan ?

Nampak sampah, kutip, jual

Ini hasil saya selepas mengemas setor rumah semalam. Sampah-sampah dikutip, diasingkan untuk dijual di pusat kitar semula. Setor kemas dan bersih, sampah boleh dijual lepaslah duit minyak sikit.

Minggu ni selepaskan mengamalkan tip penjimatan minyak seperti tidak menggunakan penghawa dingin pada waktu pagi dan malam, berjalan kaki ke surau, bawa kereta tidak melebihi RM 80 km/j, angin tayar cukup, Alhamdulillah hasilnya dengan RM 30 cukup untuk pergi sekali ulang alik dari Senawang ke Bongek ke Lubuk China, ke Gadong dan balik ke Seremban, serta menghantar anak ke sekolah setiap hari serta sebelah malamnya ke tusyen. Ia Alhamdulillah RM 30 cukup untuk seminggu melakukan semua perkara di atas.

Jimat jimat juga. PROTES tetap sokong 6 Julai 2008.

Masih Ada Nasi Lemak RM1 di Senawang

Tidak semua peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga makanan semata-mata kerana harga minyak dan harga barang keperluan lain naik. Masih ada peniaga yang mengekalkan harga makanan pada harga lama dengan kualiti yang sama. Cuma sekarang untung mereka akan berkurangan apabila mereka kekalkan harga seperti harga lama.

Kadang-kadang kesian juga tengok peniaga-peniaga begini, mereka tidak dapat menaikkan harga makanan kerana rakyat rata-rata ramai yang mengikat perut, memasak di rumah dan membawa bekal ke tempat kerja akibat kenaikan harga minyak.

Di Taman Teratai (warung rumah korner lot Taman Teratai bertentangan kedai tayar) , Senawang , abang suami isteri yang menjual nasi lemak, masih mengekalkan nasi lemaknya pada harga RM 1, dibungkus dalam polystyrene, ada timun, telur, kacang, bilis dan sambal yang enak. Mereka berniaga waktu petang hingga ke malam. Elok untuk mereka yang balik kerja, tak sempat nak masak beli di sini. Bukan nasi lemak sahaja, juga ada laksa, mi kari dan lain-lain makanan panas pada harga yang berpatutan.

20080620

Ceramah Mufti Perak 22 Jun Seremban

Ceramah Perdana
Oleh Yg Bhg Dato’ Dr Hj Harussani Zakaria – Mufti Negeri Perak
Ahad 22 Jun 2008
Jam 9 malam
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20080619

Ceramah Kesihatan 21 Jun Seremban

Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir Ke Program HARI KESIHATAN Yang Akan Diadakan Pada :

Tarikh: 21 Jun 2008 , Sabtu
Masa : 8.30 pg - 1.00 tengahari
Tempat : PJ Perdana , Paroi , Seremban

Ceramah 1 – “Makanan Menurut Islam” oleh Hj Shamsul Azhar Yahya ( YDP ABIM )

Ceramah 2 – “Budaya Pemakanan Yang Sihat” oleh Encik Haja Mohaideen ( Bhg Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri)

Ceramah 3 – “Alam Semula Jadi Sebagai Ubat Alternatif” oleh Dr Fatimah Ahmad ( Pengamal Natural Terapi)

Bayaran : RM 15 ( Termasuk Minum Dan Makan Tengahari)

Anjuran HELWA ABIM NS http://helwaabimns.blogspot.com
Maklumat lanjut hubungi hjshamsul@gmail.com

20080617

Forum Kenaikan Harga Minyak 22 Jun Seremban

Forum Rakyat – “Isu Kenaikan Harga Minyak”
Ahad 22 Jun 2008
9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Theatrette, Kelab Melayu Negeri Sembilan, Tingkat 4, Jalan Tunku Munawir , Seremban

Ahli Panel :
1. Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid (Presiden Teras Pengupayaan Melayu)
2. Profesor Dr Abdul Ghafar Ismail (Pensyarah Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM)

Semua Dijemput Hadir – Masuk Percuma – Tempat Terhad

Anjuran : Teras Pengupayaan Melayu Negeri Sembilan
Maklumat lanjut hubungi Sdr Shamsul 019-6532973

Program KESENGSARAAN DI PALESTIN - THE PLIGHT OF PALESTINE

Program KESENGSARAAN DI PALESTIN - THE PLIGHT OF PALESTINE
Tarikh : Sabtu 21 Jun 2008 / 17 Jamadil Akhir 1429
Masa : 8 pagi hingga 11 malam
Tempat : Dewan Ibnu Sina, Maahad Ahmadi, Gemencheh, N.Sembilan

Aktiviti :
* Ceramah
* Persembahan Multimedia
* Tayangan video
* Pameran
* Gerai Jualan

Agenda
8.00 pagi Perasmian
9-10.30 pg Ceramah 1 - Realiti Sebenar di Bumi Al Aqsa , Dr Zainur Rashid Zainuddin (Perunding Aman Palestin)
11-12.30 tgh Ceramah 2 - Isu Palestin - Peranan Pengguna Dan Boikot , Dato Dr. Maamor bin Osman ( Persatuan Pengguna Islam Malaysia )
2-3.00 ptg Ceramah 3 -Isu Palestin - Di mana sensitiviti dan Peranan Umat , Ust Mejar Nadzri Musman (Perunding Aman Palestin)
3-4.30 ptg Ceramah 4 - An Nakbah (Pelajar Palestin - Dalam Bahasa Arab & penterjemahan)
Malam - aktiviti pentas

Hubungi :
Puan Adzlina Abd. Aziz (013-2062287)
Ustaz Mohd Fuad Othman (019-3941353) ufo_ips@yahoo.com http://at-tibyan.blogspot.com

Anjuran : Persatuan Bahasa Inggeris Maahad Ahmadi

20080616

Derma Beras Sambil Belajar Bahasa Inggeris Percuma

Ini satu laman web yang agak menarik di www.freerice.com . Laman web ini memaparkan soalan untuk mempertingkatkan Bahasa Inggeris secara online. Untuk setiap jawapan yang tepat kita secara otomatik dan percuma mendermakan 20 butir beras ke tabung beras sedunia untuk membantu mereka yang kebuluran di negara yang dilanda krisis makanan, kebuluran, bencana alam dan peperangan dibawah kelolaan Program Makanan Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu. Beras itu ditaja oleh penaja-penaja tertentu.

Semoga ada pihak di Malaysia yang sudi menganjurkan program serupa untuk membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga makanan dan lain-lain barang keperluan menyebabkan kadar inflasi meningkat dan golongan yang miskin kian bertambah berkali ganda saban hari. Mungkin dinamakan Program Derma Beras Sambil Belajar Bahasa Melayu www.beraspercuma.com

Kalau nak sertai program membantu keluarga miskin di Negeri Sembilan melalui Program SBSKSB – Sekampit Beras Setiap Keluarga Setiap Bulan boleh layari Blog http://zulkeflyomar.blogspot.com

20080615

Kalau dah seronok sangat PLKN kenapa perlu diwajibkan ?

Akhir-akhir ini media elektronik melalui siaran televisyen kerap memaparkan iklan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Rata-rata dalam iklan promosi PLKN tersebut para pelatihnya begitu seronok sekali menyertai PLKN kerana dihidangkan makanan yang sedap-sedap, dapat berkenalan rakan-rakan yang baik-baik, dapat menjalani latihan “outdoor” seperti “flying fox”, merentas sungai, berkayak malahan yang paling menyeronokkan ialah latihan menembak juga melakukan senaman berkawad dalam rentak tarian yang berirama sambil bernyanyi.

Kita juga tahu bahawa pelatih PLKN ini akan diberi elaun RM 150 sebulan. Siapa yang tak nak ketika ekonomi negara sedang gawat akibat kenaikan harga minyak yang tinggi boleh dapat latihan percuma, makanan sedap yang percuma serta elaun lagi ?

Sedangkan kalau kita bandingkan dengan latihan ala “Summer Camp” termasuk perkhemahan ibadah yang dijalankan oleh pihak swasta , persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan adakalanya ibu bapa pula yang perlu mengeluarkan duit , ada yang sehingga RM 300 untuk perkhemahan selama 3 hari 3 malam. Jika untuk latihan 3 bulan ala PLKN oleh pihak swasta pada kadar ini mungkin mencecah RM 9,000.

Jadi kalaulah kita sebagai ibu bapa , yang mana satu kita akan pilih samada membayar RM 9,000 untuk 3 bulan atau sebaliknya mendapat elaun RM 450 pula untuk menghantar anak-anak kita ke program latihan luaran untuk meningkatkan disiplin mereka ?

Saya pasti sekiranya dengan promosi PLKN yang sedemikian rupa sudah pasti program PLKN ini tidak perlu diwajibkan lagi. Jadikanlah program PLKN ini sebagai satu program sukarela. Lakukan promosi yang bersungguh-sungguh seperti iklan PLKN yang disiarkan di televisyen tersebut. Dengan yang demikian itu akan tiadalah lagi suara-suara yang akan mempertikaikan program PLKN kerana ianya adalah pilihan pelatih dan ibu bapa pelatih PLKN untuk menyertai PLKN. Tambahan dikhabarkan mereka yang telah menjalani latihan PLKN akan diberi keutamaan untuk mendapat pekerjaan di sektor kerajaan.

Adalah agak janggal juga kenapa perlu berbelanja besar untuk mempromosi satu program yang diwajibkan. Apakah selepas ini Kementerian Pelajaran pula akan mengadakan iklan di televisyen untuk mempromosi anak-anak yang berumur 7 tahun sehingga 17 tahun pergi bersekolah untuk mengurangkan budaya ponteng dan melepak ?

20080613

Untuk penjimatan petrol ELAKKAN perkara berikut

Untuk penjimatan petrol ELAKKAN perkara berikut :
1. Memandu melebihi 90 km/j
2. Memandu dengan melulu
3. Angin tayar kurang
4. Kenderaan tidak diservis mengikut jadual (tukar minyak hitam, sparg plug dll)
5. Memberatkan kenderaan dengan meletakkan barang tidak diperlukan
6. Kerap membrek kenderaan
7. Menggunakan “roof carrier”
8. Menggunakan penghawa dingin ketika cuaca tidak panas
9. Membuka tingkap luas apabila memandu di lebuhraya
10. Memanaskan enjin kenderaan lebih 1 minit

Oleh itu hendaklah AMALKAN perkara berikut :
1. Had maksima memandu antara 80 – 90 km/j
2. Memandu dengan berhemah
3. Pastikan angin tayar cukup mengikut spesifikasi
4. Servis kenderaan mengikut jadual
5. Simpan di rumah barang yang tidak diperlukan
6. Jarakkan kenderaan di hadapan untuk elakkan kekerapan membrek
7. Tanggalkan “roof carrier” apabila tidak digunakan
8. Tidak menggunakan penghawa dingin jika cuaca tidak panas
9. Buka tingkap sedikit (~ 10%) ketika cuaca tidak panas , gunakan kipas (blower) sahaja. Tingkap yang terbuka luas akan memberatkan rintangan. Lebih jimat menggunakan penghawa dingin apabila memandu di lebuhraya yang tidak sesak daripada memandu dengan tingkap terbuka luas.
10. Panaskan enjin kenderaan kurang dari 1 minit

20080612

Permudahkan lesen motosikal bantu hadapi kenaikan harga minyak

Kenaikan harga minyak kali ini memberi kesan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia termasuk mereka yang dari kalangan “middle class”, golongan professional dan sederhana.

Ada beberapa cara yang berkesan untuk menghadapi kesan kenaikan harga minyak ini untuk mereka yang berulang alik ke tempat kerja iaitu samada menggunakan pengangkutan awam, menggunakan kenderaan berkuasa NGV, berkongsi kereta atau menggunakan motosikal.

Untuk menggalakkan pengguna jalanraya menggunakan motosikal, kerajaan haruslah mengkaji secara serius kaedah pengeluaran lesen memandu motosikal serta cukai jalan , terutamanya motosikal yang berkuasa rendah iaitu 150 cc ke bawah.

Berikut adalah beberapa cadangan agar lebih ramai pengguna jalanraya menggunakan motosikal dengan ini dapat membantu rakyat menghadapi kesan kenaikan harga minyak :

1. Pemansuhan Lesen Memandu Motosikal 150 cc ke bawah
Adalah dicadangkan agar lesen memandu motosikal 150 cc ke bawah dimansuhkan. Perkenalkan undang-undang mereka yang mempunyai MyKad dan berumur 16 tahun ke atas tidak perlu lesen memandu motosikal. Rasionalnya ialah sekarang ini pun di bandar-bandar, apatah lagi di kampung-kampung, di tanah-tanah rancangan ramai yang menunggang motosikal berkuasa kecil ini tidak mempunyai lesen memandu. Lebih teruk lagi jika di taman-taman perumahan , kanak-kanak sekolah rendah pun diberi kebenaran ibu bapa membawa motosikal dalam keadaan yang membahayakan. Keutamaan penguatkuasaan larangan menunggang motosikal sepatutnya dikenakan kepada mereka yang dibawah umur, bukannya pekerja-pekerja kilang, penoreh-penoreh getah, buruh am dan sebagainya.

2. Pemilik Lesen Kenderaan Kelas D Tidak Perlu Lesen Memandu Motosikal 150 cc ke bawah
Sekiranya cadangan yang pertama tadi tidak dapat dilaksanakan, kerajaan haruslah mempertimbangkan agar pemilik lesen kenderaan kelas D tidak perlu lesen memandu motosikal 150 cc ke bawah. Rasionalnya ialah kebanyakan golongan “middle class”, golongan professional dan sederhana mempunyai lesen kenderaan kelas D tetapi tidak mempunyai lesen memandu motosikal 150 cc ke bawah. Sekiranya cadangan ini diterima pakai , ianya akan menggalakkan golongan ini untuk menggunakan motosikal ke tempat kerja.

3. Pemansuhan Cukai Jalan Untuk Motosikal 150 cc ke bawah
Jika kita perhatikan sekarang ini ramai pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah, orang kampung, penoreh getah, mereka yang tinggal di tanah-tanah perancangan sudah bertahun-tahun tidak memperbaharui cukai jalan. Sekiranya mereka hendak memperbaharui cukai jalan untuk mendapatkan rebat RM 150, mereka perlu membawa motosikal mereka ke Puspakom untuk diperiksa. Sekiranya mereka tinggal di pedalaman , di kampung-kampung, di tanah-tanah perancangan adalah tidak munasabah untuk memperbaharui cukai jalan untuk mendapatkan rebat RM 150. Justeru itu adalah disarankan agar cukai jalan motosikal 150 cc ke bawah dimansuhkan. Untuk mendapatkan rebat RM 150 cukup dengan pemilik motosikal ini mendapat pengesahan di balai polis berhampiran yang motosikal mereka berada dalam keadaan selamat berserta dengan geran asal motosikal.

Apa yang penting di sini ialah kesedaran penunggang motosikal mengenai keselamatan di jalanraya serta sikap bertimbang rasa ketika memandu. Pemilik motosikal haruslah mempunyai kesedaran bahawa memandu dengan cermat serta memilikki motosikal yang selamat adalah untuk kebaikan mereka sendiri.

Sementara itu pihak berkuasa terutamanya pihak polis dan JPJ masih boleh terus menjalankan operasi terhadap motosikal tetapi tidak perlu lagi bertanyakan cukai jalan dan lesen memandu motosikal 150 cc ke bawah. Pihak polis dan JPJ akan lebih memberi perhatian akan aspek keselamatan antaranya mereka yang memandu di bawah umur, di bawah pengaruh alkohol dan dadah, motosikal tidak mengikut spesifikasi dan sebagainya.

Apa yang peliknya di Malaysia ini ialah ada yang setelah mendapat lesen memandu yang sah akan membawa motosikal atau kereta dalam keadaan yang merbahaya. Sedangkan ada yang memandu dengan berhati-hati ke tempat kerja, ke klinik untuk membawa anak yang sakit disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan tiada cukai jalan.

Sekampit Beras Setiap Keluarga Setiap Bulan

Berikut sebahagian daripada rintihan rakyat Malaysia , termasuk mereka yang tinggal di kota metropolitan :
“3 hari tak makan nasi”
“Lauk sayur setiap hari”
“Lauk telur setiap hari”
“3 kilo beras seminggu satu keluarga”
“4 orang anak tak ke sekolah”

Prihatin dengan nasib ramai keluarga yang kesusahan di Negeri Sembilan ini serta diburrukkan lagi dengan kenaikan harga minyak , Saudara Zulkefly Mohamad bin Haji Omar telah melancarkan program ‘Sekampit Beras Setiap Keluarga Setiap Bulan’. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana kita dapat membantu meringankan mereka yang kesusahan sila ke pautan berikut ZulKeflyOmar

Sumber :
KLPOS

Program SENSGARA DI PALESTIN 21 Jun Gemencheh, NS

Program “KESENGSARAAN DI PALESTIN - THE PLIGHT OF PALESTINE”

Tarikh : Sabtu 21 Jun 2008 / 17 Jamadil Akhir 1429
Masa : 8 pagi hingga 11 malam
Tempat : Dewan Ibnu Sina, Maahad Ahmadi, Gemencheh, N.Sembilan

Tetamu :
Dato Dr. Maamor bin Osman ( PPIM )
Dr. Zainurrashid bin Zainuddin ( AMAN Palestin )

Aktiviti :
* Ceramah
* Persembahan Multimedia
* Tayangan video
* Pameran
* Gerai Jualan

Hubungi :
Puan Adzlina Abd. Aziz (013-2062287)
Ustaz Mohd Fuad Othman (019-3941353)

Anjuran : Persatuan Bahasa Inggeris Maahad Ahmadi

Dengan kerjasama :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) http://www.muslimconsumer.org.my
Aman Palestin Berhad http://www.amanpalestin.org

20080611

Teman Perlukan Duit , Tekanan Minyak Naik

Macam-macam minyak naik ni. Baru-baru ni kawan saya minta tolong jualkan produk kesihatan yang masih dalam kotak, untuk tampung belanja harian, sekolah anak-anak. Dia beli dulu tapi belum gunakan. Harganya RM 800 semuanya. Foot Massager, Infrared Acupuncture, Body Slimming dll. Sesiapa berminat hubungi saya 012-2267406 , rozmal@yahoo.com

Gambar dan keterangan di bawah :


Oshiyama Foot Massager
Features :

- With the perfectly personal design, and the movingly big screen, it's easy for you to handle.
- 25 kinds of different electric wave modes make the healthcare, massaging , body-slimming and toxin elimination, all in one.
- The modes are designed for the body and the plantar separately, which make the instrument more practical.
- There are 25 modes available for you to select, which is a quick way to meet your demand
- The intensity arranges from 00 to 99 and it will strengthen smoothly.
- The super partner of the electrode plasters give you the benefits of the health-care massaging and the toxin elimination in one time
- The use time can be set from 0 to 90 minutes
- With the remote-control function, it can be used more conveniently

http://www.trademal.com/global/index.php/id/15702/target/product/task/viewdetail/cat/25064/Oshiyama_Foot_Massager_/index.html

20080607

Ubah Cara Hidup, Kitar Semula, Jalan Kaki …..

Minyak naik ni boleh jadi naik minyak juga. Jauh di sudut hati mungkin ada hikmahnya. Sebelum marah-marah, bersabar dulu, mohon pertolongan Allah swt agar dipermudahkan segala urusan dan diberi jalan keluar dalam kemelut minyak naik ini.

Sebelum minyak naik, kami sekeluarga mengamalkan kitar semula, dari cucu hinggalah ke atoknya. Apa sahaja yang boleh dikitar semula kami simpan, kertas, suratkhabar, botol plastik, botol mineral (lihat gambar sebenar ). Bila banyak kumpul di rumah atoknya di Bongek. Bila dah banyak atoknya pun jual di kedai barang lusuh di Pekan Chengkau. Lepas lah sikit duit minyak potong rumput.

Banyak manafaat kitar semula ni. Antaranya mendidik anak-anak supaya cintakan alam sekitar melalui kitar semula. Mengurangkan pembuangan sampah. Amalan berjimat cermat. Sumber pendapatan sampingan, kalau dilakukan dengan intensif.

Itu bab kitar semula. Sejak minyak naik ni, aku pun mulalah dengan hanya berjalan kaki ke surau setiap maghrib dan isya. Terasa juga lepas cuba seminggu , minyak kereta masih banyak. Semoga dipermudahkan untuk terus berjemaah dengan berjalan kaki.

Fikir punya fikir, memang susah minyak naik ni. Lebih susah lagi mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lebih susah lagi mereka yang duduk di Palestin yang bukannya minyaknya mahal, tapi tak ada langsung. Nak bercucuk tanam di Palestin pun tanah tak ada. Sedangkan di Rembau setiap kali lalu sedih tengok begitu banyak tanah terbiar, begitu banyak rumah terbiar.

Jauh di sudut hati mungkin ada hikmah minyak naik ni. Mungkin lepas ni suami-suami tidak lagi melepak pekena teh tarik di warung-warung, sebaliknya pekena teh tarik bersama isteri dan anak-anak di rumah.

Mungkin ada hikmahnya minyak naik ni. Mungkin lepas ni kenduri kahwin orang akan mengadakannya secara sederhana, bukannya berlumba-lumba menghias pelamin, berarak pengantin, berkaraoke, hantaran berdulang-dulang. Mungkin cukup kenduri kahwin masak bergotong royong , makan ramai-ramai tanpa perlu ada majlis persandingan, tanpa perlu bunga telur yang canggih canggun, tanpa perlu berkaraoke sampai ke tengah malam. Kad kahwin pun tak perlu, cukup melalui e-mel atau SMS. Hari ini aku terima jemputan kahwin melalui SMS dari seorang yang bertaraf Professor Madya. Tahniah nampaknya dia telah menunjukkan jalan untuk mengubah cara hidup.

Apa pun sama-samalah kita doakan, walaupun sesusah mana rakyat menghadapi krisis minyak naik ini, yang pentingnya untuk kita umat Islam ialah solat jangan tinggal. Kerana solatlah yang akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

Tersenyum aku berbual dengan Ustaz Dato Arshad pada malam minyak naik orang berebut-rebut isi minyak sampai jem, sampai bergaduh kerana kalau isi minyak esok rugi RM 10 ke , RM 20 ke, tapi mereka tak tahu kalau tak solat jemaah pada malam tersebut lagi lagi rugi, kalau tak solat fardhu malam tersebut lagilah teramat rugi. Demi masa sesunggahnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka beriman dan beramal soleh. Yang memperkatakan kebenaran dan mereka yang bersabar.

Hiasi Kereta dengan Memartabatkan Jawi

Aku pun pelik tengok bukannya anak muda, tapi bapa budak pun menghias kereta dengan stiker berbahasa Inggeris, ada pula tulisan yang bukan tulisan rumi yang mungkin pemiliknya pun tak faham.

Aku pun suka menghias kereta dengan stiker-stiker. Tapi dengan stiker-stiker nasihat.

Aku terpesona dengan satu kereta Hyundai Getz nampak sporty warna hitam, sim sport, ada spoiler lagi, bukan main cantik hiasan kereta cermin belakangnya ( gambar sini )
Rupa-rupanya dipandu oleh Pak Aji.

Kita orang Melayu ni, kalau bangga sangat dengan bangsa Melayu, yang melaung-laungkan Hidup Melayu, martabatkanlah tulisan jawi. Tulisan jawi ni kalau ditulis elok-elok memang cantik di buat hiasan stiker kereta.

Kenapa kita nak berbangga dengan tulisan yang kita tidak faham yang bukan beridentitikan bangsa kita ? Bahasa Jiwa Bangsa, Martabatkan Bahasa Melayu, Martabatkan Tulisan Melayu, Martabatkan Tulisan Jawi.

Pelbagai Perkhidmatan di Agensi Imtiyaz Dataran Senawang

Agensi Imtiyaz di Dataran Senawang menawarkan produk eTiQa Takaful yang kompetitif dan menyeluruh seperti :
- Takaful kenderaan serta perkhidmatan pembaharuan cukai jalan
- Tabungan pendidikan anak-anak
- Perlindungan pendapatan
- Penyakit kritikal
- Perlindungan hutang
- Kad rawatan hospital
- Khidmat nasihat percuma dalam merancang persaraan serta pelaburan

Agensi Imtiyaz juga menawarkan kepada mereka berminat untuk menjadi perunding kewangan eTiQa Takaful sepenuh masa atau separuh masa , latihan insentif akan disediakan.

Sila hubungi 06-679 2617(Pejabat) atau 012-6817115 (Saiful) atau 012-2896442 atau e-mel agensi.imtiyaz@gmail.com

Agensi Imtiyaz
No 122-1 Tingkat Atas
Jalan Taman Komersial Senawang 5
Taman Komersial Senawang
70450 Senawang , NS.
Laman Blog : http://agensi-imtiyaz.blogspot.com/

20080605

Kedai Gunting Rambut Shamsul kini di Tmn Bandar Senawang

Kedai Gunting Shamsul juga dikenali sebagai Kedai Gunting Army (bekas tentera) telah berpindah ke Taman Bandar Senawang.

Kedai Gunting Rambut Shamsul
No 31, Jalan Coco Drive 2
Taman Bandar Senawang
(berhampiran Taman Senawang Indah, Widuri dan Kobena)
Dibuka 7 hari seminggu . 10 pagi hingga 10 malam (Jumaat rehat jam 12 tgh – 3 ptg)
Hubungi Shamsul 019-6524990
http://usahawann9.blogspot.com/


Peta ke Taman Bandar Senawang

Blog Bermaklumat Warga N.Sembilan

Disenaraikan dibawah ini beberapa Blog yang bermaklumat khusus untuk warga N.Sembilan :

1. Cuti-Cuti ke N. Sembilan http://ziarahn9.blogspot.com
2. Kerja Kosong Sekitar N9 http://jobns.blogspot.com
3. Direktori Usahawan N9 http://usahawann9.blogspot.com
4. Ikhwan Homestay di N9 & M’sia http://ikhwanhomestay.blogspot.com
5. Institusi Islam N.Sembilan http://puspa-ns.blogspot.com
6. Pusat Asuhan Tunas Islam N9 http://pasti-n9.blogspot.com
7. Perumahan Terbengkalai N.Sembilan http://terbengkalai.blogspot.com
8. Rumah Untuk Sewa/Jual http://rumahjualsewa.blogspot.com

20080603

Aku dan YB , salah faham fungsi rakyat dan wakil rakyat

Satu Sabtu, YB menalipon aku. Katanya ada seorang penduduk di taman ABC (bukan nama taman sebenar di pinggir bandar Seremban) iaitu Encik Chong (bukan nama sebenar) mengadu padanya memerlukan bantuan untuk dipasang lampu jalan. YB kata dia ada mesyuarat pagi itu, dia meminta aku berjumpa dengan Encik Chong untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kebetulan hari Sabtu memang hari cuti ku. Dan pagi itu tiada jadual khusus. Tepat jam 8 pagi aku berjumpa dengan Encik Chong. Encik Chong bersama isterinya dan bapanya ku temui di perkarangan rumah di kawasan taman perumahan rumah teres setingkat.

Ku kata aku ni kawan YB (kawan tak bergaji , berserta beberapa kawan lain YB yang membantu YB secara sukarela , maklumlah elaun pusat khidmat masyarakat di N.Sembilan sudah ditarik balik) , YB tak dapat datang sebab ada urusan lain. Dengan pen dan buku nota aku pun mulalah mencatat butiran peribadi dan aduan beliau. Dia kata jalan depan rumahnya pada waktu malam amat gelap kerana tiada langsung lampu jalan di sepanjang jalan depan rumahnya. Disebabkan jalan yang gelap pada waktu malam terdapat beberapa kejadian ragut dan wanita yang berjalan di kawasan tersebut sering diganggu. Tambah beliau wakil rakyat yang sebelum ini sudah dua penggal dan dua kali beliau minta diadakan lampu jalan namun tidak juga dapat dipasang lampu jalan.

Lalu aku catitlah nombor tiang elektrik di jalan tersebut, ada empat tiang semuanya. Aku kata pada Encik Chong, kita akan cuba buat permohonan.

Aku pun buatlah permohonan kepada pihak yang berwajib dengan menggunakan nama Encik Chong dan tidak melibatkan nama YB. Pada fikiran dan pertimbangan ku , perkara sebegini sepatutnya penduduk setempat ada hak untuk menyatakan aduan mereka terus kepada pihak yang berwajib tanpa perlu merujuk kepada wakil rakyat.

Selang beberapa minggu aku mendapat maklumbalas bertulis dari pihak yang berwajib bahawa mereka akan memasang bukan sahaja satu lampu jalan, bahkan empat lampu jalan. Selang beberapa minggu kemudian aku dapati jalan tersebut umpama pesta sudah terang benderang ( Gambar sebenar di jalan depan rumah Encik Chong di sini ).

Baru-baru ini aku berjumpa pula dengan Encik Hamdan (juga bukan nama sebenar) yang tinggal di taman yang sama dengan Encik Chong mengadu bahawa jalan di hadapan rumahnya pun amat gelap pada waktu malam kerana tiada lampu jalan. Kes kecurian motosikal dan pecah rumah telah menjadi lumrah di jalan beliau. Perkara ini pernah persatuan penduduk setempat ajukan kepada Ahli Parlimen penggal yang lalu (penggal sekarang belum lagi kerana Ahli Parlimen yang baru). Jawapan Ahli Parlimen penggal yang lalu itu amat mengecewakan, kata Ahli Parlimen tersebut ialah kalau pasang lampu jalan nanti terang sangat , susah nanti orang di jalan tersebut nak tidur.

Aku berkata pada Encik Hamdan , mintalah pengerusi tamannya membuat permohonan terus pada pihak yang berwajib, dan aku berilah cara-caranya bagaimana untuk membuat permohonan tersebut. Samada ianya diluluskan atau tidak permohonan tersebut sudah pasti ianya akan dimaklumkan. Kalau tidak diluluskan barulah dicuba saluran lain pula samada melalui wakil rakyat, pihak media dan sebagainya. Bukannya aku tidak boleh membantu Encik Hamdan membuat permohonan tersebut secara langsung , tetapi biarlah beliau belajar cara berurusan dengan pihak berwajib.

Inilah salah faham masyarakat , rakyat dan wakil rakyat akan fungsi tugas mereka. Justeru itu tidak hairanlah kita dapati pelbagai permasalahan remeh temeh masyarakat didedahkan dalam media sedangkan ianya boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Apakah segala aduan dan masalah masyarakat perlu mendapat kelulusan wakil rakyat, perlu diajukan kepada wakil rakyat ? Apakah tugas wakil rakyat sekadar merasmikan majlis, membuat pecah tanah, meluluskan permohonan perumahan rakyat dan sebagainya ?

Aku amat terperanjat apabila dibaca buku laporan Dewan Undangan Negeri Sembilan penggal pertama 2008 ada wakil rakyat yang membuat permohonan memasang lampu jalan di kawasannya, sedangkan memasang lampu jalan boleh dipohon terus kepada pihak yang berwajib, tak perlu tunggu sehingga sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang (beberapa bulan lagi?), melainkan jika ianya menelan kos yang tinggi seperti menggunakan teknologi solar.

Nampaknya bukan rakyat sahaja yang keliru dengan fungsi wakil rakyat, bahkan wakil rakyat sendiri keliru dengan fungsi wakil rakyat. Cuba kita buat carian dalam internet mengenai fungsi wakil rakyat, setakat apa yang ku ketahui tiada kerajaan negeri yang menyenaraikan secara khusus fungsi dan tanggungjawab wakil rakyat serta peranan rakyat untuk membangunkan kawasan setempat.

Menjelang 100 hari YB di kawasan ku memegang tanggungjawab sebagai wakil rakyat banyak ku dapati aduan remeh temeh yang diajukan kepada YB. Walaupun hampir ke semua aduan tersebut remeh temeh, YB tetap menerima semua aduan tersebut dan disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Dari masalah longkang tersumbat, tanah runtuh, monyet berkeliaran, rumput tepi jalan panjang, tiang talipon yang nak tumbang , permohonan bantuan Baitul Mal, permohonan bantuan Jabatan Kebajikan dan banyak lagi. Malah terdapat beberapa individu dari kawasan Dewan Undangan Negeri yang lain datang mengadu ke YB tempat ku untuk mendapatkan bantuan dan tandatangan tetap dilayan juga oleh YB ku.

Kebanyakkan permasalahan yang diajukan tersebut kebanyakannya sepatutnya dapat diselesaikan oleh Pengerusi JKKK, Pengerusi Taman dan Surau, Ketua-Ketua Cawangan samada dari parti yang memerintah atau parti pembangkang malah individu sendiri di tempat tersebut.

Sekiranya peranan rakyat, wakil rakyat dan agensi kerajaan yang berkaitan dapat difahami oleh semua pihak akan pasti lebih banyak masalah remeh temeh dan permasalahan setempat dapat diselesaikan. Dengan ini wakil-wakil rakyat akan lebih memberikan tumpuan kepada permasalahan setempat yang lebih kritikal seperti masalah pengangguran , masalah penagihan dadah , gejala sosial para remaja , masalah perumahan terbengkalai , permasalahan yang terlepas pandang oleh Pengerusi JKKK/Taman/Ketua Kampung dan sebagainya.

Begitu juga peranan mereka yang bersahabat atau rapat dengan YB, sepatutnya membantu YB untuk memperkemaskan lagi hubungan antara wakil rakyat dan rakyat untuk menyelesaikan masalah setempat. Mereka yang bersahabat atau rapat dengan YB ini sepatutnya tidak memikirkan peluang untuk mendapatkan projek , mendapatkan tanah , mendapatkan balak , mendapatkan perumahan rakyat dan lain-lain ganjaran. Boleh bercita-cita dan mengidamkan ganjaran yang lebih besar dan utama , iaitu ganjaran pahala dan syurga ALLAH swt kerana melakukan ini kerana ALLAH , bak kata-kata Ahli Unit Amal – Beramal Kerana ALLAH.

Fungsi dan wakil rakyat menurut Blog RHI Rembau_Hari_Ini

Kurangkan Kompaun Untuk Kurangkan Rasuah

Tanyalah kepada pemberi dan penerima rasuah adakah mereka suka dengan perbuatan rasuah ? Adakah mereka yakin bahawa rasuah dapat memberi kebahagian kekal abadi buat selama-lamanya ? Adakah mereka yakin rasuah akan menyelesaikan masalah kewangan mereka ?

Mereka yang melakukan rasuah tidak akan melakukan rasuah sekiranya pada ketika mereka mengamalkan rasuah mereka berada dalam keadaan yang sempurna imannya.

Tanyalah kepada penjenayah sekali pun, mereka pun kalau boleh tidak ingin mengamalkan rasuah. Tetapi kenapa rasuah masih menjadi bicara masa kini. Dan kenapa sesetengah agensi kerajaan sahaja yang dikaitkan dengan rasuah sedangkan rakyat biasa pun boleh terlibat dengan amalan rasuah ?

Kenapa tidak rakyat biasa boleh menjadi pemangkin kepada amalan rasuah ? Katakan seorang rakyat biasa ditahan oleh seorang penguatkuasa kerana memandu tanpa lesen memandu ? Berapakah kadar kompaunnya atau kadar dendanya ? Mungkin RM 100, mungkin RM 200 atau mungkin RM 300 ? Sebagai rakyat biasa yang mungkin berpendapatan RM 900 sebulan kalau kadar kompaunnya RM 300 ianya satu pertiga daripada gajinya. Kalau rakyat biasa tadi berfikiran pendek RM 50 sudah pasti jauh lebih murah daripada RM 300. RM 50 boleh dibayar secara terus, RM 300 perlu dibayar di pejabat penguatkuasa yang mungkin di tengah bandar, sedangkan rakyat biasa tadi duduk di pedalaman desa atau pinggir bandar.

Sebagai rakyat biasa yang berfikiran mudah, lebih baik dipujuk sahaja penguatkuasa tadi supaya menerima RM 50 daripada dikenakan denda RM 300. Sekali pujuk mungkin tak berjaya, tetapi kalau dah lebih 10 orang rakyat biasa penguatkuasa tadi temui mahu tak mahu ada juga yang nak tak hendak diterimanya juga RM 50 tadi atau dilepaskan rakyat biasa tadi begitu sahaja. Dan mungkin ada yang tidak terlepas kerana mungkin setiap penguatkuasa ada kuotanya berapa saman perlu dikeluarkan dalam sehari, dalam seminggu dalam sebulan ?

Apa kata kadar saman tadi dikurang , mungkin setiap kesalahan dari RM 10 paling minima dan RM 50 ke paling maksima ? Dan rakyat diberi pilihan pula sekiranya membayar terus pada masa tersebut tidak akan dikenakan bayaran tambahan RM 10 ? Contohnya anda ditahan kerana tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu kereta. Mungkin kadar samannya RM 20 , kalau anda bayar terus anda hanya perlu membayar RM 20 beserta dengan resit rasmi (bukan rasuah). Tetapi jika sekiranya anda pilih untuk membayar di ibu pejabat penguatkuasa anda akan dikenakan bayaran tambahan RM 10 menjadikan jumlahnya RM 30. Rasionalnya bayaran tambahan tersebut ialah untuk menggalakkan orang ramai membayar terus ketika disaman, membayar kemudian nak tak nak anda akan tetap membayar tambahan RM 10 atau mungkin lebih, kerana anda mungkin terpaksa mengambil cuti, duit minyak untuk ke tempat membayar saman, duit tempat letak kereta dan sebagainya.

Kalau saman dikurangkan , macam tu lebih senanglah orang akan melakukan kesalahan, terutamanya mereka yang banyak duit ? Tidak , bayaran kompuan minima ini mungkin untuk kesalahan pertama, ianya boleh dinaikkan untuk kesalahan kedua, ketiga dan seterusnya.

Haruslah diingatkan kompaun , saman atau denda tidak sepatutnya dijadikan sumber pendapatan sesebuah agensi kerajaan. Mendenda, mengkompaun, menyaman adalah merupakan satu cara terakhir untuk mendidik rakyat agar mematuhi peraturan serta undang-undang andaikata pendekatan berhemah seperti kempen, nasihat, pendidikan formal tidak dapat membimbing rakyat agar mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini.

Suasana , sistem perundangan , cara kerja , prosedur jabatan dan sebagainya secara tidak langsung di sini menyumbang kepada amalan rasuah di negara ini. Justeru itu ianya haruslah dikaji dari masa ke semasa agar ianya lebih mudah serta lebih telus untuk mengurangkan amalan rasuah di negara ini yang boleh dianggap penyakit sosial utama atau mungkin barah utama di negara ini.

Disamping itu usaha untuk memperkukuhkan iman umat Islam di negara ini bukan sahaja di kalangan pihak berkuasa bahkan rakyat jelata juga harus dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk mengubat penyakit ini dari menjadi epidemik yang tidak terkawal.

Soalan-soalan untuk Dewan Undangan N.Sembilan

Andaikata aku diberi peluang untuk menanyakan soalan-soalan bertulis atau lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan, berikut ialah soalan-soalan pilihan ku :

1. Berapakah projek perumahan terbengkalai di negeri ini ?
a. Sila senaraikan mengikut setiap daerah.
b. Sila senaraikan berapa lama setiap projek ini telah terbengkalai dan tahap peratus siap setiap projek tersebut.
c. Sila senaraikan pemaju yang terlibat dalam projek perumahan terbengkalai tersebut.
d. Adakah pemaju yang terlibat diberikan lesen projek perumahan baru atau diberi kontrak lain di negeri ini setelah dikenal pasti terlibat dalam projek perumahan terbengkalai ?
e. Berapa ramaikah pembeli yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai di negeri ini ?
f. Sila senaraikan punca projek perumahan terbengkalai ini adakah disebabkan oleh kelemahan pengurusan pihak pemaju, kenaikan harga barang dan lain-lain masalah.
g. Apakah tindakan yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membantu pihak pembeli serta pihak pemaju untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai ini?


2. Berapa banyakkah hasil kutipan cukai tanah dan cukai pintu untuk setiap Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan ?
a. Sila senaraikan jumlah serta peratusan cukai tanah dan cukai pintu yang telah dikutip.
b. Sila senarai cukai pintu dan cukai tanah yang tidak dikutip untuk kadar tempoh lebih 2 tahun, lebih 5 tahun, lebih 10 tahun dan sebagainya
c. Sila senaraikan peratusan sektor yang tidak membayar cukai tanah dan cukai pintu seperti sektor swasta, kilang, pemaju perumahan, agensi kerajaan, individu dan sebagainya.
d. Apakah sasaran kutipan tahunan cukai pintu dan cukai tanah untuk setiap PBT di negeri ini mengikut jumlah dalam ringgit dan peratusan kutipan.
e. Apakah tindakan PBT dan kerajaan negeri kepada pihak yang tidak membayar cukai tanah dan cukai pintu serta mempunyai tunggakan yang bertahun-tahun seperti menyita, menyaman, tindakan mahkamah dan sebagainya.
f. Apakah tindakan kerajaan negeri dan PBT keatas pemilik projek perumahan terbengkalai, rumah terbiar, premis kedai terbiar samada milik individu atau sektor swasta juga termasuk milik kerajaan negeri dan PBT sendiri yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar dari segi keselamatan dan kesihatan dimana premis ini boleh menjadi tempat penagihan dadah, pusat operasi jenayah, sarang pembiakan nyamuk aedes serta binatang berbahaya seperti ular disamping mencacatkan pemandangan serta imej Negeri Sembilan untuk menarik para pelancong dalam dan luar negeri ?


3. Berapakah jumlah kutipan zakat oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan pada tahun 1428 Hijrah atau tahun 2007 Masihi ?
a. Bagaimanakah pengagihan zakat ini dilakukan ? Sila senaraikan peratus dan jumlah pengagihan mengikut kategori seperti muallaf, golongan fakir miskin, golongan di jalan Allah, pelaburan dalam sektor hartanah, pelaburan perniagaan, pinjaman , pengurusan Pusat Zakat dan Baitul Mal dan sebagainya.
b. Berapakah sasaran yang ditetapkan oleh pihak Baitul Mal untuk pengagihan zakat di negeri ini untuk setiap kategori yang dinyatakan ?
c. Berapa banyakkah permohonan yang diterima pada tahun 2007 untuk pengagihan untuk setiap kategori yang dinyatakan dan berapa banyak permohonan yang diluluskan dan permohonan yang ditolak serta sebab permohonan tersebut ditolak.
d. Berapa ramaikah pegawai yang ditugaskan untuk pengagihan bantuan Baitul Mal di setiap daerah. Adakah jumlah pegawai pengagihan Baitul Mal berkadar terus dengan jumlah pegawai kutipan zakat di setiap daerah ?

4. Berapa ramaikah jumlah penganggur di negeri ini mengikut kategori siswazah dan bukan siswazah ?
a. Berapa ramai dan berapa peratuskah pekerja asing di negeri ini mengikut kategori samada pekerja professional, jurutera, pengurus, doktor hinggalah ke pekerja kilang, pekerja ladang dan sebagainya ?
b. Adakah kerajaan negeri menetapkan sebarang syarat kepada pelabur luar serta syarikat tempatan peratus pengambilan pekerja asing mengikut jenis pekerjaan , sektor industri dan sebagainya untuk mempastikan peluang pekerjaan pekerja tempatan tidak tersekat ?
c. Adakah kerajaan negeri memberikan sebarang insentif kepada sektor swasta untuk memberi galakan agar pekerja tempatan diutamakan seperti pengurangan kadar cukai dan sebagainya?
d. Berapa ramaikah pekerja yang diberhentikan kerja pada tahun 2007 di negeri ini serta sebab mereka diberhentikan seperti penutupan kilang, pengecilan operasi, pemindahan ke negeri atau negara lain serta lain-lain sebab ?
e. Berapa banyakkah aduan yang diterima daripada pekerja yang diberhentikan ini yang tidak mendapat pampasan atau ganjaran yang sepatutnya ?
f. Adakah kerajaan negeri mempunyai sebarang mekanisma untuk membantu pekerja yang diberhentikan ini seperti perkhidmatan guaman, pinjaman perniagaan, kursus perniagaan dan sebagainya ?

Kepada mana-mana wakil rakyat daripada mana-mana parti di Negeri Sembilan ini adalah dibenarkan untuk bertanyakan soalan-soalan diatas samada secara terus atau dibuat pengubahsuaian.

20080602

Jangan Asyik Berpolitik

Saya amat bersetuju dengan artikel Mingguan Malaysia 1 Jun 2008 yang berikut Utusan Malaysia . Antaranya ianya memperkatakan

" Apapun ahli-ahli politik tidak kira dari parti mana sekalipun perlu memahami bahawa rakyat sedang memerhati gelagat mereka. Tidak kisahlah mereka mahu menjadi badut di Parlimen atau menjadi wira dalam parti mereka, apa yang pasti rakyat kini sedang berhadapan dengan krisis yang lebih besar iaitu kenaikan harga minyak dunia dan harga barang makanan."

InsyaALLAH saya akan kemaskini mengenai isu ini, esok lusa, kerana saya sedang berada di luar Negeri Sembilan ketika ini. Semalam seorang kenalan saya dari parti UMNO N.Sembilan menalipon saya. Saya beritahu dia mudah sahaja, kalau UMNO hendak kembalikan kepercayaan rakyat, wakil rakyat mereka hendaklah lakukan kerja sebagai wakil rakyat , dengar dan selesaikan masalah rakyat. Itu sahaja. Dan dia pun bersetuju dengan pendapat saya. Dan saya minta dia sampaikan mesej ini kepada pimpinan serta wakil rakyat UMNO di Negeri Sembilan. Nasihat saya tadi adalah atas dasar peribadi saya dan sebagai seorang rakyat di Negeri Sembilan juga sebagai seorang Islam yang bersaudara.