KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090920

Idil Fitri yang sebenarnya

Alhamdulillah , Idil Fitri adalah hari kemenangan ke atas umat Islam. Ianya haruslah disambut dengan rasa penuh keinsafan, kesyukuran, kemaafan, ukhuwwah. Hiburan, makanan biarlah mengikut syarak.
Ianya amat bermakna kali ini kerana saya dapat meraikan dengan semangat ukhuwwah dengan ahli keluarga dan sanak saudara di rumah emak dan ayah di Rembau.
Malam raya semua pakcik dan makcik sebelah emak berkumpul di Bongek.
Selepas Isya pada malam Raya tadi saya dan abah pergi ke rumah Atok dan Wan di Tanjung. Ramai sahabat yang kaget mendengarkan atok dan wan saya masih hidup. Mereka antara beberapa orang di Rembau yang berusia lebih 9o tahun. Atok saya sekitar 95 tahun tetapi tidak berapa sihat dari segi akal, Wan sekitar 90 tahun tidak berapa sihat dari segi pendengaran.

Ini gambar Wan saya, sebelah tu abah. Abah baru lepas selesai suap Atok ketupat pulut dengan rendang. Begitu berselera Atok makan.
Ini pula gambar Atok saya. Baru lepas cukur janggut. Abah minta saya tolong cukurkan. Sesungguhnya inilah hadiah Idil Fitri yang paling bermakna, dapat bersama kedua orang tua.



Memandang wajah ibu bapa merupakan pahala. Memandang wajah para alim ulama dapat pahala. Memandang wajah artis tak tahulah saya ? Selalu selalulah pandang wajah orang tua dan alim ulama.

Tiada ulasan: