KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090904

Umat Islam Solat tarawih di kuil orang Yahudi

Di Amerika Syarikat disebabkan semakin ramai yang menganut agama Islam , masjid tak cukup, jadinya rumah ibadah penganut Yahudi atau Sinagog digunakan pada bulan Ramadan untuk solat tarawih.

Dulu masa saya berada di Iowa City, Amerika Syarikat , disebabkan masjid tidak ada, kami penduduk Islam di sana menyewa salah sebuah dewan di sebuah gereja untuk dijadikan surau.

Di Malaysia masjid makin kosong di penghujung Ramadan, yang makin meriah Bazaar Ramadan, mercun dan bunga api. Apa nak jadi orang Melayu ni. Kalau lepas Ramadan lagi kosonglah masjid dan surau, yang meriah Pasar Malam, Dataran, Konsert, Jom Heboh.

Anak-anak orang Melayu sekarang pun semakin biadap dan kurang ajar. Main mercun berhampiran surau ketika orang tengah solat.

Orang Melayu jangan marah kalau kuil Hindu di Malaysia ini makin meriah. Sebabnya orang Melayu dah tak minat memakmurkan masjid dan surau , mereka minat memakmurkan Bazar Ramadan dan Pasar Malam.

Di Pedas, Rembau, dekat Stesen Timbang JPJ ada sebuah kuil Hindu tepi jalan. Setiap kali saya lalu pada waktu malam penuh kuil tersebut dikunjungi oleh penganut Hindu. Sedangkan masjid di Rembau banyak yang kosong , dan banyak pula yang terbiar dan runtuh. Contoh di sini http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/08/rintihan-terakhir-anak-rembau.html

Tidak hairanlah semakin hari semakin banyak Bala turun di Malaysia ni, wabak pelbagai penyakit, banjir, dadah, jenayah dan banyak lagi.

Hidup Di Dunia Tak Sampai Sekelip Mata , Akhirat Kekal Selama-lamanya.

**********************
Sumber dari laman web Ustaz Hambali Seremban : http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/09/umat-islam-us-sewa-sinagog-selama.html

Umat Islam U.S Sewa Sinagog Selama Ramadhan

Di daerah Reston, Virginia sebuah sinagong telah dibuka bagi umat Islam melaksanakan solat sepanjang Ramadhon khususnya untuk solat Tarawikh sebagaimana yang dipaparkan di dalam Washington Post.

Berdasarkan apa yang berlaku, salah seorang kepimpinan Yahudi di daerah berkenaan Rabbi Robert Nosanchuk menyatakan bahawa, “ Nabi Yahya (Yesaya) mengatakan bahawa rumah-rumah kita akan menjadi tempat ibadah semua orang. Sekarang saya tidak tahu apa yang dapat dibayangkan oleh Nabi Yahya bila sekarang ini sinagong telah menjadi tempat ibadat umat Islam selama bulan Ramadhon.” Namun idea dasarnya datang dari kata-kata Nabi Yahya a.s.

Masjid yang dapat menampung 4000 jamaah seperti masjid Adams di Herndon telah mengalami peningkatan 13 kali ganda sejak tahun 2000 lalu, namun sampai sekarang masih belum mampu membina ruang ibadat yang baharu dibebabkan beberapa masaalah setempat.

Sumber Islamonline http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1248188147155&pagename=Zone-English-News%2FNWELayout

Tiada ulasan: