KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080820

Sampah Oh Sampah

Sampai bila masyarakat Malaysia hendak ada kesedaran sivik ? Rata-rata masyarakat kita tidak prihatin mengenai kebersihan apatah lagi dengan sikap membuang sampah.

Budak-budak sekolah suka buang sampah melalui tingkap bas sekolah. Orang dewasa suka buang sampah ketika memandu kereta atau menaiki motosikal. Yang hisap rokok dan makan gula-gula getah ikut sedap tangan saja buang atas jalan. Yang lebih teruk buang sofa buruk tepi jalan , buang tilam buruk tepi jalan.

Seolah-olah ada kuli , ada pekerja yang akan kutip sampah mereka. Inilah sikap , mentaliti bangsa Malaysia , bangsa angkasa , bangsa glokal.

Bukan setakat masyarakat saja tak prihatin mengenai sampah , malah kontraktor yang dipertanggungjawabkan mengutip sampah pun begitu.

Pada pagi Selasa 19 Ogos 2008 kontraktor kutip sampah yang dilantik Majlis Perbandaran Seremban telah mengumpulkan sampah depan banyak rumah-rumah penduduk di Taman Alamanda , Senawang antaranya No 148 , 144 , 404 ,144 Jalan 6 juga rumah nombor 287 , 280 , 276 , 272 , 268 Jalan 2 dan banyak rumah-rumah yang lain di taman tersebut. Hingga ke pagi Rabu 20 Ogos 2008 sampah yang dikumpulkan ini sejak sehari sebelumnya masih belum dikutip. Ianya telah diselongkar kucing dan anjing menyebabkan sampah berselerak , menjejaskan kebersihan , menghalang jalan dan mencacatkan pemandangan serta menjijikkan.

Aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Seremban.

Sayang seribu kali sayang , Malaysia hendak menjadi negara maju , tapi mentaliti rakyat dan pihak berkuasa masih di tahap dunia ketiga.