Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan
ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan menghadapi masalah hutang yang
serius disebabkan kos majlis perkahwinan yang tinggi. Hinggakan ada yang
meminta bantuan nasihat AKPK apabila keluarga pengantin perempuan menetapkan
mas kahwin sehingga RM20,000. Dan ada juga ibu bapa yang menggunakan simpanan
KWSP untuk perbelanjaan perkahwinan anak-anak, di mana simpanan KWSP sepatutnya
digunakan untuk hari tua.
Sudah menjadi lumrah sekarang ini rakyat Malaysia membuat pinjaman dan
menggunakan kad kredit untuk membayar kos perbelanjaan majlis perkahwinan.
Wedding debt a serious problem
The Sun Daily
KUALA LUMPUR
(Oct 24, 2012):The problem of Malaysians running up debts because of their
weddings has become serious.
Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) chief
executive officer Koid Swee Lian advised young couples who are planning their
weddings to consult the agency for advice and guidance.
She said the agency found that it has become increasingly
common for Malaysians to take loans or depend on their credit cards to pay for
their marriage expenses.
The money is usually spent on wedding receptions or infant
formula when the first-born arrives.
She said many factors cause married couples to run into
debt, chief among them being the hefty wedding bill.
She disclosed that a would-be-bride once sought the agency's
help because her mother was asking the would-be-groom for RM20,000 in dowry.
"We also found parents taking out their EPF to help pay
for their children's weddings. This is not encouraged," she said.
According to statistics, from 2006 to September this year, a
total of 198,870 people had sought AKPK's help and 81,596 of them are enrolled
in the agency's debt management programme.
PENGERTIAN
WALIMATUL ‘ARUS
Oleh Jabatan
Mufti Negeri Melaka
Walimatul ‘arus
ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.
Walimah ialah
jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan
jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.
PENSYARI‘ATAN
WALIMATUL ‘ARUS
Mengadakan majlis
walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.
Sabda Rasulullah
sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya : “’Abdul
Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi
wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan
seekor kambing.” (Al-Hadith)
HUKUM
MENGADAKANNYA
Hukum mengadakan
kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kata Nabi
s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu
mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".
Perkahwinan Dan
Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengannya
Bab : WALIMATUL
URUS
1) HUKUM
MENGADAKANNYA
Hukum mengadakan
kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :
Ertinya : Kata
Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah
kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.
(Riwayat Bukhari
dan Muslim)
1 ulasan:
Org skrg lebh mementgkan adat dr tuntutam agama..
Catat Ulasan