Dalam keadaan dunia dan ekonomi yang
semakin mendesak, kita semua harus berhati-hati dalam apa-apa urusan
jual beli terutama kereta walaupun sesama rakan karib, jiran
tetangga, saudara mara terdekat atau yang jauh. Pastikan tukar hak
milik nama dilakukan dengan betul untuk mengelak dari disenarai hitam
pihak bank, PDRM atau JPJ.
Jual kereta dapat musibah
16 Okt 2012 - DENGKIL: Akibat terlalu
mempercayai rakan karib, seorang tukang sapu menerima padah apabila
kereta dijual kepada rakannya yang tidak ditukar nama pemilik, tidak
disambung bayar sejak enam bulan lalu, menyebabkan namanya disenarai
hitam pihak bank.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai
Wan, 39, mendakwa lebih malang lagi apabila kereta Proton Iswara itu
kini tersadai di sebuah bengkel di Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda
dekat sini, kerana sahabatnya yang dikenali sebagai Mazlan, 47, tidak
mampu membayar wang membaik pulih berjumlah kira-kira RM11,000.
Katanya, dia menjual kereta berkenaan
kepada rakan karibnya itu pada Ogos 2007 selepas lelaki terbabit
tertarik untuk membelinya dan memberitahunya mahu meneruskan bayaran
ansuran bulanan.
“Saya menjual kereta itu kepadanya
dan dia membayar wang pendahuluan RM1,500 dan membuat surat akuan
perjanjian pembelian kereta itu daripada saya. “Manakala tukar nama
pemilik akan dibuat sehingga pengeluaran duit simpanan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) diluluskan,” katanya ketika ditemui di
rumahnya di Jenderam Hilir, di sini, semalam.
Wan berkata, pada 2009 rakannya itu
berjumpanya untuk meminta bantuan mengeluarkan kereta itu yang
ditarik pihak bank kerana tertunggak dua bulan,” katanya.
Baru-baru ini dia menerima sepucuk
surat yang mengatakan kereta itu sudah enam bulan tidak dibayar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan