Pada awal Disember 2011 seorang lelaki telah meninggal dunia akibat dipanah petir ketika melakukan kerja di projek landasan keretapi berkembar di Rembau. Seorang penduduk menggesa supaya ada pihak yang mengkaji serta menyediakan pelan tindakan untuk mengurangkan risiko panahan petir yang boleh membawa kepada kemusnahan nyawa dan harta benda. Apakah apabila landasan keretapi elektrik berkembar beroperasi kelak akan menaikkan lagi kadar panahan petir di Rembau?
Saya juga berpendapat selain pendekatan sains, kita juga seharusnya menggunakan pendekatan Islam serta mendekati golongan ulamak agar mereka memberi pandangan terhadap punca kenaikan kadar panahan petir ini serta langkah yang perlu diambil.
Saya telah mengumpulkan berita dan kejadian kemalangan akibat petir sekitar Malaysia di http://kilatmalaysia.blogspot.com/
Firman Allah : Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra’ad :12-13)
Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com/
Lokasi sering disambar petir
Sinar Harian 17 Dis 2011
REMBAU – Penduduk dari Kampung Ara, di sini, memohon pihak berkaitan supaya dapat mengkaji kawasan yang sering disambar petir berikutan ia berdekatan kediaman sekali gus bagi mengelak ancaman terhadap keselamatan dan nyawa penduduk di situ.
Kebimbangan itu susulan kejadian buruh maut dipanah petir ketika kerja-kerja membina jambatan berhampiran landasan kereta api berkembar di kampung berkenaan, kira-kira jam 4.00 petang, 4 Disember lalu.
Menurut Azman Ahmad, 41, kediaman keluarganya terletak betul-betul berhampiran jambatan berkenaan.
Katanya, ketika kejadian buruh maut dipanah petir itu berlaku, dia berada di rumah bapanya.
“Kawasan ini boleh dikatakan ‘kawasan petir’ kerana ia sering disambar petir kuat sehingga bapa saya pernah menceritakan tembok konkrit pintu pagar rumah dan cermin peti surat pecah dipanah petir tahun lalu.
“Jika sebelum ini, masih belum terdapat kes membabitkan kehilangan nyawa penduduk, namun kejadian ini (buruh maut dipanah petir) benar-benar membimbangkan saya sekeluarga,” katanya.
Sementara itu, Azman berkata, dia berharap supaya pihak berkaitan dapat mengkaji kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara buruk berulang kembali.
Malahan, dia turut berharap aliran elektrik berarus tinggi bagi landasan kereta api berkembar itu dikaji supaya tidak menambah risiko kejadian panahan petir di perkampungan berkenaan.
“Saya sangat berharap kajian dapat dilaksanakan di kawasan ini bagi mengelak perkara buruk berulang selain bagi menyelamatkan nyawa penduduk,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lokasi-sering-disambar-petir-1.13058

Tiada ulasan:
Catat Ulasan