KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090123

Majalah PANAS Bicara Mufti N.Sembilan diterbitkan


Majalah Milenia Muslim keluaran Februari 2009 terpampang muka hadapan gambar Dato’ Hj Murtadza dengan tajuk CABARAN MUFTI. Apakah yang diwawancara oleh wartawan Milenia sebanyak 5 mukasurat penuh ?

Biasanya Dato’ Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad sering menolak permintaan wartawan untuk ditemubual. Menurutnya beliau serik dengan wartawan dan media yang menyalah tafsir atau menyalah lapor kenyataannya. Namun demikian , beliau menerima permintaan Milenia Muslim untuk diwawancara kerana sering membaca majalah itu dan menganggap kandungannya mempunyai wadah dakwah yang berkesan.

Apabila saya mendapat maklumat Dato’ Hj Murtadza menjadi bahan “front page” saya terus berkejar ke kedai buku, takut habis di pasaran. Lepas kerja jam 6 petang Jumaat 23 Januari 2009 saya ke Pasaraya Giant Senawang. Kedai buku MPH belum jual yang keluaran Feb 09, masih ada keluaran Jan 09.

Lalu saya pergi ke kedai akhbar Berjaya Newstand depan Pejabat Pos Pasaraya Giant, mujur ada 5 naskhah, itu pun terselit diantara banyak majalah lain. Tanya pemilik kedai baru dia tunjukkan. Apa lagi saya terus cekup, harganya hanya RM 6.50.

Banyak luahan hati Dato Hj Murtadza dalam wawancara tersebut.

Belilah sendiri ya, kalau nak tahu apa luahan hati beliau. Cepat sebelum habis di pasaran.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada ke mufti lain selain dari dr asri ? majalah apa tu ? tak pernah dengar pun ? suruh la dato ni buat blog sendiri. baru cool. generasi muda sekarang mana baca majalah.

wa ya sin berkata...

Bagi saya Mufti mesti berani .. berani kedepan .. berani di fitnah .. berani walaupun di salah laporkan. Berani mengeluarkan hujah2 yang panas...Mufti berani CHANGE kerana banyak perkara sudah CHANGE..CHANGE WE CAN!...Mufti mesti tinggal kerusi di pejabat .. pergi ketempat PANAS untuk bersuara. Mufti perlu berilmu tinggi untuk berdepan denga masa sekarang.. pendapat2 yang tidak popular dahulu tetapi sesuai dengan Zaman mesti di ketengahkan. Mufti tidak perlu menjadikan hanya lingkaran traditional sebagai locus tetapi keluar dari traditional kepada moderate. Mufti tidak perlu terikat dengan satu aliran dan mazhab .. Fatwa perlu sebagai makna penghuraian - perungkaian .. sebagai pembuka bukan penghukum semata2..
ISLAM ITU MUDAH JANGAN SEMPITKAN... semua pendapat boleh di bantah walau siapa dia itupun .. apabila di baca "Bersabda Rasulullah s.a.w .." Maka semua kena "aku dengar dan aku taat". Mufti perlu luas pengkajian untuk berdepan degna perubahan zaman - sesuai dengan islam sebagai "rahmatan lil alami" bukan menyempitkan dan menyusahkan.

Kembali kepada asal sumber Alquraan dan Sunnah. Kata2 Sahabat, Tabiin dan Tabitabiiin. - sebelum mengambil pendapat yang lain.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Setuju dgn Ibnu Ahmad, Mufti perlu jadi jurubicara umat. Di NS saya rasa byk yg perlu dilakukan oleh Mufti utk meningkatkan penghayatan Islam masyarakatnya... Prestasi Mufti yg lalu saya rasa kurang menyerlah setelah memegang jawatan sebegitu lama... istiqamah dlm tariqat saja tidak mencukupi.. byk aspek2 lain dlm Islam yg penting yg perlu diutamakan... Kefahaman Islam yg sebenar perlu diterapkan bukan hanya baca yassin, tahlil, zikir disurau2 dan masjid di malam jumaat. Umat semakin hari semakin jauh drp lslam ... Eloklah ditukar kpd tokoh lain yg lebih berani, bertenaga, disamping ilmu yg tinggi.. saya rasa NS tidak kurang tokoh sebegitu... tidak semestinya dari kalangan keluarga tertentu sahaja... siapa yg layak patut diberi keutamaan... cuma jgn dicari org2 yg hanya mengampu pemerintah nanti lagi rosak rakyat jelata.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

akh...

ana kurang bersetuju dgn pandapat ibnu ahmad n pro-perubahan.ana berpandangan dato' sheikh sudah melakukan yg terbaik dalam memartabatkan islam di bumi adat perpatih ini tetapi selagi kerajaan yang menjunjung islam tidak tertegak di bumi N9 sepertimana di Perak,Kedah,Selangor dan semestinya Kelantan, selagi itulah dato' mufti berdepan ranjau yang begitu banyak...tapi kan itu asam garam perjuangan....

jgn disentuh perkara2 yg telah disepakati bersama seperti sola bacaan yasin,tahlil,tariqat,mazhab dsbnya tapi sama2 kita bergerak mendaulatkan islam khususnya di bumi N9 tercinta ini.

Ateh Zuhairi berkata...

Assalamualaikum

Saya dgn rasa rendah diri menyeru diri dan rakan2 semua untuk berfikir masak2 sebelum berkata2, apatah lagi membuat sebarg tuduhan. Saya bekerja dalam institusi Agama Islam di NS ni, dan insyaAllah saya tahu pengorbanan, kesulitan dan kesungguhan Dato' Mufti dalam memperjuangkan agama. Dan siapa pula kita nak memperlekehkan ulama' begitu??? Astaghfirullah..

Benarlah kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta"..

Wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

anonymous said "is there a mufti other than dr asri?" the answer is no, there isn't any who's not wahhabis except him, and his replacement dr juanda.