KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120428

Forum Perdana 1 Mei 2012 di Masjid Senawang


FORUM PERDANA
Tarikh : 1 Mei 2012, Selasa
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tajuk : Solat Mencegah Kemungkaran dan Kekejian. Di manakah Kita?

Ahli Panel :
Ustaz Zamri Zainal Abidin (mantan pengacara Radio IKIM FM)
Ustaz Khusairi Hamthan (pentazkirah Radio Malaysia Negeri FM)

Moderator : Ustaz Danial Farhan Dolmat

Semua dijemput hadir


Seminar Penghayatan Solat 1 Mei 2012 di Seremban


SEMINAR PENGHAYATAN SOLAT

Tarikh : 1 Mei 2012, Selasa (Hari Cuti Umum)
Masa : 8 pg - 6 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban

Penceramah dan Pembentang Kertas Kerja
~ Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri
~ Ustaz Shuhadak Mahmud
~ Ustaz Khusairi Hamdan
~ Ustaz Mohd Zaidi Ramli

Yuran Penyertaan RM 60

Slot Khas Easy Solat untuk Remaja 10 - 17 tahun turut berlangsung sepanjang seminar dengan yuran penyertaan RM 30 terhad 100 peserta

Sila hubungi ; Hafiz 016-9276965 , Hafizi 019-3337427 , Safrizal 019-6720233 , Rahizah 013-2717251

Anjuran : Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah dan Sekolah Rendah Islam Intergrasi Tahfiz Darul Ulum

Mesyuarat Agung PAS Rembau 29 April 2012






MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN REMBAU KALI KE 9

Tarikh : 29 April 2012 , Ahad
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Yours Family Hotel, Chembong, Rembau (deret Pasaraya Zemart)
Perasmian oleh : Ustaz Idris Ahmad , AJK PAS Pusat

Untuk hadir sebagai pemerhati sila hubungi Sufian 013-3589328 , tempat terhad

Untuk sumbangan ke Tabung Pilihanraya PAS Kawasan Rembau sila salurkan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Hamizi 012-2832458

20120425

Kuliah Ustaz Ruslan 28 April 2012 di Senawang


KULIAH TASAWUF
Oleh Ustaz Ruslan Abd Razak
Tarikh : 28 April 2012 , Sabtu
Masa : 7:30 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com
Antara Pengisian:
- Ratib Al Hadad,
- Syarah Kitab Tajul ‘Urus,
- Selawat

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20120424

Ulama Rembau yang berjasa kepada Sultan Siak di Sumatera


Baru-baru ini saya dikhabarkan bahawa dari Rembau ada seorang ulama yang amat tersohor bukan sahaja di Rembau tapi di Siak. Beliau ialah Tuan Lebai Aris bin Ahmad (1905 – 1947), dari Kg Nerasau, Penajis, Rembau. Begitu besar jasa Lebai Aris kepada Sultan Siak, kerajaan Siak dan rakyat Siak, beliau telah dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Sultan Siak dan dianugerah tanah seluas 500 ekar.

Saya dikhabarkan juga Lebai Aris adalah merupakan datuk saudara kepada seorang ulama muda dari Rembau yang terkenal di negara kita pada ketika ini.

Perbilangan yang berbunyi, “Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau” mempunyai maksud yang mendalam dari segi sejarah.

Dikhabarkan juga loghat orang Siak adalah mirip loghat orang Negeri Sembilan. Sedangkan loghat orang Minang adalah jauh berbeza dari loghat orang Negeri Sembilan.

Untuk mengikuti kisah lanjut mengenai Lebai Aris terdapat di http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00744.pdf

TUTUR KATA ORANG SIAK MIRIP ORANG NOGORI

Sekali lagi saya teringatkan dialek orang negeri Sembilan. Pernah Prof. Madya Zainal Borhan menjelaskan bahawa dialek pertuturan orang Siak sama dengan orang di Negeri Sembilan.

Saya hendakkan kepastian tentang perbilangan tentang hubungan Siak dengan Negeri Sembilan, terutama Rembau. Dharwamijaya membacakan satu petikan dari sebuah buku,  “ Raja Mahmud dijadikan raja di Negeri Sembilan (Rembau) dan menetap di Penajis dengan gelaran Raja Melewar, setelah mendapat restu dari Sultan Johor pada kurun ke-17. Maka adalah perbilangan yang berbunyi, Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau.”

Nurhalim berpendapat Bertali Ke Siak itu mungkin membawa maksud  orang-orang di Negeri Sembilan, khususnya  Rembau kebanyakannya mempunyai hubungan keluarga dengan orang Siak. Ada pertalian darah.

Lenggok intonasi pertuturan orang Siak amat berbeza dengan orang Minang tetapi lenggok intonasi pertuturan orang Rembau hampir sama dengan lenggok orang Siak.


Warganegara Malaysia jadi kuli warga asing


23 April 2012 SENAWANG: “Penduduk amat tertekan kerana kawasan ini seolah-olah sudah menjadi perkampungan mereka merangkumi kira-kira 1,000 pekerja asing yang menjadi penghuni di beberapa unit rumah dan rumah kedai,” kata Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin, Mohamad Azman Md Safar.

Menurut beliau, tindakan pihak tertentu menjadikan ia sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk taman berkenaan berada dalam keadaan tertekan berikutan sikap warga asing terbabit yang tidak disenangi mereka.

Kata Mohamad Azman, kehadiran pekerja asing terbabit yang tidak memahami dan menghormati budaya tempatan selain sikap pengotor mereka menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas.

“Kelakuan mereka yang suka membuang sampah merata-rata menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan kerana kawasan perumahan ini menjadi kotor. Penduduk tempatan seolah-olah menjadi kuli mereka kerana terpaksa membuang sampah dan membersihkan kawasan.
“Selain itu, penduduk semakin hilang sabar dengan sikap warga asing itu yang turut menconteng bangunan dan berkelakuan kurang sopan seperti berpakaian menjolok mata.

“Mereka juga didapati meminum minuman keras di luar asrama tanpa menghiraukan jiran sekeliling selain menjadikan taman awam sebagai tempat pergaulan bebas lelaki dan perempuan,” katanya. Menurutnya, penduduk bimbang sikap negatif itu boleh mempengaruhi remaja tempatan sekali gus memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sahsiah mereka.

Dakwa Mohamad Azman, masalah itu sudah berlarutan sejak lebih enam tahun lalu namun bilangan pekerja asing berkenaan tidak ramai berbanding kini sehingga seolah-olah taman perumahan itu menjadi perkampungan mereka.

“Ahli jawatankuasa KRT pernah menasihati warga asing terbabit supaya memberi kerjasama dan tidak mengulangi perbuatan itu selain cuba memahami budaya penduduk tempatan, tetapi ia masih berterusan,” katanya.

Bagi penduduk, Mohd Faizal Rahim, 35, masalah itu sudah lama berlaku dan menyebabkan mereka tidak tahan lagi.

Dia yang menetap di situ lebih enam tahun lalu berkata, sejak taman itu dijadikan ‘perkampungan warga asing’, pelbagai masalah sosial berlaku dan tidak menolak kemungkinan ada berlaku kes persundalan membabitkan mereka.

“Saya amat tidak menyenangi kehadiran mereka kerana banyak membawa keburukan,” katanya.

20120423

Masjid yang mati di Chembong, Negeri Sembilan


Pada hari Ahad 22 April 2012 dalam perjalanan balik ke Seremban ketika terdengar azan zuhur berkumandang di corong radio kereta, saya pun mengambil keputusan untuk solat zuhur di Masjid Kariah Bt 17 Chembong. Sesampai saya di perkarangan masjid, azan sedang berkumandang.

Masjid Kariah Bt 17 ini , betul-betul terletak di tepi jalan utama Seremban - Tampin, di kelilingi Sekolah Menengah Dato Sedia Raja, Sekolah Menengah Teknik, beberapa kampung dan taman perumahan berhampiran. Ianya bukan terletak jauh dari jalan utama, atau jauh dari penempatan orang ramai.

Selesai berwuduk, saya pun masuk ke ruang solat. Di dapati di dalam masjid hanya ada saya dan tukang azan. Saya tak pasti yang tukang azan ialah Nazir, Imam, Bilal, Siak, AJK Masjid atau ahli kariah masjid. Kemudian datang seorang lagi yang saya kira juga sedang bermusafir atau sedang dalam perjalanan seperti saya.

Selesai solat sunat , tukang azan tadi toleh ke  belakang, seolah-olah beri isyarat untuk solat jemaah zuhur. Lalu saya pun ke saf hadapan dan qamat. Imam yang tukang azan tadi, makmumnya saya dan seorang lagi tadi.

Inilah hakikat masjid-masjid di Negeri Sembilan ini, masjidnya banyak yang mati. Ini adalah merupakan satu malapetaka besar terhadap umat Islam di Negeri Sembilan yang setiap kita perlu memainkan peranan untuk menghidupkan masjid-masjid ini.

Nazir ada peranannya, imam ada perananannya, bilal ada peranannya, ahli kariah ada peranannya, Mufti ada peranannya, Pengarah Jabatan Agama Islam ada peranannya, Wakil Rakyat ada peranannya, Menteri Besar ada peranannya.

Semua mereka ini akan ditanya di akhirat nanti apa peranan mereka masing-masing apabila masjid-masjid ini mati daripada menjalankan fungsi utama sebuah masjid, iaitu solat berjemaah 5 waktu tiap hari.

Sebelum ini juga saya ada menulis artikel bertajuk “Masjid-masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat” di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Letak kereta di gereja tapi ceramah di masjid


Tak pernah saya tengok Masjid Negeri di Seremban ramai yang hadir dalam apa jua program sebelum ini seperti apa yang berlaku pada hari Ahad 22 April 2012. Penuh sesak Masjid Negeri, orang ramai hadir, yang tua, yang muda, yang kanak-kanak, yang wanita, ingin mendengar nasihat dan menatap wajah Sheikh Habib Umar, ulama dari Yaman yang merupakan keturunan ke 39 daripada baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Saya terpaksa letak kereta di luar sebuah gereja tengah bandar Seremban, kerana tempat letak kereta berhampiran Masjid Negeri penuh sesak, termasuk yang atas bahu jalan.

Ribuan yang hadir ini datang secara sukarela. Mereka tak perlu disediakan bas, tak perlu disediakan t-shirt, tak perlu disediakan wang saku, tak perlu disediakan makan minum, tak perlu ada artis terkenal, tapi mereka tetap datang. Ada yang saya tengok plet kenderaan dari Singapura pun ada. Kalaulah pemimpin kita boleh buat perhimpunan sebegini untuk memberi kesedaran kepada umat agar kembali taat kepada Allah dan Rasulnya dalam amalan seharian alangkah baiknya.

Pada siang harinya sebelum program bermula, cuaca di Seremban begitu panas terik sekali, bahangnya terasa sampai ke lewat petang.

Tapi apabila saya berada di anjung masjid ( tak dapat masuk, dalam masjid dah penuh sesak) , suasana nyaman, tidak panas, tidak sejuk, hujan turun setitik dua, membasahi jalan tetapi tidak membasahi rambut.

