KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111229

Mari kita ceriakan keluarga daif ini di Johol, N.Sembilan



Baru-baru ini rombongan PAS DUN Johol, Negeri Sembilan telah berkesempatan mengadakan lawatan menziarahi keluarga miskin di Kampung Kepis Hilir (lorong Lonek) iaitu sebuah keluarga pasangan suami isteri yang mempunyai 4 orang anak.

Suaminya bekerja kampung, mengambil upah dan menoreh getah milik orang.

Kehidupannya semakin terhimpit apabila tuan kebun tersebut ingin menoreh sendiri getahnya.

3 dari anaknya akan bersekolah pada sesi 2012 akan datang.

Rumah yang diduduki beliau adalah ihsan dari seorang penduduk kampung yang meminta beliau menunggu rumah pusaka. Rumah itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Beliau pernah dijanjikan untuk mendapat rumah PPRT namun sehingga kini tanahnya sahaja yang diratakan tetapi rumah tetap tidak didirikan lagi.

Melihat rumahnya yang cukup usang, dengan anak yang semakin membesar pihak PAS DUN Johol berhasrat menggerakkan inisiatif untuk membantu beliau sekeluarga membina rumahnya.

Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi beliau iaitu Roos Noor Faizli bin Razali ( 012-2682373 ) Kampung Kepis Hilir, 71300 Johol, Negeri Sembilan.

Foto keadaan rumah keluarga tersebut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/12/mari-kita-ceriakan-keluarga-daif-ini-di.html

Tiada ulasan: