KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120422

Ustaz Azhar Idrus kritik Adat Perpatih, mana Ulama N.Sembilan?


Terimakasih kepada Blogger Anak Rembau yang begitu prihatin dan menghormati pendapat Ustaz Azhar Idrus yang mempertikaikan pembahagian “tanah pesaka adat” (bukan harta pusaka) dalam salah satu ceramah Ustaz Azhar Idrus yang tersiar di Youtube. Blogger Anak Rembau yang banyak memperjuangan isu berkaitan adat perpatih bersikap rasional dan terbuka. Bagi beliau mudah, jika yang mempertikaikan isu Adat Perpatih adalah seorang ulama dari Terengganu, maka institusi adat perpatih di Negeri Sembilan ini harus mempunyai seorang ulama yang memahami selok belok Adat Perpatih ini.

Lagi baik ulama dari Negeri Sembilan ini mengemukakan hujah di Youtube juga, kerana ini pendekatan zaman moden. Muda mudi sekarang tak minat nak menghadiri Seminar Adat Perpatih. Mereka menanti-nantikan jawapan dalam Youtube.

Takkanlah Negeri Sembilan tak ada PhD dalam Adat Perpatih, ulama yang menjadi pakar rujuk isu Adat Perpatih?

Mungkin langkah pertama yang perlu dilakukan ialah ulama Negeri Sembilan beri penerangan kepada Ustaz Azhar Idrus apa dia Tanah Pesaka Adat dan apa dia Harta Pusaka. Beri juga penerangan Tanah Pesaka Adat ini milik perempuan atau milik suku? Adakah Tanah Pesaka Adat harta sepencarian?

Sila ikuti ulasan lanjut blogger Anak Rembau serta klip video Ustaz Azhar Idrus yang mempersoalkan adat Perpatih di http://nagarinansembilan.blogspot.com/2012/04/mengelabah.html

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apo lai jang orang negori 9 jawap jangan senyap tegakkan keadilan mu denga issue adat pepatih ramai orang muskil tentang pembagian harta tanah kepada perempuan jeng jeng jeng geng isa samad penyamun felda

zianajib berkata...

den bkn ulama' cumo nak jawab ni kono guno statement ustaz azhar jugak "bodo, tolong diam" jdnya ustaz azhar, kalu mung bodo bab adat org nogori, tolong diam

NAZRITAH berkata...

den org nogori.. den sokong hukum islam...makno eh den sokong ust idrus.. mano ado dlm islam tanah pusako adat... yg ado hanya hartaaaaa... kalau dah sALAH DALM HUKUM ISLAM ..ADAT KONOLAH MENURUT....MACAM SLOGAN TU ..TK

esempoi berkata...

ada ke ulama negeri sembilan yang nak defend adat perpatih??

Tanpa Nama berkata...

Den orang Somban...lahir somban,umah kek somban...den dah tahu dari dulu adat pepatih melencong dari Islam..den raso xdo ulama2 bosar N9 yg nyokong adat pepatih dari pagaruyung nie..

Tanpa Nama berkata...

den poi indon itu hari. dia bentang adat pepatih yg asal. memang ikut ajaran Islam. tapi bila dah masuk kat Malaysia dia dah ikut yg asal lagi.. ikut JKK. sebab tu jadi bertentangan dengan Islam

Tanpa Nama berkata...

zianajib ko pun bodo uztaz ru kata bukan ikut suka tok nenek dia dia ikut quran dgn hadis...yg mung bodo dok pertikai bakpe...kalau adat bercangah dgn hukum takpayah ikut lak ngoks

Tanpa Nama berkata...

Zianajib ustaz brhujah guna dalii al Quran hang brhujah pakai apa?pakai nafsu ke?

eissman berkata...

As-salam,saya teringat akan cerita dari org tua-tua yg sekarang ni dah pun pergi meninggalkan kita.
Ia berkaitan dgn tanah pusaka turun temurun yg ditinggalkan oleh nenek-moyang kita, mengikut adat pepatih. Masih teringat lagi datuk saya ada menceritakan perihal pusaka yg diturunkan kepada anak perempuan. Ia berkaitan dgn wasiat yg telah dibuat oleh moyang kita dahulu yg berkehendakan pusaka mereka diturunkan pada waris perempuan. Menurutnya lagi, perkara ini telah pun diperbincangkan oleh ulama2 terdahulu dan tiada percanggahan, tapi kenapa pula ia dibangkitkan sekarang.
Hara para ulama sekarang hendaklah memperdalamkanlagi ilmu berkenaan adat pepatih ini sebelum sebarang fatwa dikeluarkan. Hendaknya pihak yg tidak tahu menahu lansung pasal adat pepatih ni.

Anak Waris berkata...

Assalammualaikum...
Saya terpanggil utuk menitipkan sepatah dua kata berkaiatan isu yg ditimbulkan dalam hal ini iaitu berhubung pembahagian harta..

Pertama : dari sudut Agama, hukum hakam pembahagian adalah berdasarkan dua kategori :- i) Faraid ii) Wasiat

Kedua : dari sudut Adat Pepatih, hukum hakam pembahagian adalah berdasarkan perbilangan adat : Adat Bersendi Syarak, Syarak bersendi Kitabullah (Al-Quran & Hadis) maka
Harta Pusaka yakni harta yg diwariskan turun temurun dari nenek moyang dahulu diberikan hak pemilikannya kepada perempuan tetapi hak pengurusannya pada lelaki kerana nasab didalam adat pepatih mengikut ibu.
Manakala Harta Pencarian yakni harta yang diperolehi/dibeli semasa hayat seseorang diperturunkan kepada waris mengikut hukum syarat iaitu Faraid ataupun Wasiat.

So to the outsider from Adat Pepatih Waris, if you dont understand about the Adat policy, dont talk about it, follow the rules of Islam.

P/S: Sekarang ni bukan sume anak negeri tu adalah anak waris Adat Pepatih, yang ada 'SUKU' je waris adat, yg tak ber'suku' tu, jgn la jadi tiga suku plak...

Tanpa Nama berkata...

Ia seperti penyakit kurap, sudah puas diubati, kurap tetap tumbuh - ini kurap kepada pengkritik Adat perpatih, bukan kepada pengamalnya!

Kepada yang jahil dan menuduh pengamal adat ini terpesong, malah menentang hukum Allah, sesetengahnya ada yang mengkafirkan pengamal adat - semoga anda terampun, amin.

Cuba tanya, ada atau tidak hadis yang menyuruh kita membela kaum wanita dan janda? Cuba tanya, siapa yang mengamalkan hadis ini?

Cuba tanya, tanah pesaka adat itu apa statusnya? Buktikan jika anda mampu, bahawa tanah pesaka adat itu bukan tanah wakaf bagi kaum perempuan pengamal adat!

Cuba selidiki dan baca tesis peringkat sarjanamuda, sarjana dan PhD yang telah tertulis - semuanya buta dan tidak tahu apa yang mereka tuliskan. Cuba semak, adalah penulisan mereka dirujuk oleh pakar antropologi?

Yang mengatakan adat ini bersalahan dengan syarak eloklah tak usah bercakap jika belum tahu apa yang hendak dihukumkan. Terlalu pantas jari jemari dan lidah anda berkata, lebih pantas daripada otak.

Saya rasa orang-orang ini sangat berani dan langsung tidak takut kepada dosa.

Adakah pengamal adat kisah tentang hal ini? Tentu tidak kerana sunnah membela kaum wanita dan janda ini sudah kami amalkan lebih 700 tahun lamanya. Undang-Undang tanah membenarkan permohonan untuk menukar status tanah daripada tanah biasa kepada tanah pesaka adat - hanya pasangkan sahaja niat untuk mewakafkannya untuk mendekatkan diri kepada Allah mengikut sunnah nabi s.a.w. Anda bagaimana?

navy pencen berkata...

Adat perpatih dan tanah adat patut dipertahankan. Walaupun di geran tanah adat tersenarai nama waris perempuan tetapi yg lelaki ada hak jugak. Kalau pokok berbuah, yg lelaki boleh ambil untuk merasa buah tersebut.Kalau lelaki dah bercerai, mereka boleh hidup menumpang di tanah tersebut. Tak ada masalah pun. Kalau waris perempuan ini pulak menjanda sekurang-kurangnya mereka mempunyai tempat berteduh dan tak perlu masuk tv3..BERSAMAMU. Kalau tanah adat ini tak dipertahankan dan dibahagi-bahagikan macam harta lain maka apa yg akan anak cucu kita dapat ??? Pergolakan keluarga dsbnya. Jadilah apa yg berlaku pada tanah2 di negeri Melayu yg lain..tanah2 dijual atau tergadai kepada orang bukan Islam terutama tanah2 yg diperolehi oleh anak lelaki.

Tanpa Nama berkata...

Salam....sy setuju

Tanpa Nama berkata...

salam sy amt bersetuju...sebelum mengeluarkn apa2 statemnt berkenaan adat perpatih kena la tau secara mendalam jgn main

mmg harta diwariskn atas pd perempaun ttp lelaki sebagai
pemegang amanah sebelum harta diwariskn perlu dpt persetujuan saudara2 lelaki
ada ke x tau psl sume tu main cakp je kn.....
wanita-kalo xsaudara llki jga kebajiikn saudaranya sapa lgi?? nk hrp org luar ke???

siapa kita nk menilai sesuatu tu..sesuatu tu tu dijudkan de sebab musabab

Tanpa Nama berkata...

Kok tak menureh tu susah la ustaz.

Tanpa Nama berkata...

Saya anak kuala pilah dan terlingkung dlm adat. Bapak sdr saya pnh jd Dato Lembaga. Bila terdedah dgn ilmu Islam, saya melihat amat perlu reformasi dlm adat ini utk diserasikan dgn syarak. Apatah lg bila dikatakan 'adat bersendikan syarak' bermakna tiada masalah apa yg tak kena diberi nafas baru. Adat menerima syarak sbg rujukan utama. Tapi pemegang adat yg berautoriti tak berminat utk membuka pintu keluar apatah lg rata2 mrk bukan didikan agama. Unsur duniawi utk rebut jawatn amat ketara dari peringkat bawah hingga pemilihan Dato undang atau YDP pun bkn asing kita dgr. Kita yg berjiwa Islam perlu faham matlamat hidup kita dan perlu serasi kan amalan hidup agar berpaksi kpd hukum Allah. Yg tak baik kita baikkan.. bukankah adat ada kata ' kain yg buruk koyak kita tampal dan klau tak boleh tampal ganti lain..' saya baca dlm buku adat ttg keluasan usaha yg boleh diimplitasikan dlm adat. Saya merujuk masalah tanah adat dan pewarisan. Tanah yg terbiar bila waris tidak sempurna. Mati. Tidak berminat utk pulihkannya.
Saya bangkitkan kpd ustaz dan hatta tok mufti terdahulu.. mrk seolah melihat isu ini besar dlm pdgn agama tetapi ' kuasa dan hidup dlm lingkungan adat' itu isu besar. Siapa yg berani nk jadi juara di hadapan? Bagi saya senang... reformasi dlm kerajaan atau politik perlu krn 'kuasa' di tgn perlu dan pentarbiahan semula anak negeri dari Istana hingga anak buah dibuat. Hanya parti berlandaskan syariat shj mampu memahaminya.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt.. generasi xyz.. berusahalah utk reformasi adat ini.

Tanpa Nama berkata...

Sbg anak negeri.. saya malu utk mengaku amal adat.. saya sokong ust azhar idrus.

Tanpa Nama berkata...

Bgm klau yg menegur org negeri yg tau hal adat dan faham agama? Kita bukan nk buang adat tapi biarlah menepati hukum syarak. terimalah teguran dan bersikap positive.

Tanpa Nama berkata...

senang jer nie... sapa yg masih bertelagah dalam hal ini,, senang jer,,, kite inginkan rahmat allah swt, jadi kene lah ikut aturan nyer.. nk tahu adat betul atau tak.. tgu lah kat akhirat nnti, tp da terlambat lah nk impikan syurga

Tanpa Nama berkata...

contoh sistem Faraid yg Allah guide kat Nabi dan smpikan kepada kita.. suruh manusia bahagi2kan harta pusaka ikut syarak.. Adakah sistem ini tak boleh pakai.. perlu ada Adat tertentu utk membahagi2kan.. kalau tuan bersetuju.. maknanya sistem Allah taala belum lengkap, Allah tu lemah tak reti nak fikir kena ada perubahan pakai ikut corak pemikiran manusia buatanNYA..

Unknown berkata...

Susah sgt ke nk bahagi ikut syarak,faraid..??

Tanpa Nama berkata...

Taatlah kamu kepada Allah...taatlah kamu kepada rasul..dan taatlah kamu kepada ulul amri iaitu pemerintah dalam kalangan kamu. Bermakna dulukan Allah...kmudian rasul. Sps itu barulah pemimpin kamu selama mana tidak bertentangan dengan hukum Allah dan sunah rasul.

LutRios berkata...

salam...bagi denla...xdo salah ee pon dari hukum syarak tanah pusako nih...kdg2 kang org luar nih xpaham adat...pdi2 wek cito..dh toghang tanah faraidh dapek kek laki...yg ghintang bona ghobut-an ghoto pusako pompan yg sojongkal kogho nk wek po?ekau lolaki kau caghikla ghoto kau sendighi....molambak ghoto tanah faraidh kek n9 nih..kek luar n9 pon ado....pilih yo mano suko...siap-an duit ee yo...kok nk haghap-an ghoto bini xgunola kau ado tolo...org luar yg menumpang duduk tanah adat isteri xdo salah ee do...dudukla sampai kau mampuih...xdo sapo nk halau do...gamai atok2 tuo org luar n9 kawen ngn uwan2 kek kg den xdo pon kono halau kek suku n tok lembago...spupu pompan omak den ninggal, laki ee org kodah bulih yo duduk kek umh pusako ee...janji jago yola elok2 tanah tu...xdo pon kono halau kek tok semajo n suku den pon...kan bagus tuh?sokughang2 ee xdola dio duk moghempat topi2 jalan..dhla adik bradik ee kek kodah xamik podulik hal dio...dh tontu2 ghoto kek kodah adik bradik n anak2 buah sapu abih x ningga-an tuk dio...montang2la dio org miskin,sanggup buang dio..sik baik ado tanah bini...tgk kan?tanah bini gak yg nolong akhir ee....anak lelaki pon berhak ats tanah adat ni...nk buek gumah pon bulih...dok la diam smpi anak cucu cicit piut pon bulih,xdo sapo nk laghang....anak lelaki nih punyo hak ateh tanah adat sbgi pomakan hasil..kok kau buek umh sewo ko ado tanam dian ko kau bulih pungut hasil n makan hasil.....anak pompan nih penjago yo...(namo ateh geran yo)...supayo tak laghi ko tgn org luar...slalu yg ckp adat perpatih nih xbgus sobab dio omek2 tak paham adat popatih,xdo n xdapek ghoto,laie satu pomaleh n komut xnk kuar duit boli tanah...nk dapek tanah pree yo..tu sobab byk tnh2 org luar n9 nih xsetel2 sik bocokak yo adik bradik boghobut tanah sbb xdo ponamo,maleh byr cukai,maleh nk kuar koso, maleh nk turun naik pojabat daerah...tapi tanah nk pree....osah tongong molantun2...laie satu den tolupo nk bitau,slalu ee lelaki nih dapek ghoto sik nk jual yo hinggokan habih xdo tingga ee...pajak kek bankla,bojudila n mcm2 laiela projek2 nk menjahanam-an ghoto...tu sobab ghoto pusako diboghi kek pompan...tgkla apo yg jd kek tanah2 luar n9 nih sapo punyo skang?...laie satu den nk koba-an,xsemesti ee kalau xado adik bradik pompan ghoto kono tughun kek sopupu bolah pompan omak2 sedagho kau...kalau kau nikah ngn org lua skali pon bulih tughun kek anak2 pompan kau dgn syarat kau konola buek istiadat bokodin...istiadat bokodin ni dibuek sobab xnk ghoto pusako jatuh kek poghut lain or xdo anak pompan...jaman puntung dulu siap ado yg amek anak cino,ank india pon ado...kes nih ado jadi kek semenanti siap masuk lam majalah 3 laie dlm 2 3 taun lopeh tak silap den...kek kg den pon byk ado buek bokodin nih dulu,cumo budak2 joman skang gamai yg xtau...masuk-an anak kau dlm suku kau...dgn porsotujuan omak kau,tok2 lembago ngn undang...kono kuar blanjo la sikit ngadap undang n tumbang kobau buek kendughi...nih nk wek kendughi pon maleh...lengkali blaja adat popatih nih bagi katam...meniago buloh kasap,pandai amek ujung yo pangkal ee losap...toksah citola hal adat popatih kalau xpaham....jgn cito pung pang pung pang itu xboto ini xboto,xikut syariatla...xikut hukum syarakla...kalu nk ikut hukum syarak ikut sumo...jgn amek sepaghuh2 yo...jgn tang duit,tang ghoto, tang tanah yo xsuman2 nk ikut syarak...siap pasang loyar nk fight mahkamah...tang smyg, tang poso, tang muamalat, tang hukum?ikut syarak x?kok ckp ngn org slalu nipu yo jgn ckp psl syarakla...ckp nipu ngn org pon dh kigho bodoso...bg den ghoto pusako nih sbgi bonus tambahan utk org2 pompan n9 yg idup bosuku dlm adat popatih...untungla anak2 dagho n9 yg dapek mewarisi ghoto tanah pusako kek n9...kok lebar leh wek tanam sawit ko wek umh sewo ko,homestay ko...kok kocik sompit pn jadila dpd xdo...bulihla nk wek umh mesra rakyat ko...bokobun ko takat mano koghang mampu...bia deh somak,bia deh lamo xbotunggu...lelamo sok adola waghih2 ank cucu cicit kito yg ganti kito dok kg...