Semoga dengan kedatangan Habib Umar akan membuka lembaran baru di Negeri Sembilan dan memberi keinsafan kepada semua pihak.

Perkhidmatan Pembaikan


Perlu pembaikan untuk kerosakan kecil di rumah, surau atau masjid?
Kerosakan pada pendawaian lampu, kipas.
Kerosakan paip air.
Mengecat serta lain-lain kerja berkaitan

Sila hubungi 013-2124086

Perkhidmatan sekitar Rembau, Senawang dan Seremban pada harga yang berpatutan.

20120422

Ustaz Azhar Idrus kritik Adat Perpatih, mana Ulama N.Sembilan?


Terimakasih kepada Blogger Anak Rembau yang begitu prihatin dan menghormati pendapat Ustaz Azhar Idrus yang mempertikaikan pembahagian “tanah pesaka adat” (bukan harta pusaka) dalam salah satu ceramah Ustaz Azhar Idrus yang tersiar di Youtube. Blogger Anak Rembau yang banyak memperjuangan isu berkaitan adat perpatih bersikap rasional dan terbuka. Bagi beliau mudah, jika yang mempertikaikan isu Adat Perpatih adalah seorang ulama dari Terengganu, maka institusi adat perpatih di Negeri Sembilan ini harus mempunyai seorang ulama yang memahami selok belok Adat Perpatih ini.

Lagi baik ulama dari Negeri Sembilan ini mengemukakan hujah di Youtube juga, kerana ini pendekatan zaman moden. Muda mudi sekarang tak minat nak menghadiri Seminar Adat Perpatih. Mereka menanti-nantikan jawapan dalam Youtube.

Takkanlah Negeri Sembilan tak ada PhD dalam Adat Perpatih, ulama yang menjadi pakar rujuk isu Adat Perpatih?

Mungkin langkah pertama yang perlu dilakukan ialah ulama Negeri Sembilan beri penerangan kepada Ustaz Azhar Idrus apa dia Tanah Pesaka Adat dan apa dia Harta Pusaka. Beri juga penerangan Tanah Pesaka Adat ini milik perempuan atau milik suku? Adakah Tanah Pesaka Adat harta sepencarian?

Sila ikuti ulasan lanjut blogger Anak Rembau serta klip video Ustaz Azhar Idrus yang mempersoalkan adat Perpatih di http://nagarinansembilan.blogspot.com/2012/04/mengelabah.html

20120419

Sistem SAPS Kementerian Pelajaran penambah beban guru



Aduan Rakyat 19 April 2012 - Saya disini mewakili ratusan ribu guru di Malaysia ingin memohon jasa dan kudrat dari pihak kerajaan khususnya bahagian pendidikan agar berlapang dada dengan aduan ini. Sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN dikepada kami sebagai warga pendidik.

Pada dasarnya sistem ini sememangnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat.

Namun akibat kurangnya “cakna” okleh pihak kerajaan, kami nampak sistem ini seperti projek tangkap muat dan warga pendidik menjadi kambing hitam atau tikus makmal. Apa yang berlaku?

Kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa Log-in 3-10 Kali.

Sistem biasanya akan “CRASH” atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem ini pada masa yang sama.

Data yang telah disimpan kadangkala akan hilang dengan sendirinya malahan hilang secara total. Natijahnya guru akan bersengkang mata dari malam hingga kepagi untuk mengisi kembali markah pada sistem ini.

Bebanan guru akan bertambah sebanyak 50% kerana untuk mengisi markah ke dalam sistem, masa yang diambil untuk mengisi markah tidak kurang dari 3jam iaitu diluar waktu kerja. Malahan ada guru ambik pendekatan pengisi markah pada waktu awal pagi antara julat 12.30 pagi-4pagi kerana beranggapan pada masa itu tidak ramai guru lain yang memasuki sistem.

Malah ada kes dimana data guru lain termasuk kedalam sistem dan data guru lain.

Dengan tekanan dari pihak PPD dan JPS yang kononnya ber ‘DATELINE” maka guru terpaksa mengejar masa sehinggan mengabaikan tanggungjawab hakiki.

Sistem yang memalukan kerana 2000 orang guru dalam talian akan menyebabkan sistem SAPS ini akan JAMMED dan CRASH walaupon saya pasti kerajaan ada memperuntukkan jutaan ringgit untuk memperkembang sistem ini. Sistem harga jutaan tapi kapasiti dan kualiti seperti budak hingusan baru belajar cipta blog.

Saya berharap aduan ini dipanjangkan kepada pihak yang berwajib. Kami warga pendidik ingin sekali mendengar apa hujan dan alasan yang akan diberikan oleh pihak yang bertanggunjawab.

Jangan tambah lagi bebanan kami dan kepada pihak atasan, cukup-cukuplah meriba tangan dan bersilang panggung. Tolong turun ke padang dan atasi masalah ini.

By: Siti Roshayu

Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/sistem-saps-kementerian-pelajaran-malaysia-yang-membebankan-guru#more-12915

Kuliah Ustaz Dato Ismail Kamus 22 Apr 2012 Port Dickson



KULIAH PERDANA
Bersama Ustaz Dato Ismail Kamus
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : Bermula Maghrib
Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson http://surautamanselasihpd.blogspot.com/

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Bakar 017-3651743

Aturcara :
7.17 mlm Solat Maghrib
7.50 mlm Jamuan Ringan
8.28 mlm Solat Isya
10.30 mlm Bersurai

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Setiap orang ada klon, malang jika klon kita penjenayah



Itu apa yang berlaku kepada Xiao Guo Cai, 51 tahun seorang juruteknik dari Teluk Intan, Perak. Dia telah ditahan oleh pihak polis sebanyak 10 kali kerana mempunyai rupa yang seiras dengan seorang penjenayah yang terlibat dalam kes penipuan. Setiap kali ada kes penipuan yang dilakukan oleh penjenayah tersebut Xiao Guo Cai akan ditahan oleh pihak polis.

Lookalike asks con man to stop cheating people
Thursday April 19, 2012

A 51-YEAR-OLD technician has been detained by police 10 times because he resembles a con man, Sin Chew Daily reported.

Xiao Guo Cai from Teluk Intan said he hopes the con man will stop cheating people.

“Enough is enough. If he cheats one more time, I will be detained again,” said Xiao who has a nine-year-old daughter.

Xiao was detained by police in Tapah, Ipoh and Manjung between April 3 and 12.

The daily reported that the con man had been cheating people in Perak since 2008.

Xiao said his reputation has been damaged and his work disrupted whenever he is detained by police.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/19/nation/11130158&sec=nation#133479315855794&if_height=182

Setiap orang ada klon

FENOMENA pelanduk dua serupa atau individu memiliki wajah yang hampir sama sering menarik perhatian orang ramai.

Bahkan ramai individu berwajah seiras dibayar untuk menjadi tetamu dalam majlis awam, menghadiri temu bual televisyen atau berlakon filem kerana wajah mereka seiras personaliti hiburan atau orang kenamaan.

Mereka yang seiras wajah pelakon popular ini sering menjadi watak utama dalam filem-filem Barat sehingga kini.

Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein pula didakwa mengupah beberapa klonnya sebagai taktik politik semasa pemerintahannya.

Semenjak tahun 2011, seorang lelaki mirip wajah jurulatih England, Sven Goran-Eriksson bernama Derek William telah diupah oleh pasukan bola sepak negara itu untuk menggantikan Eriksson dalam jemputan rasmi dan perlawanan persahabatan.

Seperti di Malaysia, sesetengah masyarakat Barat percaya terdapat tujuh individu berwajah serupa di dunia ini.

Sebenarnya, kisah wajah klon ini turut melibatkan orang kenamaan di negara ini termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta penyanyi popular Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza.

Beberapa tahun lalu, seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Lee Peng Hock, 60, mencuri tumpuan kerana wajahnya mirip Abdullah.

Menurut Peng Hock, beliau tiba-tiba menjadi popular sehinggakan ada saja orang memanggilnya Pak Lah ke mana saja beliau pergi.

Pada Januari 2007, orang ramai digemparkan dengan kemunculan klon mirip juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi iaitu Saifulruddin Mohd. Idaham, 21, dari Cheras, Kuala Lumpur.

Saifulruddin yang merupakan seorang tukang masak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pernah diserbu orang ramai yang menyangka dia ialah penyanyi bergelar Raja SMS itu.

Suatu ketika, Siti Nurhaliza juga tidak boleh lari daripada fenomena itu. Dia turut mempunyai kembar iaitu penyanyi seberang, Rossa dan pelakon Yuni Yunos.

Realitinya, jika wajah anda mirip ikon popular mungkin anda boleh menumpang tuah populariti mereka. Namun, jika wajah anda mirip pengganas, penjenayah mahupun perogol bersiri, mungkin bala pula yang datang.

Pengarah Institut Perubatan Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal memberitahu, tidak mustahil setiap individu di dunia ini mempunyai wajah yang hampir serupa.

Katanya, walaupun kini bumi dihuni tujuh bilion manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum, mereka berasal daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa.

“Sebenarnya, semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Jika diteliti susur galur dan keturunan, wajah seiras sememangnya boleh berlaku.

Beliau turut memberikan pandangan mengenai pendapat yang mengatakan terdapat tujuh individu berwajah serupa di dunia.

“Pendapat ini mungkin benar kerana manusia berasal daripada Adam dan Hawa selain daripada susur galur keturunan.

“Tetapi setakat ini tiada kajian spesifik yang dilakukan oleh saintis berhubung perkara ini kerana tiada keperluan setakat ini,” katanya yang juga merupakan pengkaji di Institut Genom Malaysia (IGM).

“Selain rekaan imej, solekan dan dunia fotografi terbukti boleh merealisasi perkara itu namun saya berpendapat walaupun kembar seiras sendiri terdapat perbezaannya,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

20120417

Kuliah Ustaz Ruslan 21 April 2012 di Senawang



KULIAH TASAWUF
Oleh Ustaz Ruslan Abd Razak
Tarikh : 21 April 2012 , Sabtu
Masa : 7:30 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com/
Antara Pengisian:
- Ratib Al Hadad,
- Syarah Kitab Tajul ‘Urus,
- Selawat

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

PTPTN supaya pemodal dapat meniaga kolej



Apr 17, 2012 - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa kerajaan mahu mengekalkan kebergantungan kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi 'melindungi' kepentingan "pemodal" yang mahu membina kolej kediaman bagi tujuan perniagaan.

Justeru itu, Penyelaras Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma PSM, R Karthiges berkata "tindakan kasar" Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pelajar yang mendirikan khemah di Dataran Merdeka diambil kerana pendidikan percuma dianggap sebagai ancaman kepada amalan kapitalisme.

"Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan.

"Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?" soal pemimpin parti berhaluan kiri itu.

Karthiges juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa memberikan reaksi keterlaluan terhadap pengumuman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untk memansuhkan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya.

"Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan apabila pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera," katanya dalam kenyataan semalam.

http://malaysiakini.com/news/195220

Kolej swasta rompak PTPTN pelajar secara senyap



Sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan didakwa ‘merompak’ wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya secara senyap apabila melakukan penyelewengan melalui kaedah ‘debit’ daripada akaun pelajar secara paksa.

Lebih 400 pelajar tahun akhir kolej tersebut dikenal pasti telah tertipu dengan tindakan pihak pengurusan kolej tersebut dan ia melibatkan wang bernilai hampir RM8 juta.

Berikutan perkara tersebut, wakil pelajar bertindak melaporkannya kepada pihak polis termasuk membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Namun, mereka telah diugut bahawa prestasi mereka akan terjejas sekiranya mereka tidak menarik balik segala bentuk laporan yang telah dibuat.

Salah seorang pelajar, yang hanya mahu dikenali sebagai Fiza, 24, berkata, pelajar yang terlibat sepatutnya menerima RM18,000 sebagai wang sara diri daripada jumlah keseluruhan pinjaman sebanyak RM56,000.

Namun menurutnya, mereka hanya menerima RM100 setiap semester dan pihak pengurusan sering berdolak-dalih setiap kali pelajar meminta baki wang yang sepatutnya.

"Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tidak diberi peluang untuk menyemak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami.

"Ketika proses itu juga, kami dipaksa untuk menandatangani satu borang ‘tambahan’ yang tidak diketahui tujuannya dan hanya mengetahui borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami setelah proses selesai,"katanya pada sidang media bersama PPIM di ibu negara semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, dikenali sebagai Lidiya, 21, pula mendakwa, berikutan dua laporan polis yang dibuat serta desakan yang dibuat, pihak kolej akhirnya bersetuju memberi lebihan pinjaman tersebut, namun sekali lagi dia telah ditipu.

Katanya, dia telah diminta menandatangani surat yang menyatakan dia telah menerima semua baki pinjaman dan tidak boleh menuntut apa-apa daripada pihak kolej sebelum cek boleh dikeluarkan.

"Namun, saya hanya menerima RM9,000 sahaja iaitu separuh daripada jumlah yang sepatutnya,"katanya.

Hadir sama pada sidang media ialah Pengarah Sekretariat Khas PPIM, Dr. Izham Nayan dan Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah.

Sementara itu, Izham berkata, situasi yang berlaku amat mengecewakan dan beliau percaya jumlah pelajar yang menjadi mangsa lebih ramai daripada yang telah dikenal pasti.

Katanya, ia termasuk pelajar yang sudah tamat pengajian namun sehingga kini masih belum menerima baki wang pinjaman mereka, walhal dalam masa sama mereka perlu membayar balik pinjaman.

"Perkara ini memerlukan pemantauan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana dalam hal ini pihak kolej telah melakukan kezaliman terhadap pelajarnya sendiri,"katanya.

26 Januari 2012

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kolej-swasta-rompak-ptptn-pelajar-secara-senyap-1.20309

20120416

Tak nak mansuh PTPTN, BN sila beri alternatif


Sekiranya kerajaan yang ada sekarang tidak mahu memansuhkan PTPTN sila beri alternatif atau jalan keluar mereka yang dibelenggu hutang PTPTN.

1. Bolehkah kerajaan memberi jaminan IPTS yang mengenakan yuran pengajian yang tinggi, dapat memberi jaminan kepada graduannya jaminan kerja yang membolehkan mereka membuat pembayaran bulanan PTPTN?

2. Bolehkah kerajaan hadkan pengambilan kursus di IPTS selaras dengan keperluan tenaga kerja agar tidak terdapat lambakan graduan bidang kejururawatan, graduan pelatih penerbangan dan sebagainya?

3. Bolehkah kerajaan mengeluarkan senarai IPTS serta kursus yang membolehkan para graduan memohon jawatan di JPA, Kementerian Kesihatan dan sebagainya?

4. Bolehkah kerajaan mengeluarkan ranking IPTA dan IPTS , agar para peminjam PTPTN tahu kolej atau IPTS yang mereka pohon berada di kedudukan mana, adakah berbaloi dengan pinjaman yang mereka pohon?

Kesimpulannya, punca kemelut pemansuhan PTPTN ini ialah apabila ramai peminjam PTPTN yang tamat pengajian mereka dan memperolehi Diploma atau Ijazah tidak mendapat pekerjaan yang berbaloi untuk mereka membuat pembayaran balik. Kalau setakat jadi kerani, jurujual, jual burger, usahawan, lebih baik tak payah masuk IPTS dengan kadar pinjaman PTPTN yang tinggi.

Di bawah ini ranking universiti di Malaysia. Perhatikan hanya ada beberapa saja IPTS yang tersenarai.

Universities in Malaysia

2012 University Web Ranking http://www.4icu.org/my

1 Universiti Teknologi Malaysia

2 Universiti Kebangsaan Malaysia

3 Universiti Malaya

4 Universiti Teknologi MARA

5 Universiti Putra Malaysia

6 Universiti Sains Malaysia

7 Multimedia University

8 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

9 Universiti Utara Malaysia

10 Universiti Malaysia Sarawak

11 Universiti Malaysia Sabah

12 Universiti Malaysia Pahang

13 Universiti Pendidikan Sultan Idris

14 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

15 Universiti Tenaga Nasional

16 Universiti Malaysia Perlis

17 Universiti Sains Islam Malaysia

18 Universiti Teknologi Petronas

19 Universiti Kuala Lumpur

20 Universiti Teknikal Malaysia Melaka

21 Universiti Malaysia Terengganu

22 Universiti Tunku Abdul Rahman

23 Universiti Perubatan Antarabangsa

24 Universiti Malaysia Kelantan

25 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

26 Universiti Darul Iman Malaysia

27 Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing

28 Malaysia University of Science & Technology

29 Universiti Industri Selangor

30 Universiti Tun Abdul Razak

31 Management and Science University

32 Universiti AIMST

20120415

Habib Umar keturunan Rasulullah di Seremban 22 April 2012


MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ

Tarikh : 22 April 2012, Ahad

Masa : 5.30 ptg - 11.00 mlm

Tempat : Masjid Negeri, Seremban, N.Sembilan.


ATUCARA MAJLIS

5.30 ptg : Ketibaan Para Jemputan

6.00 ptg : Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah, Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah

6.30 ptg : Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia

6.45 ptg : Tazkirah oleh Ustaz Hambali

7.00 mlm: Qasidah dan Salawat

7.10 mlm : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat

7.25 mlm : Solat Maghrib Berjemaah

7.55 mlm : Majlis dimulakan oleh Pengerus. Majlis, Ust. Shuhadak Mahmud, Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri Sembilan

8.00 mlm : Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah USIM

8.20 mlm : Maulid Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia

9.00 mlm : Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz

10.30 mlm : Solat Isya berjemaah

11.00 mlm : Jamuan / Bersurai

Sumber : http://hambalialorstari.blogspot.com


Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar ?

Nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w.


Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib RA.

Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran.

Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah menghafal lebih 100,000 hadis berserta sanad dan hukum matan.

Beliau juga digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau juga digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya.

Habib Umar adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman.

Beliau juga tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33.

Seminar Penghayatan Solat 1 Mei 2012 di Seremban


SEMINAR PENGHAYATAN SOLAT

Tarikh : 1 Mei 2012, Selasa (Hari Cuti Umum)

Masa : 8 pg - 6 ptg

Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban


Penceramah dan Pembentang Kertas Kerja

~ Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri

~ Ustaz Shuhadak Mahmud

~ Ustaz Khusairi Hamdan

~ Ustaz Mohd Zaidi Ramli


Yuran Penyertaan RM 60

Slot Khas Easy Solat untuk Remaja 10 - 17 tahun turut berlangsung sepanjang seminar dengan yuran penyertaan RM 30 terhad 100 peserta

Sila hubungi ; Hafiz 016-9276965 , Hafizi 019-3337427 , Safrizal 019-6720233 , Rahizah 013-2717251

Anjuran : Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah dan Sekolah Rendah Islam Intergrasi Tahfiz Darul Ulum

Ceramah YB Salahuddin Ayub 19 Apr 2012 di DUN Paroi


CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0

Tarikh : 19 April 2012, Khamis

Masa : 9 mlm

Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang

Penceramah :

~ YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS

~ YB Hj Taufek Abd Ghani , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM

~ Ustaz Nor Azman Mohamad , Ketua Penerangan PAS N.Sembilan

Semua dijemput hadir

20120409

Sejak bila Tentera Malaysia pakar dalam petir?



Merujuk kepada peristiwa 15 pelajar di Melaka terkena petir pada 8 April 2012 yang terlibat dalam perkhemahan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ibu bapa tak perlu risau kerana perkhemahan itu diselia dan dipantau oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai pengalaman luas dengan aktiviti seumpama itu.

Eloklah kalau ATM mempunyai kepakaran dalam bidang petir ini, kerana menurut akhbar The Star , Malaysia adalah merupakan Kotaraya Petir Asia serta negara kedua tertinggi di dunia yang menerima panahan petir setiap tahun.

Mungkin ATM telah mengambil iktibar dari kejadian dua anggota tentera maut akibat dipanah petir ketika menjalankan rondaan mencegah pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti dilaporkan di http://kilatmalaysia.blogspot.com/2009/10/anggota-tentera-maut.html

Sebelum ini setahu saya mereka yang pakar dalam bidang petir ini ialah Universiti Putra Malaysia iaitu Centre of Excellence on Lightning Protection (CELP) www.eng.upm.edu.my/celp

Dalam kejadian pada 8 April 2012, para pelajar telah diarahkan berada dalam khemah ketika ribut mula melanda. Apabila petir menyambar, mereka sedang berbaring di atas katil besi. Adakah ini tindakan yang harus dilakukan dalam situasi sedemikian? Saya bukan pakar, pihak media boleh tanya sendiri ATM dan CELP.

Apa pun sebagai umat Islam , kita yakin bawa ajal maut itu adalah ketentuan Ilahi. Kita hanya berusaha yang terbaik dan bertawakal.

********
15 pelajar terkena petir dikejar ke hospital

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengesahkan kejadian tersebut berkata kesemua pelajar itu mengadu sakit badan selepas kejadian panahan petir di kawasan perkhemahan itu kira-kira 5.30 petang tadi.

Katanya ibu bapa pelajar yang terlibat dalam perkhemahan tersebut dinasihatkan agar tidak berasa bimbang dengan keadaan anak masing-masing kerana perkhemahan itu diselia dan dipantau oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai pengalaman luas dengan aktiviti seumpama itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Monday April 9, 2012
15 students injured as lightning strikes camp

The cadets, aged between 13 and 16, were taken to the Malacca Hospital, said an army personnel who declined to be named. The camp is run by the army and the Education Ministry.

It is believed that when the storm struck, the students were ordered into a tent. When the lightning struck, they were lying down on their steel beds.

Malaysia has the second highest number of lightning strikes in the world and is known as Asia's lightning capital.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/9/nation/11072650&sec=nation#133393050099665&if_height=524

20120408

Pendakwah terkenal pun hantar ibu bapa ke rumah kebajikan?


Saya tak pasti setakat mana kesahihan kisah ini. Jika benar, tak tahulah saya apa nak dikatakan. Kisahnya di http://politik-mantin.blogspot.com/2012/04/bagaimana-nasib-kita-akan-datang.html

Semoga Allah memudahkan saya sekeluarga memelihara ibu kami

15 pengakap cedera terkena panahan petir


15 pengakap cedera terkena panahan petir

08/04/2012 8:14pm

MELAKA 8 April – Seramai 15 pelajar dari 17 buah sekolah di sekitar negeri ini yang sedang mengikuti perkhemahan, cedera setelah dipanah petir di Kem Pengakap Bukit Katil di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika hujan renyai-renyai turun di kawasan perkhemahan tersebut.

Kesemua pelajar yang cedera dikejarkan ke Hospital Melaka dan kini dirawat di Unit

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Malaysia adalah antara negara paling tinggi di dunia menerima panahan petir. Fakta ini dan beberapa kejadian mangsa petir sebelum ini , saya kumpulkan di http://kilatmalaysia.blogspot.com

Mobilisasi BERSIH 3.0 di Rembau 14 April 2012


CERAMAH UMUM

Mobilasasi BERSIH 3.0, PTPTN vs PLKN

Tarikh : 14 Apr 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Kg Semerbok, Kota, Rembau

Penceramah :

~ YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terenggganu/ADUN Bukit Payung

~ Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

~ Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

~ Ustaz Mohamad Nasaei Ismail, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

~ Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Untuk pertanyaan hubungi Zamri 013-2124086


Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya Umum ke 13 untuk PAS DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA

No akaun : 05-021-02-011755-8

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Pidato BERSIH 3.0 pd 10 Apr 2012 di Port Dickson


PIDATO ANAK MUDA

Isu BERSIH 3.0, PTPTN, PLKN

Bersama : Mazlan Aliman, Chaa Kee Chin, Ust Norazman Mohamad, Nazree Yunus & Ust Noraiza

Tarikh : 10 Apr 2012, Selasa

Masa : 9 mlm

Tempat : Batu 4, Port Dickson (perkarangan rumah Pak Ngah Zainal), N.Sembilan

Ceramah Mohd Sabu 11 Apr 2012 di Sikamat, Seremban


CERAMAH PERDANA

Jelajah Demi Rakyat

Bersama – Tn Hj Mohamad Sabu, CheguBard, YB Taufek Abd Ghani, YB Ravi, YB Anthony Loke, YB Aminudin, Dr Rafaie Abd Malek & Tunku Harmy Tunku Hanan

Tarikh : 11 Apr 2012, Rabu

Masa : 8.45 mlm

Tempat : PASTI Al-Falah, No.18 Jln 8, Tmn Desa Rhu (depan Pdg Desa Rhu), Sikamat, Seremban

Ceramah Mohd Sabu 11 Apr 2012 di Sikamat, Seremban


CERAMAH PERDANA

Jelajah Demi Rakyat

Bersama – Tn Hj Mohamad Sabu, CheguBard, YB Taufek Abd Ghani, YB Ravi, YB Anthony Loke, YB Aminudin, Dr Rafaie Abd Malek & Tunku Harmy Tunku Hanan

Tarikh : 11 Apr 2012, Rabu

Masa : 8.45 mlm

Tempat : PASTI Al-Falah, No.18 Jln 8, Tmn Desa Rhu (depan Pdg Desa Rhu), Sikamat, Seremban

Malam Derita Bangsa 13 Apr 2012 di Jempol


MALAM DERITA BANGSA

Tarikh : 13 April 2012 , Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : No 388, Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol, N.Sembilan

Bersama :

Dinsman – Pyan Habib – Amni Jagat – Alternative Band Club (ABC)


Semua dijemput hadir

20120407

Kes remaja memang diculik semakin membimbangkan kita

Alasan selipar tercicir selamat remaja diculik

7 April 2012

JERANTUT: Alasan selipar miliknya tercicir menyelamatkan seorang remaja berusia 13 tahun, Nurul Ain Syafikah Izamzul daripada diculik seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki kereta ketika remaja terbabit berjalan kaki ke rumah datuknya di Felda Kota Gelanggi 1, di sini, jam 4 petang kelmarin.

Nurul Ain Syafikah yang juga pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 itu mendakwa, dia ditarik lelaki berbaju merah yang menghampirinya dengan kereta ketika berjalan ke rumah datuknya.


Dia yang menetap di Felda Kota Gelanggi 3 dan menghadapi masalah lembam berkata, sebaik tiba berhampiran Tadika Kemas berhampiran rumahnya, kereta kelabu dipandu seorang lelaki berhenti dan berpura-pura bertanyakan sesuatu.

“Lelaki itu tanya saya mahu ke mana dan kemudian dia terus menarik saya dalam kereta sebelum memecut. Saya kata selipar tercicir dan cuba membuka pintu menyebabkan lelaki itu terpaksa memberhentikan keretanya.

“Saya gunakan kesempatan itu untuk keluar dan berlari meminta tolong. Saya diselamatkan seorang penduduk kebetulan melalui jalan itu manakala lelaki berkenaan melarikan diri.

“Orang yang menyelamatkan saya menghantar ke rumah datuk dan dia juga menceritakan kejadian itu kepada keluarga,” kata Nurul Ain Syafikah di rumahnya, semalam.

Ibu mangsa, Nariah Abdullah, 47, berkata dia terkejut mendengar berita lelaki menyelamatkan anaknya dan bergegas ke rumah mentuanya melihat keadaan Nurul Ain Syafikah.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Alasanselipartercicirselamatremajadiculik/Article/index_html

20120404

Lagi pelajar maut disambar petir, kementerian perlu bertindak



Memanglah ajal maut itu adalah ketentuan Allah. Akan tetapi kita sebagai manusia tidak seharusnya sengaja menempah maut. Kesedaran masyarakat dan pelajar kita mengenai bahaya petir masih amat rendah. Diburukkan lagi dengan fakta yang menunjukkan Malaysia adalah antara negara yang menerima panahan petir yang tertinggi di dunia.

Fakta Malaysia antara negara yang menerima panahan petir yang tertinggi di dunia di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Pelajar maut disambar petir
3 April 2012

SERDANG - Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.

Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.

“Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/pelajar-maut-disambar-petir-1.37288

20120403

Seriuskah Pakatan Rakyat di N.Sembilan memperkasa warisan?



Telah acap kali saya menulis mengenai sejarah dan adat di Negeri Sembilan ini. Bagaimana sejarah kerajaan Rembau telah bermula lebih 600 tahun dahulu. Bagaimana tentera kerajaan Rembau yang banyak melakukan serangan ke atas tentera penjajah Portugis. Bagaimana banyak kesan sejarah, masjid lama, makam yang tidak terurus. Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah mengeluarkan manifesto di mana Tonggak yang ke 9 berbicara mengenai Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat.

Setakat mana keseriusan kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini dalam memperkasa warisan di Negeri Sembilan ini, adakah ianya sekadar manifesto?

Buat permulaan, keluhan oleh seorang aktivis Lembaga Muzium Negeri Sembilan dibawah ini harus diberi perhatian serius oleh pimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini.

Petikan dari Blog Nagari Nan Tua ;

Apabila saya membaca berita ini, perasaan cemburu dan bangga saya dengan Kerajaan Melaka melalui PERZIM begitu bersungguh-sungguh memartabatkan sejarah dan warisan yang ada di Melaka. Perkara ini amat berbeza di Negeri Sembilan. Jika hendak dibandingkan mengenai warisan dan sejarah Negeri Sembilan tidak kurang hebatnya. Saya pernah bertanyakan kepada Pengarah LMNS mengapa rumah-rumah pembesar seperti rumah Dato' Undang Abdullah Dahan (Undang Rembau ke 18 & salah seorang yang terlibat di dalam usaha menubuhkan Rejimen Askar Melayu) dan rumah Tun Malek (Menteri Besar Negeri Sembilan dan TYT Melaka yang pertama) tidak dijaga dan dipulihara. Jawapan yang diterima ia berada di bawah bidang kuasa Jabatan Warisan Negara.

Ini diburukkan lagi apabila semua agensi yang berkaitan melaksanakan aktiviti yang sama. Sebagai contoh, semua agensi menganjurkan aktiviti mengenai adat dan kebudayaan. Semuanya menjurus kepada hiburan. Tiada aktiviti di dalam bentuk ilmiah yang boleh disebarkan kepada golongan muda. Adakah Negeri Sembilan hebat dari segi adat dan budayanya sahaja. Bagaimana dengan sejarahnya? Atau golongan muda Negeri Sembilan hanya layak disogokkan dengan hiburan. Saya tidak faham bagaimana kita hendak memartabatkan adat dan budaya sekiranya generasi akan datang tidak tahu dan memahami sejarah masyarakatnya.

Memang tidak dinafikan, terdapat beberapa seminar dan taklimat dianjurkan oleh LMNS. Namun ia lebih bersifat ilmiah dan akademik sehingga tidak menarik minat golongan muda menghadirinya. Tambahan pula, ia tidak dibuka untuk orang ramai. Hanya Dato'-Dato' Lembaga dan individu tertentu yang dijemput menghadiri seminar. Saya beberapa kali mencadangkan bual bicara atau sembang petang yang berbentuk santai dianjurkan bagi menarik minat golongan muda mengetahui sejarah, warisan, adat dan budaya Negeri Sembilan. Bukan setakat itu, program ini boleh diselang selikan dengan bual bicara buku.

Dipetik dari http://nagarinansembilan.blogspot.com/2012/04/untungnya-mereka.html

Masalah utama yang melanda Felda ketika ini



Ini adalah masalah kita bersama. Usaha dakwah, kaunseling serta motivasi di kalangan para peneroka juga keluarga para peneroka harus diperhebatkan oleh semua pihak untuk melahirkan generasi yang bertakwa. "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Ali-Imran: 110)

Tiga beranak lalok dicekup
3 Mac 2012

JEMPOL: Memalukan apabila seorang ibu yang sepatutnya menjadi contoh, dicekup ketika sedang khayal dengan dadah bersama suami dan anak gadisnya di sebuah pondok kebun getah berhampiran Felda Palong 15 di sini.

Difahamkan, dalam serbuan jam 6 petang Khamis lalu, tiga beranak berusia antara 30 dan 50-an itu ditahan bersama tiga lelaki lain yang juga berusia lingkungan sama di pondok berkenaan.

Sumber polis berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan lokasi penagih dadah itu.

“Ketika serbuan, dua lelaki cuba melarikan diri, namun ditahan dan seorang daripadanya mencampakkan kotak rokok.

“Pemeriksaan lanjut menemui empat bungkusan plastik dan satu tiub disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 14.58 gram (g) dalam kotak itu,” katanya di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigaberanaklalokdicekup/Article/index_html

20120402

Kuliah Ustaz Dato Arshad 6 Apr 2012 Senawang



KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 6 April 2012, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Info lanjut di http://suraualamanda.blogspot.com/

Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 6 Apr 2012 di Senawang



KULIAH AGAMA
Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 6 April 2012, Jumaat
Masa : 7 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir