Orang Melayu ni kalau bab nak buat surau, masjid atau madrasah boleh dikatakan kedekut. Semua harapkan sumbangan para dermawan, badan korporat akhir sekali tunggu bantuan kerajaan.
Nak buat surau, masjid atau madrasah pula nak tunggu duit dalam akaun beratus ribu atau berjuta baru nak buat. Sanggup sewa rumah atau kedai kecil sementara duit dalam akaun berpuluh atau berpuluh ribu terkumpul. Sedangkan tanah dah ada.
Kalau dah ada tanah mulakan pembinaan yang asas dulu. Yang penting ada tempat umat Islam setempat untuk berkumpul solat jemaah.
Adik ipar saya beritahu bahawa suami dia yang kerja kampung telah siap buat surau sendiri. Dan Ramadan ini ramai penduduk tamah perumahan sebelah yang solat tarawih. Tak malu ke mereka yang duduk di bandar , orang kampung yang tiada pekerjaan tetap, boleh buat surau untuk kemudahan umat Islam menggunakan duit sendiri dan tulang empat kerat ? Gambar surau tersebut semasa dalam pembinaan di sini http://waghih.blogspot.com/2008/10/buat-surau-guna-duit-sendiri-jangan.html
Saya tanya sahabat saya di Taman Bandar Senawang macamana surau di sana. Dia kata sekarang ni masih menyewa tingkat atas bangunan kedai untuk dijadikan surau.
Di Taman Sri Pulai 3 pun sama, menyewa rumah untuk dijadikan surau , sementara menunggu duit sumbangan. Rujuk sini http://nogori.blogspot.com/2009/08/surau-oh-surau-jom-buat-pelaburan.html
Inilah jadinya, otak orang Melayu ni , otak subsidi. Nak buat apa-apa , tunggu sumbangan itu , sumbangan ini. Mana perginya semangat gotong royong dan semangat sederhana dalam membuat masjid atau surau ?
Hidup Di Dunia Tak Sampai Sekelip Mata , Akhirat Kekal Selama-lamanya.
Marilah kita berebut-rebut buat istana di syurga, di akhirat dengan berebut-rebut buat masjid, surau, madrasah, rumah anak yatim di dunia bukan berebut-rebut buat banglo mewah untuk diri sendiri semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan