Tak risaukah kita di Negeri Sembilan ni dah hampir sebulan tak turun hujan ? Tak risaukah kita tengok awan dilangit bukan main gelap nak hujan, cuaca malam hari bukan main panas macam nak hujan , tapi hujan tak juga turun-turun ? Tak risaukah kita tengok rumput-rumput dan belukar di Negeri Sembilan sekarang dah jadi kuning.
Gambar-gambar diatas saya ambil pada 24 dan 25 Jan 2009 di Senawang dan Rembau menunjukkan keadaan awan yang begitu gelap nak hujan, dan keadaan rumput yang kering kuning.
Tak risaukah kita tengok daun-daun kering yang memenuhi longkang akan menyebabkan longkang tersumbat dan boleh menyebabkan banjir sekiranya hujan lebat turun ? Saya risau. Saya risau tengok bila alam menunjukkan tanda-tanda ini, tapi saya dapati surau dan masjid di Negeri Sembilan ini masih kosong. Malah ada masjid dan surau yang tiada kedengaran suara azan.
Saya risau alam dah menunjukkan rajuknya , namun umat Islam tidak mahu kembali mohon pada ALLAH agar Negeri Sembilan tidak dilanda bala. Saya risau kerana menurut ramalan kaji cuaca Jabatan Kajicuaca Malaysia dalam laman webnya mengatakan hari Khamis 22 Jan akan turun hujan pada petang, Jumaat pun akan turun hujan pada petang, Sabtu 24 dan Ahad 25 Jan akan turun hujan pagi petang. Itu hanyalah ramalan mengikut kaedah saintifik (bukannya sesuatu yang pasti).
Saya risau tiada usaha oleh pihak pemerintah untuk mengadakan solat istisqa untuk minta hujan rahmat turun di Negeri Sembilan. Saya risau kalau nak buat sembahyang isitisqa siapa yang patut mengimaminya , kerana khabarnya Dato Murtadza tidak disambung kontraknya untuk menjadi Mufti Negeri Sembilan. Siapa yang nak mengimami solat istisqa ini. Bila saya soalan ini lepas kuliah subuh pagi tadi, Nazir masjid kata Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan boleh jadi imam.
Saya risau, sebab saya ingat lagi beberapa tahun lalu Negeri Sembilan di landa kemarau panjang dan tahap air di Empangan Sungai Terip di paras kritikal , lalu Dato Murtadza Mufti Negeri Sembilan mengimami Solat Istisqa di Empangan Terip, keesokannya dengan izin ALLAH hujan turun.
Saya risau mendengar keluhan Dato Murtadza dalam wawancara Majalah Milenia Muslim keluaran Februari 2009 terbitan YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) mengatakan ada pihak-pihak tertentu yang membiarkan masjid-masjid di Negeri Sembilan ini mati tanpa sebarang aktiviti membentuk masyarakat yang menurut syariat Islam.
Saya juga risau Dato Murtadza mengatakan masjid-masjid telah diedarkan zikir dan amalan solat istisqa apabila hujan lama tidak turun, tapi saranan ini dipandang sepi.
Marilah kita sama-sama bertaubat. Hidupkanlah kembali surau dan masjid di tempat kita dengan solat jemaah. Jangan ada masjid dan surau di Negeri Sembilan ini yang tidak dilaungkan azan.
Alam sudah menunjukkan rajuknya, namun kita masih lagi alpa. Tidak cukupkah dengan wabak Denggi dan Chikungunya sekarang ini ?
Setakat jam 10:22 malam Ahad 25 Januari 2009 hujan masih tidak turun di Senawang ini.

3 ulasan:
alhamdulillah - johor batu pahat baru saja hujan semalam selepas kemarau sejak 2 bulan lepas.
Feb akan bermulanya tiupan angin southwest monsoon dari Australia yang boleh membawa hujan.
Tetapi sekiranya petanda el nino memutik di Australia, ia boleh memberi kesan tiupan yang kering.
Tahun 2008, menyaksikan angin monsoon timur laut melanda sekitar 3 minggu lebih awal daripada sepaturnya, dan telah menyebabkan banyak negeri di Semenanjung kena banjir.
Saya jangka trend 3 minggu awal ini berkaitan dengan angin southwest monsoon.
Angin ini mungkin kering. Jadi, sekarang keadaan tidak hujan itu dirasai dipantai barat semenanjung, termasuk NS.
Empangan Sg Terip ada sedikit special, kalau hujan tidak menyeluruh, hygroscopic nuclei di Seremban akan menarik hujan turun ke Seremban, tetapi tidak di empangan sungai terip.
Saya harap ini tidak berlaku. Kalau berlaku juga, ia akan berterusan dari feb. hingga mei.
Kalau nasib tidak baik, masuk ke jun.
assalamualaikum....
dalam kegundahan masyarakat Islam yg prihatin terhadap fenomena alam yang membimbangkan di N9, keadaan di Perak jadi sebaliknya, boleh dikatakan hampir setiap hari hujan akan turun pada waktu petang.alhamdulillah.
mungkin pengerusi MAINS boleh rujuk kepada Dato' Seri MB Perak tentang hubungan antara MB dgn Mufti Kerajaan Negeri.
wassalam...
KALAWANGI DI BUMI DATO' SAGOR
Catat Ulasan