KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080729

PENAT ?

PENAT ?
Mari REHAT
Jom SOLAT
Pelihara AURAT
Pasti SELAMAT

Cenderahati Pelajar Cemerlang 2007 Masjid Senawang

Kepada pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM dan STPM 2007 yang menetap di kariah Masjid Bandar Baru Senawang, satu majlis Penyampaian Cenderahati Pelajar Cemerlang akan diadakan di Masjid Bandar Baru Senawang pada hari Ahad 10 Ogos 2008 sempena Hari Keluarga dan Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj.

Maklumat lanjut di BlogMasjidBandarBaruSenawang

20080728

Kebaikan Letak Kereta Mengundur

Sekiranya kita meletak kenderaan di tempat letak kereta awam atau berbayar yang kedudukan lot letak kenderaan 90 darjah dengan laluan kenderaan adalah lebih baik dengan cara mengundur “Reverse Parking”. Ini bermakna bahagian hadapan kereta akan mengadap jalan. Berikut adalah kebaikan “Reverse Parking” dipetik dari laman web Paultan (kecuali perkara 2) :

1. Dengan kejadian jenayah yang semakin meningkat, adalah lebih mudah untuk keluar dari tempat letak kereta , sekiranya anda diancam keselamatan

2. Kenderaan yang diletak bahagian hadapan mengadap laluan kenderaan akan mudah dilihat oleh orang awam yang lalu lalang sekiranya pencuri kereta sedang mencuri kenderaan , memecahkan kunci stering “steering lock” , menghidupkan enjin kenderaan secara litar pintas “hot wire” dan apa-apa yang mencurigakan.

3. Meletak kenderaan secara mengundur akan menyebabkan bonet belakang kenderaan rapat ke dinding. Ini akan menyukarkan penjenayah untuk membuka bonet belakang.

4. Data menunjukkan ianya memerlukan masa 90 saat untuk purata kereta berusia 5 tahun untuk enjinnya panas sebelum mencapai tahap suhu efisien. Menurut kajian , mengundur dari tempat letak kereta ketika enjin sejuk akan menggunakan 20-25 kali lebih banyak minyak. Memandu ke hadapan lebih menjimatkan minyak kerana ratio gear yang lebih rendah ketika mengundur berbanding dengan gear satu.

5. Mengundur ke tempat letak kereta lebih selamat daripada mengundur ke laluan kenderaan. Memandu keluar ke hadapan adalah lebih selamat kerana kita dapat melihat kenderaan yang lalu dengan mudah.

20080726

Cuba semak, mana tahu anda mewarisi tanah di NS

Di N.Sembilan ini begitu banyak tanah terbiar, terutamanya tanah adat. Bukan setakat tanah yang terbiar, malahan rumah banglo beratap genting yang tersergam indah pun banyak terbiar di N.Sembilan ini. Berlainan dengan negeri di pantai timur seperti Terengganu. Setiap tanah akan dibahagi-bahagikan kepada anak beranak untuk dibuat tapak rumah. Itu adalah hakikatnya.

Tanyalah orang N.Sembilan siapa yang nak buat rumah di tanah adat ? Rata-ratanya menolak untuk membuat rumah atau mengusahakan tanah adat , termasuk golongan wanita seperti ibu dan kakak saya, menyebabkan tanah adat di N.Sembilan ini hampir tiada nilai. Akibatnya banyaklah tanah dan rumah terbiar di negeri beradat ini.

Akibat dari itu kemungkinan besar banyak cukai-cukai tanah yang tidak berbayar, dan kemungkinan besar akan dirampas oleh kerajaan negeri.

Kini kita boleh semak secara online di Pejabat Tanah Negeri Sembilan samada kita atau saudara mara kita , terutama datuk nenek kita samada mereka mempunyai tunggakan cukai tanah yang belum dibayar.

Laman web Pejabat Tanah Negeri Sembilan ini http://ptgns.ns.gov.my/qry_cukai_kp.php dan Pejabat Tanah Seremban ini http://cukaitanahseremban.blogspot.com memberikan begitu banyak informasi yang berfaedah untuk kita semua. Cubalah tengok, mana tahu kita mewarisi tanah ratusan hektar bernilai jutaan ringgit menunggu masa untuk dirampas.

Malam Air Mata Palestin 2008 , Seremban 8 Ogos




Muslimin dan Muslimat Semua Dijemput Hadir ke Program :

MALAM AIR MATA PALESTIN 2008
8 OGOS 2008 – JUMAAT
DARI JAM 2 PETANG HINGGA 10:30 MALAM
DI PUSAT DAKWAH ISLAMIAH , PAROI , SEREMBAN

Antara Program Menarik :
2 ptg – 10 mlm : Pameran dan Gerai Jualan
5 ptg – 6:30 mlm : Nasyid Sekolah-Sekolah Jemputan

8 mlm – 10:30 mlm
- Pidato Palestin
- Tayangan Multimedia
- Persembahan Nasyid oleh Nazrey Johani (bekas vokalis Raihan)


Anjuran :
ISMA N.Sembilan http://isman9.wordpress.com/
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan (Pusat Dakwah) http://www.ns.gov.my/jabatan/jheins/
Majlis Agama Islam N.Sembilan http://www.mains.gov.my/indexl.htm

20080724

Jangan suka-suka baca Horoskop / Zodiak

Jika ia membaca zodiak, meskipun ia tidak membenarkan ramalan tersebut. maka hukumnya adalah haram, sholatnya tidak diterima selama 40 hari. Dalilnya adalah “Barangsiapa yang mendatangi peramal, lalu menanyakan kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima shalatnya selama 40 hari.” (HR. Muslim)

Kupasan lanjut di muslimah

Isu ini telah dikupas dengan panjang lebar dalam siri Halaqah di TV9 pada 20 Julai 2008 dalam tajuk “Bintang 12”.

20080723

MASYA ALLAH

Perbanyakkan zikir mengingati ALLAH dalam apa jua bentuk agar jiwa menjadi tenang.



Fakta alat jimat minyak Hydrogen Fuel

Semakin banyak pihak yang tampil memberi penyelesaian untuk menjimatkan minyak. Antaranya ialah Sham Hidro dari Seremban Fuelsaver juga Dr Halim Utusan
Memang ianya menjimatkan petrol , tapi apakah risikonya ? Menurut Paultan Paultan antara risikonya ialah gas hidrogen boleh menyebabkan logam menjadi rapuh dan seterusnya retak “The other issue that may or may not be of concern is hydrogen embrittlement, where metals especially high-strengh steel can become brittle and crack when exposed to hydrogen. Exposing your combustion chamber to hydrogen may cause your cylinder to crack!”.

Mungkin kita perlu dengar komen-komen pakar , jurutera otomotif, professional dalam bidang permotoran serta ahli fizik akan kebaikan serta keburukan menggunakan hydrogen fuel.

KLPOS

20080721

Tahniah FAM, hormat Azan di P.Pinang

Pada 19 Julai 2008 telah diadakan siri perlawanan Piala Malaysia di Pulau Pinang antara Pulau Pinang dan Johor FC. Perlawanan ini disiarkan secara langsung di TV1. Menurut anak dan isteri saya ketika azan isya’ kedengaran dari masjid berhampiran, permainan telah dihentikan untuk menghormati laungan azan isya’. Tahniah kepada pengadil, pemain, penonton dan FAM. Saya rasa ini pertama kali kita lihat secara langsung semua pihak menghormati azan isya. Semoga Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan , Kelab Penyokong Bolasepak N.Sembilan dapat mengambil iktibar dari peristiwa ini apabila bermain di Stadium Tuanku Abdul Rahman yang berjiran dengan Masjid Taman Paroi Jaya. Rujuk artikel sebelum ini http://waghih.blogspot.com/2008/07/penyokong-bolasepak-nsembilan-tidak.html

20080719

Pekerja JBA N.Sembilan hilang, perlu bantuan cari

Zakaria bin Zainal 42 tahun dari Taman Alamanda , Senawang merupakan pekerja tetap Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan yang bekerja di Loji Penapisan Air , Rantau telah didapati hilang sejak Rabu 9 Julai 2008. Kali terakhir beliau dilihat ialah pada jam sekitar 11:30 pagi 9 Julai 2008 apabila bila keluar dari tempat kerja beliau.

Isteri Zakaria , Puan Rosmarliza telah membuat laporan polis akan kehilangan suaminya pada 10 Julai 2008 di Balai Polis Rantau ( No Repot RANTAU/000807/08 ). Menurut Puan Rosmarliza suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kehilangan, malah beliau menyatakan suaminya tidak mempunyai masalah sebelum ini serta akan sentiasa pulang ke rumah selepas habis bekerja. Banyak usaha telah dilakukan oleh beliau sekeluarga untuk mengesan Zakaria termasuk di hospital, balai-balai polis, kampung-kampung, namun belum berhasil.

Berikut ialah butiran Zakaria bin Zainal :
Umur 42 tahun
Ketinggian 5 kaki 5 inci , kurus , kulit hitam manis
Pada hari kehilangan rambut hitam (pendek), memakai baju T warna merah dengan lambang JBA , seluar slack hitam, membawa bersama MyKad dan lesen memandu.
Motosikal yang digunakan semasa hari dilaporkan hilang Modenass Kriss warna hijau , plet no NBU1071

Kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk membantu bolehlah menghubungi balai polis berhampiran dengan menyatakan No Repot atau hubungi :
Rozmal bin Malakan 012-2267406 (Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Alamanda)
Ustaz Aimi bin Hamzah 019-6505285 (Pengerusi KAFA Taman Alamanda)

Gambar serta berita perkembangan kehilangan Zakaria akan dikemaskini dari masa ke semasa di http://waghih.blogspot.com/

20080717

Nak tahu kereta mana jimat minyak ?

Ingin tahu kereta model mana paling jimat minyak ? Berikut beberapa pautan “fuel consumption” kereta. Sila buat perbandingan sendiri selepas melayari pautan berikut :

Proton Saga Baru
http://www.oneshift.com/news/news.php?newsid=884

MyVi, Suria, Sutera, Viva, Savvy, Kancil
http://www.myperodua.com/index.php?page=7

Toyota Vios
http://www.oneshift.com/pdb/lcmuserfc.php?pid=1204&cb=%2Fmembers%2Fcommunity.php

Proton Persona
http://www.oneshift.com/pdb/lcmuserfc.php?pid=1345&cb=%2Fmembers%2Fcommunity.php

Kuliah Tn Hj Azmi 19 Jul Senawang

Kuliah Bulanan
Kupasan Kitab Riyadhus Sholihin
Oleh Tn Hj Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Sabtu 19 Julai 2008
Selepas Solat Maghrib
Di Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20080715

Universiti Percuma MBB Senawang

Kos sara hidup semakin meningkat. Kos pelajaran semakin meningkat. Tetapi di UPMBB Senawang ( Free University of MBB Senawang ) kita boleh belajar sepanjang hayat sebelum ke liang lahad secara percuma. Dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelayakan kini kita boleh mengikuti pengajian di UPMBBS. Ijazah tidak dikeluarkan , tetapi sekiranya kita mengikuti sepenuhnya kursus pengajian di UPMBBS , ilmu yang diperolehi adalah setanding dengan mana-mana institusi pengajian tinggi. Untuk maklumat lanjut sila ke http://masjidsenawang.blogspot.com

Kini sudah ada E-kaunseling Percuma !

Sebelum ini saya pernah menyiarkan artikel betapa pentingnya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri perlu ada kaunseling “online” secara percuma ( Rujuk artikel waghih ). Kini telah ada e-kaunseling percuma yang disediakan oleh beberapa individu yang prihatin di http://e-kaunseling2005.tripod.com . Adalah diharapakan JAKIM , Majlis Agama Islam Negeri , para pendakwah , pasa kaunselor , NGO-NGO serta mereka yang prihatin dan berkelayakan agar menekan konsep e-kaunseling ini sebagai salah satu cara untuk menangani gejala sosial serta pelbagai penyakit masyarakat yang semakin parah dewasa ini.

Ceramah Menangani Penjajahan Global 18 Jul Senawang

CERAMAH UMUM
Tajuk : “Peranan Umat Islam Menangani Penjajahan Global”
Oleh : Dr Hafidzi Mohd Nor (UPM)
Tarikh : 18 Julai 2008 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Tempat: Pejabat JIM N.Sembilan , Dataran Senawang (Tingkat Atas Restoran Azhar Maju)
Semua Dijemput Hadir

20080713

Penyokong bolasepak N.Sembilan tidak professional

Baru-baru ini pertama kali saya menonton perlawanan bolasepak siri Piala Malaysia antara pasukan N.Sembilan dan Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman , Paroi , Seremban. Pertama kali sebab anak lelaki yang bongsu berumur 8 tahun beria-ia benar mengajak saya dan 3 orang abangnya menonton bolasepak secara langsung di stadium. Sebelum ini mereka hanya menonton di kaca televisyen.

Saya bukanlah peminat tegar bolasepak, tetapi meminati menontonnya sekiranya ada masa lapang, minat menonton “skill” pemainnya dan srategi , taktikal yang diatur oleh jurulatihnya.

Kami masuk stadium agak lewat, sekitar jam 9:10 malam. Penyokong Negeri Sembilan berada di seberang “grand stand”, sementara penyokong Selangor berada di sebelah “grand stand” . Dari segi kehadiran penyokong Negeri Sembilan dikira agak memberangsangkan, dengan bendera-bendera Negeri Sembilan dikibarkan sekali sekala, paluan gendangnya, baju merah penyokong-penyokongnya. Dari sudut ini penyokong Negeri Sembilan haruslah diberi pujian, memberi sokongan kepada pasukan Negeri Sembilan.

Apa yang sedikit tidak professional ialah gelagat penyokong-penyokong bolasepak mungkin bukan hanya di Negeri Sembilan secara khusus, akan tetapi penyokong bolasepak Malaysia secara amnya. Sikap mem“boo” pemain pasukan lawan, penyokong pasukan lawan, pengadil, penjaga garisan malah ada kalanya mem“boo” pemain pasukan sendiri boleh dikatakan perkara biasa di Malaysia ini.

Menonton bolasepak bukan sekadar untuk menonton pasukan pilihan kita mesti menang. Menonton bolasepak ialah untuk memberi sokongan moral kepada para pemain pilihan kita samada mereka berada di puncak kejayaan mahu pun mereka menuju di ambang kekalahan. Menonton bolasepak adalah salah satu kaedah menunjukkan sayang kita kepada negeri atau negara. Menonton bolasepak seharusnya menjadi aktiviti bersama keluarga. Menonton bolasepak seharusnya menjadi sumber pendapatan negeri dan persatuan bolasepak negeri. Tetapi malangnya penjualan tiket semata-mata selalunya tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan pasukan bolasepak.

Tahap bolasepak negara di peringkat antarabangsa semakin tahun semakin merudum. Sering yang dipersalahkan ialah pihak pengurusan, jurulatih dan para pemain. Tetapi bagaimana para penyokong ? Para penyokong juga secara tidak langsung menyumbang kepada penurunan tahap bolasepak negara. Lebih 50 tahun kita merdeka, masih ada lagi sikap tidak professional para penyokong. Sudah bertahun-tahun pasukan negeri menggunakan khidmat pemain import namun ianya tidak banyak membantu meningkatkan kualiti bolasepak negeri dan negara. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam arena bolasepak negeri dan negara baik dari segi pengurusan, jurulatih, pemain malah penyokong sendiri.

Jika pihak pengurusan, jurulatih dan pemain tidak dapat membuat perubahan, biarlah kita sebagai penyokong membuat perubahan terlebih dahulu. Antaranya ialah kita haruslah menghentikan sikap negatif ketika menonton bolasepak antaranya mem“boo” pemain pasukan lawan, penyokong pasukan lawan, pengadil, penjaga garisan malah ada kalanya mem“boo” pemain pasukan sendiri. Membuang sampah merata-rata tempat ketika menonton bolasepak, dengan kulit kacangnya dan botol airnya. Keluar dari stadium apabila pasukan pilihan kita diambang kekalahan, sedangkan para pemain mengharapkan sokongan hinggalah ke wisel penamat.

Yang penting sekali untuk penyokong bolasepak yang beragama Islam ialah solat jangan tinggal. Kalau tak sempat nak solat jemaah isyak di masjid atau surau, solatlah berjemaah bersama keluarga di rumah selepas perlawanan.

Dalam hal ini kedudukan Stadium Tuanku Abdul Rahman , Paroi boleh dikatakan amat tidak strategik. Ini adalah kerana stadium ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Taman Paroi Jaya. Sorokan penonton akan berlawan-lawan ketika azan isyak dilaungkan, ketika imam sedang mengimamkan solat isya dan ketika penceramah sedang berceramah.

Ada baiknya pihak Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan berbincang dengan pihak pengurusan masjid samada untuk melewatkan sedikit perlawanan di stadium ini dari 8:45 malam ke 9:00 malam, atau mungkin pihak masjid perlu menjadualkan ceramah perdana agar ianya tidak bertembung dengan perlawanan bolasepak. Atau mungkin Negeri Sembilan perlu membina stadium baru yang lebih selesa yang tidak berjiran dengan masjid atau surau. Apa perasaan kita sebagai seorang Islam apabila laungan azan, laungan ALLAHU AKBAR disambut dengan orang Islam yang berada di dalam stadium dengan “boo” , walaupun “boo” tadi bukan mereka tujukan kepada azan tersebut ?

HOBIN JANG HOBIN

JOM SOLAT

20080712

Ceramah Isu Iraq 12 Jul Masjid Senawang

CERAMAH PENERANGAN ISU-ISU UMAT ISLAM DI IRAQ

Penceramah :
Mr Khallaf Al-Mullah – Iraqi Relief Association
Mrs Azhar Al-Samra’I – Iraqi Relief Association

Sabtu 12 Julai 2008
Selepas Solat Maghrib
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Anjuran : Masjid Bandar Baru Senawang dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20080711

JOM SOLAT

KEMPEN JOM SOLAT









Bayi lemah selepas bedah perlu bantuan di Seremban

Shafiq perlu bantuan

Utusan Malaysia 10 Jul 08. SEREMBAN 9 Julai - Seorang suri rumah, Shahriza Ismail, 24, merayu ihsan orang ramai untuk membantu bayi lelakinya yang mengalami masalah lemah pergerakan setelah menjalani satu pembedahan pada April lalu.

Selepas pembedahan itu, katanya, Shafiq tidak lagi berupaya menggerakkan badan dan hanya mampu berbaring dan mengiring sahaja.

Menurutnya, beliau juga perlu menjaga anak sulungnya, Mohammad Aliff, 2, yang menghidap penyakit asma.

"Kini kami sekeluarga terpaksa bergantung pada pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji kira-kira RM700 sebulan," jelasnya.

Sehubungan itu, Shahriza merayu bantuan pihak JKM dan orang ramai bagi mengurangkan beban yang ditanggung dengan menghubungi jirannya di talian 017-6038605.

Berita penuh di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

20080705

Seminar Wasiat, Hibah, Faraid

Seminar Pengurusan Harta Menurut Islam
Ahad 6 Julai 2008
Jam 8:30 pagi
Di Masjid Sikamat , Seremban

Maklumat lanjut hubungi Sdr Ariffin 019-3572986

40 Billion harta orang Islam telah beku. 300 juta harta sepencarian belum selesai. Bila kesudahannya ? Apakah itu wasiat, hibah dan faraid. Bagaimana hendak mengurus harta sepencarian ?

20080704

Sertai Pogram JALINAN Ukhuwwah 1-3 Ogos di NS

JALINAN UKHUWAH MUSIM PANAS (JALINAN)
1-3 OGOS 2008 (Jumaat – Ahad)
Kem SMA, Kg Gadong, Labu, N.Sembilan
Anjuran : ISMA http://www.ismaweb.net

Sertailah Program JALINAN UKHUWAH MUSIM PANAS ( “Summer Camp” untuk pelajar-pelajar luar negara antaranya UK, Ireland, Rep Czech, Germany, France, Russia, USA, Canada, Mesir, Madinah, Jordan, Yaman, India, Korea, Jepun, Indonesia, Australia dan NewZealand yang pulang bercuti SUMMER di Malaysia antara Mei-Sept 2008 yang bercuti di Malaysia)

Yuran Penyertaan RM 50 sahaja

Bagi yang berminat bolehlah email kepada:
akhi badar: badar_21@yahoo.com.au
ukht usu: usualex2000@yahoo.com
Maklumat lanjut di http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/program-jalinan-1-3-ogos/

Kenderaan disediakan dari Komuter Labu ke Kem pada Jumaat 1 Ogos bermula 330 petang.

Seminar Hafaz Al Quran Kaedah Jibril 12 Julai Melaka

Seminar Menghafaz Al Quran Kaedah Jibril
Tarikh : Sabtu , 12 Julai 2008
Masa : 8.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Auditorium MITC , Ayer Keroh , Melaka
Dikendalikan : Ust Mohd Asraff Ayob AlHafiz, Pengasas Kaedah Jibril , BA(Hons)Al-Azhar, Ma (Hons)
Yuran penyertaan RM 85
Buku kerja terperinci / Sijil penyertaan.
Termasuk sarapan pagi, makan tgh & minum ptg
Hubungi Ustz Anas Jalal Asnawi AlHafiz 0126670927 Anasn9@yahoo.com http://www.kaedahjibril.com

20080703

Cari orang susah, bukan tunggu di pejabat

Sepatutnya Menteri Kebajikan Masyarakat, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua kampung, penghulu, pegawai kebajikan masyarakat, pegawai baitul mal, pusat zakat dan semua seangkatan dengannya turun padang mencari orang yang memerlukan bantuan. Bukannya tunggu di pejabat hingga ada yang datang minta bantuan atau tunggu akhbar mendedahkan kepayahan masyarakat. Makcik-makcik pesara kerajaan di Perak ini telah menunjukkan jalannya kepada mereka yang bertanggungjawab bagaimana untuk membantu golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim serta mereka yang dibelenggu pelbagai masalah. Ikuti kisah selanjutnya di KOSMO http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Ketuk pintu cari orang susah

……JAM di tangan tepat pukul 9.15 pagi. Ketika inilah kenderaan pacuan empat roda, Perodua Kembara berwarna hitam yang dikemudi Zainun Naemah Zainun Nasir, 56, mula membelah kesibukan bandar Taiping, Perak.

Adakala ujarnya, individu daif yang mereka temui langsung tidak disedari kedaifan yang dideritai oleh penduduk sekitar. Bahkan, ketua kampung sendiri tidak menyedarinya menyebabkan tiada pihak tampil menghulurkan bantuan yang sewajarnya.