Inilah masanya Negeri Sembilan menjadi tumpuan seluruh Malaysia atau mungkin seluruh dunia.
Mungkin tiada projek “Mee Segera” di Negeri Sembilan , tetapi mana-mana projek sebelum ini yang telah dirancang haruslah segera dilaksanakan. Mana-mana projek yang selama ini tertangguh haruslah segera disiapkan.
Dalam sektor pelancongan misalnya Negeri Sembilan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jiran yang lebih kecil iaitu Melaka.
Baru-baru ini saya berkesempatan menemui seorang usahawan bumiputera di Seremban Plaza (Bangunan MARA) yang mengusahakan perniagaan kapalterbang mainan kawalan jauh (remote control).
Agak kagum dengan kesungguhan Encik Safri yang mempunyai begitu banyak variasi kapalterbang, helikopter, jet dan bot mainan kawalan jauh yang menggunakan kuasa petrol (nitro) di kedainya.
Perniagaan ini diusahakan oleh beliau secara solo dengan dibantu oleh isterinya. Saya bertanyakan kepada beliau ada tak mana-mana sekolah yang mengadakan kelab kapalterbang mainan di sekolah-sekolah. Menurut beliau tak banyak lagi di Negeri Sembilan ini.
Setakat ini beliau menyertai pertunjukan udara di Chembong dan beberapa latihan bersama teman-teman di sekitar Seremban.
Sepatutnya Negeri Sembilan telah lama ada landasan terbang atau air strip untuk aktiviti udara termasuk microlite aircraft.
Secara tidak langsung ianya akan menjadi daya tarikan pelancongan sukan. Di samping itu aktiviti seperti ini akan menanam minat para remaja dan pelajar sekolah untuk menceburi bidang avionik , kejuruteraan penerbangan dan angkasa.
Menurut Encik Safri aktiviti microlite aircraft di Negeri Sembilan ini dijayakan oleh seorang usahawan bukan bumiputera yang juga temannya di Rantau.
Satu ledakan kesedaran semua pihak terutamanya kerajaan negeri dan agensi kerajaan diperlukan untuk merancakkan aktiviti ekonomi, pelancongan, industri , kesukanan di Negeri Sembilan ini.
Dan Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang harus membuka mata semua pihak untuk membawa Negeri Sembilan lebih maju ke hadapan bukannya memainkan isu-isu lapok , sentimen perkauman dan serangan peribadi.
Saya sarankan kepada ibu bapa bawalah anak-anak melawat RC HOBBY FLY untuk menarik minat anak-anak kita terhadap sains dan teknologi terutamanya kejuruteraan angkasa. Saya pasti anak-anak kita semua terutama yang lelaki akan terpikat apabila mengunjungi RC HOBBY FLY di Seremban Plaza (Bangunan MARA).
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :
Encik Safri bin Semail
RC HOBBY FLY
G.05 Seremban Plaza (Bangunan MARA), Jalan Dato' Muda Linggi, 70100 Seremban
Tel : 019-3976021 , 019-6692214 , 06-7674802
E-mel : rchobbyfly@yahoo.com
Laman web : http://rchobbyfly.webs.com/
Perkhidmatan :
- Menjual alat-alat permainan jauh seperti jet, kapalterbang, helikopter, bot & kereta yang menggunakan minyak atau bateri.
- Memasang, membaiki, mengajar (dalam tempoh promosi latihan diberikan secara percuma)
- Menerima undangan untuk sebarang majlis(gimik perasmian atau pertunjukkan)
2 ulasan:
http://baganutama.blogspot.com/
abg rozmal promote link kat atas.
kami dari bagan pinang buat liputan live setiap hari di N31.
Setiap hari ade gamba baru.kami tak copy paste berita dari blog lain.
bAGUS...GOOD IDEA, MACAM INILAH KRITIKAN YANG MEMBINA..
Catat Ulasan