KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111206

Syoknya, Pesta Gerhana Bulan 10 Dis 2011 di Malaysia



Mari kita sambut peristiwa Gerhana Bulan Penuh dengan banyak Bersolat , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa pada 10 Disember 2011 nanti, insyaAllah.

Maklumat lanjut mengenai cara Sambutan Gerhana Bulan di http://waghih.blogspot.com/2009/12/jom-solat-gerhana-sedekah-malam-tahun.html

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

PROGRAM CERAPAN GERHANA BULAN PENUH
Tarikh : 10 Disember 2011, SABTU, 14 Muharram 1433H
Masa : 4.30 ptg - 10.00 mlm
Tempat : Baitul Hilal, Port Dickson

Anjuran : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

MAKLUMAT FASA GERHANA BULAN PENUH
Bulan terbit : 6.54 petang
Bulan mula memasuki Penumbra : 7.32 malam (P4)
Bulan mula memasuki Umbra : 8.46 malam (U4)
Permulaan gerhana Penuh : 10.06 malam (U3)
Waktu gerhana Maksima : 10.31 malam
Tamat gerhana Penuh : 10.57 malam (U2)
Bulan meninggalkan Umbra : 12.18 tengah malam (U1)
Bulan meninggalkan Penumbra : 1.31 pagi (P1)

TENTATIF PROGRAM
4.30 PM - Minum Petang
5.00 PM - Ceramah Gerhana Bulan, En. Shahrin Ahmad (Pengasas Falak Online dan Ahli NETT)
6.00 PM - Makan Malam
7.00 PM - Solat Maghrib berjemaah
7.30 PM - Tazkhirah : Gerhana, Tanda Kebesaran Allah, En. Razlan Ahmad (Universiti Sains Islam Malaysia)
8.15 PM - Solat Isyak Berjemaah, Solat Sunat Gerhana - Ust Zaher Rudin Hj Mokhtar (Imam Masjid Negeri)
9.00 PM - Taklimat Cerapan Gerhana Bulan, Pn. Nazatulshima Ahmad (Jabatan Fizik Universiti Malaya)
10.00 PM - Minum Malam & Bersurai

Kaifiyyah Solat Gerhana
Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Bulan secara berjemaah. Ianya mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud seperti berikut di http://www.muftins.gov.my/component/content/article/38-pengumuman/376-cerapan-gerhana-penuh-bulan-10-disember-2011

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya. Teks Khutbah sempena Gerhana bulan di http://www.muftins.gov.my/files/pengukuhan_iman_melalui_peristiwa_gerhana_bulan__rumi.pdf

Tiada ulasan: