Adakah tanah adat salah satu punca kemiskinan, tanah terbiar, rumah terbiar di N.Sembilan ? Tanah adat adalah tanah pusaka turun temurun yang hanya boleh diwarisi oleh anak-anak perempuan.
Terkini sebuah keluarga miskin di Rembau menghadapi kesukaran untuk membaiki rumah pusaka yang begitu daif dan uzur kerana sistem tanah adat yang begitu kompleks. Berita derita keluarga miskin di Rembau ini di pautan ini Rembau1 dan Rembau2
Sebelum ini saya telah menghuraikan dengan panjang lebar permasalahan tanah adat, tanah terbiar, rumah terbiar di Negeri Sembilan pada pautan berikut UtusanMalaysia
Profesor Muhammad Syukri Salleh dari Universiti Sains Malaysia pernah mengeluarkan artikel Formula Menangani Kemiskinan di Rembau di Prof atau Rozmal
Justeru itu orang-orang adat di Negeri Sembilan ini terutamanya Anak Buah , Buapak , Lembaga , Penghulu dan seterusnya haruslah mengkaji semula kesesuaian sesetengah sistem adat ini agar orang Melayu di Negeri Sembilan ini tidak akan menjadi orang pelarian di tanah sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh Undang Rembau yang ke 18 Dato_Abdullah yang sentiasa memikirkan dan melakukan sesuatu untuk kemajuan anak N.Sembilan dalam sistem Adat Perpatih.
Setidak-tidaknya di akhirat nanti bila ditanya apa peranan saya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai permasalahan tanah adat maka jawapan saya ialah inilah penulisan-penulisan saya untuk memberi kesedaran kepada semua pihak agar memikirkan secara serius permasalahan ini untuk kebaikan kita bersama.