KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090120

Dimarah guru sebab Solat di sekolah di Seremban

Kawan saya ada anak perempuan. Tahun 2008 dia dapat 5A UPSR dari Sekolah Rendah Agama Swasta di Seremban. Dia tak layak masuk sekolah menengah kebangsaan agama terpilih (elit) kerana dasar diskriminasi Kementerian Pelajaran.

Dia hanya layak mohon Sekolah Menengah Agama (kerajaan negeri) atau Sekolah Menengah Kebangsaan (yang ada aliran agama SMKAA) atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Jadilah dia masuklah SMKAA di Seremban pada Januari 2009. SMKAA ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan yang biasa tapi adalah kelas khusus untuk aliran agama.

Dia mengalami “culture shock” apabila masuk SMKAA ini. Ini adalah kerana suasana SMKAA tak sama dengan suasana SMA atau SABK. Pergaulan pelajar lebih bebas.

SMKAA tidak menitik berakan hal solat. Yang menyedihkan ialah apabila anak kawan saya ini keluar kelas pergi solat , dia dimarahi oleh gurunya.

Justeru itu semua pihak harus prihatin akan isu ini, Kementerian, Jabatan, Guru , Ibu bapa dan guru.

Solat adalah perkara wajib. Kalau tak nak buat program khusus untuk pelajar supaya minat solat, janganlah marah pelajar yang nak solat.

Beikut beberapa tindakan segera yang perlu diambli oleh semua pihak sebelum isu ini menjadi isu sensitif dan isu nasional :

1. Kementeran Pelajaran dan Jabatan Pelajaran haruslah mengeluarkan panduan kepada guru-guru akan masa solat untuk pelajar. Tak perlu keluar arahan mewajibkan pelajar solat, tapi perlu keluarkan panduan untuk pelajar yang ingin bersolat. Antaranya ialah masa yang diperuntukkan, solat pada awal waktu, solat berjemaah.

2. Guru-guru harus memahami garis panduan ini

3. Ibu bapa dan pelajar harus memahami panduan ini.

Itu saja yang kita minta. Selesaikan segera isu ini.

Guru besar, guru , ustaz dan ustazah yang berada di sekolah hendaklah prihatin akan solat. Walaupun ianya tidak diwajibkan oleh Kementerian , tapi sentiasa nasihatkan murid supaya solat. Apa gunanya dapat PMR 8 A tapi tak solat, apa gunanya dapat SPM 19 A tapi tak solat.

Tiada ulasan: