Begitu hebat fenomena alam semulajadi ciptaan Allah SWT. Koleksi peristiwa petir di Malaysia negara tertinggi panahan petir di dunia di http://kilatmalaysia.blogspot.com
Petir masuk rumah
1 Okt 2012
DUNGUN: “Panahan kilat itu menyambar begitu kuat sehingga
membakar rumah jiran,” kata Tengku Hasmita Tengku Ismail, 38, menceritakan
kejadian panahan petir sehingga rumah jirannya hangus dalam kebakaran di
Kampung Paya, Balai Besar, kelmarin.
Menurutnya, ketika kejadian dia duduk di atas sebuah sofa
bermain dengan anak saudaranya yang berusia dua tahun di ruang tamu rumah jam
3.30 petang.
“Hujan lebat disusuli dua panahan petir sebelum itu tidaklah
kuat. Tiba-tiba satu lagi panahan petir yang kuat sehingga cahayanya masuk ke
rumah menyebabkan saya dan anak saudara tercampak dari kerusi sofa,” katanya
ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, dia segera memeluk anak saudaranya yang
menangis begitu kuat sebelum terpandang dinding rumah jirannya mula dibakar
api.
“Saya yang cemas dan hanya mampu menjerit memberitahu jiran
melalui tingkap rumah kerana bimbang turun dari rumah berikutan hujan lebat dan
bimbang dipanah petir,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan